ayam goreng kicap menu 17 januari |
menu 17 januari |
menu 16 januari telur goreng mata dengan ikan bilis goreng cili padi perah limau |
menu 16 januari roti tu untuk cik abang yg tengah diet |
16 Januari lepas ku di serang migrain punya la sakit tak tahan. So aku tahu aku kena makan nasi juga2 walau pun sikit. Tekak ni pula adoii rasa loya tak boleh nak makan. Apa yg aku kena buat ilaha aku kena potong buah oren dulu makan lepas tu bila dah hilang loya baru la aku boleh bangun masak.
Cik abang aku pula sejak ada hobi baru ni tiap2 petang gi cycling. Tapi hari Isnin lepas dia macam tak nak pergi takut aku jatuh ke apa ker...tapi aku kata pergi lah kawan2 dok tunggu...nanti terbantut pula hobi dia tu kan hehehe...lagi pun aku tak nak manjakan sangat sakit migrain aku ni dan aku tgh elak dari amik panadol.
So bila dah makan oren tu rasa lega la sikit...aku ni bukan apa bila lewat makan nasi mula la migrain. So aku just goreng ikan bilis letak cili padi dan bawang...lepas tu perah asam limau sikit. Goreng telur mata sebijik. Nasi pula panas2 letak kicap fuhhh...sedap tu beb bila sesekali layan menu simple tapi sedap ni.
So 17hb semalam aku kepenatan...macam biasa pening kepala...tapi masih boleh dikawal. So aku pun goreng ayam buat masak kicap. Aku makan ngan nasi tapi cik abang layan ngan roti oatmeal....maklum lah dia tengah diet la katakan hehehe...
Apa pun korang jom layan menu simple aku ni...ini menu pemalas namanya atau pun menu org kena migrain :-)
No comments:
Post a Comment