Friday, January 13, 2012

SAYA DAH MULA SIBUK

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Aku dah mula terasa bahang kesibukkan ku nanti. Bila dah mula bekerja ni semua benda dalam kepala. So I have to manage all those things one by one and go with the flow. Kalau tidak memang kepala ke bawah kaki ke atas.

Aku dapat kelas yg baru, so madih kosong...aku mesti kreatif dan banyak benda yg nak dimulakan. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar Insya Allah. Aku bekerja demi mengisi masa lapang ku. Jadi bila dah sibuk masa lapang pula yg aku kena cari untuk spent time for rest.

Hari Jumaat hari memenatkan. Balik saja dari sekolah terus ke bergegas ke tempat Tusyen. So malam baru aku boleh jumpa anak2 cats aku tu. Hari Sabtu pun aku ada tusyen juga...hopefully kali ni ramai la yg datang ke tusyen aku tu....Insya Allah.

Penulisan tetap akan ku laksanakan...mungkin hujung minggu adalah masa untuk aku berkarya. Kerja2 rumah pun tak boleh diabaikan itu la kerja hakiki ku sebagai PERMAISURI :-)

So jadual aku automatik berubah dengan serta merta. Tapi aku memang suka sibuk dan menyibukkan diri. Sebab aku tak der masa untuk bersedih nanti. Itu la yg inginkan sebenarnya. Aku memang tak boleh stress dan tak boleh berfikir banyak. Tapi kalau fikir tentang kerja itu aku sanggup sebab i love to work...

Apa pun aku harap Allah akan permudahkan segala perjalanan hidup ku. Aku cuma inginkan pekerjaan yg tetap. Asalkan aku dapat berbakti dan menyumbangkan tenaga ku pada anak bangsa dan juga negara ku tercinta...but dont forget aku tetap isteri untuk suami tercinta...TQ Hubby for ur love and supporting... :-)

1 comment:

Ann Ishak said...

yakin...mesti boleh buat punye