popo tidur e-oo kena tunggu |
Hari ni aku nak citer pasal cats aku kejap. Popo semalam dah beranak. Tapi yg kelakarnya dia tak nak jaga anak yg baru dilahirkan tu, yg dia nak jaga si E-oo tu...sabar jer la. Ke hulu ke hilir di kendongnya E-oo...dah la tu yg E-oo pula terjerit2 sakit. Adoiii pening kepala aku dua hari ni.
Hari ni Popo beranak lagi sekor. Semalam dia beranak dua ekor, tapi sekor tu mati tak cukup sifat pun. Hari ni anak dia cukup semua sifat tapi rasanya dah mati dalam perut. So masa dia beranak tadi anak tu pun mati juga. So tinggal la sekor tu dok terjerit2 dari semalam.
Aku memang geram betul dengan si Popo ni..lansung tak nak kasi minum susu. Alamatnya esok lusa mati lah nanti si kecik tu...erm...nak buat macam mana kan. So itu la lumrah alam.
Tapi apa pun ini lah sebahagian famili dalam keluarga ku. Terima kasih kerana aku mampu berkongsi kasih sayang ini dengan makhluk mu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment