Tuesday, March 15, 2011

MENU SUP



Assalamualaikum,

Hari ni saja jer tiba2 tekak rasa nak makan benda yang bersup. Alahai dah la aku ni bukan teror masak pun. Tekak ni macam2 citer la pula. Nak makan itu nak makan ini ada2 saja la...

Kebetulan dalam peti sejuk memang ada daging pun, rasa macam nak masak sup jer la hari ni...boleh juga hirup sup kan hehehe...(dah jemu makan nasi..)

So tadi tengah hari dalam pukul satu lebih aku pun mula la bekerja di dapur seolah-olah gaya seorang chef yang sedang memasak hehehe..poyo jer..

Mula2 aku rebuskan daging tu, kemudian aku siang kan bawag merah, bawang putih dan sedikit halia, lalu aku campak jer dalam periuk yang berisi daging. Kemudian aku siang pula sebiji ubi dan sebiji carrot. Tiba2 teringat pula ada bunga kubis yang aku beli di Econsave minggu lepas, lalu aku campak kan semua sayur-sayuran itu ke dalam periuk...

Kemudian aku masukkan perencah sup adabi dan sedikit serbuk perasa...Maka sup aku pun siap dan hanya tunggu ia mendidih sahaja.

Lepas solat Zuhur aku masukkan sup daging ku ke dalam mangkuk dan yummy masuk terus ke tekak dan perut ku hahahaha....:-)

So ini la hasil nya Sup Daging Campak Mencampak nama nya :-) Selamat mencuba...(hehehe..macam chef la konon..)

Bairi Piya song - Devdas

DEVDAS

Aloha,

:-) Ku mulai coretan hari ni dengan senyuman hehehe..kenapa yer? Ini kerana tiba2 aku teringat pula citer hindustan yang bertajuk 'Devdas'...Kenapa erk? Entah la mungkin sebab lagu2 nya dan salah satu dialog nya membuat kan aku teringat kan seseorang...jeng...jeng..jeng..siapa kah itu? jawapan nya biar lah rahsia...:-)







Jom tengok sinopsis nya dulu...


Devdas is a young man from a wealthy Bengali Brahmin family in India in the early 1900s. Paro (Parvati) is a young woman from a middle class Bengali family belonging to the “merchant” caste. The two families lived in a village in Bengal, and Devdas and Paro were childhood friends.
Devdas goes away for thirteen years to live and study in a boarding school in the city of Calcutta (now Kolkata). When, after finishing school, he returns to his village, Paro looks forward to their childhood love blossoming into their lifelong journey together in marriage. Of course, according to the prevailing social custom, Paro's parents would have to approach Devdas' parents and propose marriage of Paro to Devdas as Paro longed for.
When Paro's mother makes the proposal to Devdas' mother, the latter insults her, plainly saying that the marriage is not possible in view of her own higher caste and financial status. To demonstrate her own social status, Paro's mother then finds an even richer husband for Paro.
When Paro learns of her planned marriage, she stealthily meets Devdas at night, desperately believing that Devdas will quickly accept her hand in marriage. Devdas meekly seeks his parents' permission to marry Paro, but Devdas' father agrees with his wife.
In a weak-minded state, Devdas then flees to Calcutta, and from there, he writes a letter to Paro, saying that they were only friends. Within days, however, he realizes that he should have been bolder. He goes back to his village and tells Paro that he is ready to do anything needed to save their love.
By now, Paro's marriage plans are in an advanced stage, and she declines going back to Devdas and chides him for his cowardice and vacillation. She makes, however, one request to Devdas that he would return to her before he dies. Devdas vows to do so.
Devdas goes back to Calcutta and Paro is married off to the betrothed widower with children, who is still in love with his previous wife and is therefore not interested in an amatory relationship with Paro.
In Calcutta, Devdas' carousing friend, Chunnilal, introduces him to a courtesan named Chandramukhi. Devdas takes to heavy drinking at Chandramukhi's place, but the courtesan falls in love with him, and looks after him. His health deteriorates because of a combination of excessive drinking and despair of life—a drawn-out form of suicide. Within him, he frequently compares Paro and Chandramukhi, remaining ambivalent as to whom he really loves.
Sensing his fast-approaching death, Devdas returns to meet Paro to fulfill his vow. He dies at her doorstep on a dark, cold night. On hearing of the death of Devdas, Paro runs towards the door, disregarding "purdah", but her family members prevent her from stepping out of the door.
The novella powerfully depicts the prevailing societal customs in Bengal in the early 1900s, which are largely responsible for preventing the happy ending of a genuine love story.



Lagu-lagu dalam filem ni memang semuanya best, dan ada sebilangannya yang menjadi siulan di bibir ku...antara nya 'Bairi Piya', 'Rola Di Rola' dan banyak lagi...
Tarian nya pun best...:-)

Seperti yang aku katakan tadi salah satu dialog yang membuatkan aku teringat kan seseorang. Ini perbualan antara Paro (Aiswarya Rai) dan Devdas (Shah Rukh Khan). Kata Devdas kepada Paro bahawa hubungan yang terjalin selama ini adalah tak lebih dari hubungan seorang abang dan adik nya...fuhh...memang pedih hati si Paro. Mana tak nya dia dah setengah gila cinta kan Devdas dari kecik lagi...dialog tu yang buat kan aku suka sangat dgn citer ni...


