gambar sekadar hiasan |
Syukur Alhamdulillah apa yg aku teringin nak buat dalam tahun ni telah terlaksana jua...Syukur sangat2...Semangat ini bermula dari semalam sewaktu aku berjalan pulang dari kelas tusyen di Telok Air Tawar Indah...kira dekat setengah jam la juga aku berjalan dari sana ke rumah...
Kebetulan pula tengah hari tadi waktu aku dan adik ipar balik dari Tusyen kat Pekan Darat tiba2 motor adik ipar ku tayarnya pancit. So dia tinggalkan aku sekejap untuk baiki tayar...tapi aku teruskan berjalan...hampir 25 minit aku berjalan dari tempat aku ditinggalkan ke kedai yg membaiki motor adik ipar ku. So kejadian tengah hari tadi sekali lagi telah menyuntik semangat untuk aku ber power walk pada petang ni.
Dan petang ini secara rasminya aku telah mula mengamalkan cara hidup sihat...moga niat aku ini dapat diteruskan sampai bila2 insya Allah.
Tadi masa aku tgh bersiap nak ber power walk macam2 dalam kepala otak aku ni, takut anjing kejar la, takut kereta banyak la hish semua tu perasaan yg nak menjatuhkan semangat ku...tapi aku tetap kuatkan semangat untuk buang rasa pelik2 tu sebab aku nak sihat kan tubuh badan ku. Bukan apa aku ni memang la penakut sebab aku kan kena ragut 2 kali...so fobia tu tetap ada...
Tapi masa aku keluar tadi rupanya ramai org yg berpower walk macam aku...tapi semuanya uncle2 cina la...so aku tak der la rasa takut...lepas tu di telinga aku ni terpasang mp4 sambil2 tu dengar la surah2 yg boleh menguatkan semangat kita tu hehehe....So suasana bersenam kita tu akan lebih enjoy :-)
So kesimpulannya...aku harap sangat aku dapat lakukan aktiviti riadah ni setiap hari...jadual harian aku akan bertukar mulai minggu depan...Moga aku dan suami akan lebih sihat dan yg penting kami dapat menikmati kebahagian kami dengan lebih selesa amin....:-)
1 comment:
kak ni teringin nak buat tapi belum dapat nak dimulakan lagi... cobaan. Tahniah utk SITI.. keep it up
Post a Comment