gambar sekadar hiasan tp memang sakit kat bahagian tu pun :-( |
Salam manis dari aku untuk korang semua. Kaki aku hari ni masih dalam keadaan yg sangat2 sakit. Memang makin berdenyut la dibuatnya. Tapi aku ni tetap aktif macam biasa, macam tak der apa2 yg berlaku kat kaki aku ni.
Bila aku duduk nak bangun nanti punya la susah....rasa nak nangis pun ada sebab menahan sakit. Tapi bila dah berjalan lama sikit dah ok tak berapa nak sakit, bila duduk semula nanti jadi la sakit tu bila bangun nanti...DUGAAN betul ni ...
Tapi kan bila ada aktiviti dengan anak2 asuhan aku boleh pula aku melompat macam tak sakit hehehe...hebat betul penangan anak2 ini. Aku rasa terus hilang rasa sakit tu. Ya Allah terima kasih kerana memberi aku penawar yg sangat indah...:-)
Aku harap esok akan berkurangan la sikit sakit kaki aku ni...boleh aku lompat skipping lagi...kali ni nak cuba buat 400 pula hehehe :-)
No comments:
Post a Comment