Saturday, January 14, 2012

KENANGAN MANIS

me as a bride
Assalamualaikum...

Enam tahun lepas di hari yang sama dan di tarikh yg sama aku telah disandingkan dengan seorang lelaki yg memberi ku gelaran ISTERI...Ia sungguh bermakna buat diri ku. Setiap wanita pasti akan merasa bahagia pada hari tersebut begitu juga dengan aku. Walaupun macam2 rintangan yg kami lalui namun kami tetap disatukan dengan penuh gilang gemilang.

Arwah mama la orang yang paling bahagia...sebab semua persiapan mama yg siapkan. Sehinggalah semua baju persalinan ku mama yg uruskan. Bertuah aku kerana memiliki seorang mama yg sangat2 sayang kan aku. Lagipun aku lah seorang sahaja permata hatinya.

14 haribulan kenduri sebelah rumah ku. Arwah mama sewakan banglo TUDM di Jalan Akuarium untuk sempurnakan majlis ku. Ini kerana katanya kalau buat kat rumah nanti penat nak mengemas semula. So tiga hari kami berkampung di Banglo TUDM tersebut.

Ya Allah Ya Tuhanku...Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penayayang...Berkatilah rumahtangga kami, mawaddah lah kehidupan kami suami isteri, murahkan lah rezeki kami, permudahkan lah segala urusan hidup kami, yang utama Ya Allah kurniakan lah kami zuriat yang soleh bagi menyambung generasi kami Ya Allah...sesunguhnya hanya Engkau Yang Maha mendengar segala rintihan kami...Amin...:-)

3 comments:

MONIE said...

Tahniah, semoga kekal sehingga ke syurga Allah SWT. Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita.

E'in said...

happy anniversary kak.. :)

Queen Latifah said...

Salam

Ameen Ya Robilalamin

Semoga berbahagia hingga akhir hayat, selamat juga dunia akhirat.