So kepada rakan2 yang sudi membaca coretan aku hari ni sure ingat aku ni memang seorang yang emo kan hehehe..tapi memang pun kadang2 perasaan emo dan jiwang  tu wajib ada :-)
Aku juga suka tengok watak Chandramuki yang di bawa oleh Madhuri Dixit. Seorang yang berpewatakan hitam menjadi watak putih...itu la roda kehidupan...yang susah di hina yang kaya di sanjung.
Jom layan beberapa lagu yg aku amik dari Youtube...:-) adios!!

Monday, March 14, 2011

INI LA BOBOY


Aloha,

Kalau tadi gambar 'Gurgirl' sekarang gambar abang nya pula 'Boboy'. 'Boboy' ni nampak jer wajah brutal tapi dalam hati ada taman...kalau boleh nak kita belai sayang selalu kat dia...

Kalau aku basuh baju mula la dia pun nak tolong sama...kira macam perangai betina la walau pun dia ni jantan. Kalau tak pun dia mula la nak kita dukung dia. Kalau la kita buat2 tak nampak dia jap lagi mula la naik atas mesin basuh tu dan terus peluk kita...kelakar habis la si 'Boboy' ni.

Waktu gambar ni di ambil 'Boboy' baru bangun tidur. Tengok la wajah nya tu...muka terkejut hehehe...mana tak nya tiba2 ada flash pula...tak sempat nak posing katanya :-) (hanya aku yg faham bahasa kucing meoww..)

Ok la, nanti aku masukkan lagi gambar2 kucing2 yg ada dalam peliharaan ku ok...adios!!

Sunday, March 13, 2011

GURGIRL YANG SEKSI

Aloha....

Hari ni memang memenatkan ... sakit kaki ni...meklum la dari pagi tadi berjalan sampai la ke malam...
jadual yang sangat padat.

Tapi walau pun padat, aku puas dan gembira senan dapat bersama hubby sepanjang hari :-). Ok la hari ni nak citer tentang kucing kesayangan kami nama dalam I/C Gurgirl, nama timang-timangan 'adik'...

Aku dan hubby jaga 'adik' dari baby lagi...masa tu 'adik' ada dua lagi sedara. Yang mula nama 'boboy' kemudian 'Gurgirl' dan yang las "Baby'. Tapi 'Baby' umur tak panjang. Maka tinggal la 'Boboy' dan 'Gurgirl'.

Cuba tengok aksi manja 'adik'. Ia cukup suka kalau dapat masuk bilik, mula la buat aksi kuak lentang nya...seksi pula tu hehehe...

Tapi itu la kan, dah tak der anak ni kami suka melayan kerenah kucing2 peliharaan kami, dan mereka ini la penyeri hidup kami buat masa sekarang. Insya Allah kami akan terus menjaga kucing2 ini selagi mampu...

Tapi apa pun comel kan aksi2 'Gurgirl' ni ...:-)

TSUNAMI DATANG LAGI

Assalamualaikum,

Dunia gempar lagi dengan kehadiran Tsunami di Jepun. Ia nya memang menakutkan. Tengok pada gambar ini pun dah membuatkan hati dan perasaan ku menjadi sebak...Bagaimanakah keadaan rakyat2 jepun di sana...Selamat kah mereka?


Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.
Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.


Tsunami dalam sejarah

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:

Panduan hadapi bencana tsunami

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami. Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh. Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai. Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tsunami

Saturday, March 12, 2011

ADA-ADA SAJA



Assalamualaikum,

Ceritera hari ni bertajuk 'ada-ada saja'...kenapa tajuknya berbunyi macam tu? Sebelum tu aku nak senyum meleret dulu maklum la hari ni dapat pujian dari orang yang aku pun tak kenal. Macam ni ceritanya...

Petang tadi waktu aku tengah layan Fb tiba-tiba ada orang sapa aku. Bagi salam pun tidak terus di katakan aku ni cantik ... mak aii buta ke apa orang tu yer...aku ni selalu tak pernah la orang kata cantik tiba-tiba boleh pula dapat pujian tu...

Lalu aku pun balas la, aku kata terima kasih (dah orang puji kita kan kena la berterima kasih) dan aku kata lagi dah tua pun cantik kat mana la tu yer??? sambil ketawa aku menaip :-)

Katanya wajah aku macam budak sekolah hahahahaha...lagi la aku ketawa besar ... dah tua bangka macam ni dikatakan budak sekolah masya Allah...

Lalu aku pun jawap la mungkin aku selalu pergi sekolah kut, sebab tu la aku macam budak sekolah. Bila aku minta dia bagi tahu umur. Kata nya umur aku 23 tahun...ketawa berdekah-dekah aku kat depan pc ni...(nasib baik kat rumah kalau kat cyber cafe mahu dah kena halau...)

Aku kata 'hish muda sangat tu apa kata awak terbalikkan dan tambah lagi setahun' hehehehe...ala dah 33 tahun la makna nya tu kan...

Dia masih tak percaya...nak buat macam mana tak kan aku nak scan I/C aku pula kat dia kan...So hari ni aku happy la walau pun umur aku dah 33 tahun tapi masih macam budak sekolah hehehe....

Sebenarnya atau realiti nya orang tu cuma tengok gambar cuba kalau jumpa betul2 mahu dia lari...Yer la kan dah nampak ketuaan ku ini hahahaha...:-)

Apa pun muda ker tua ker, aku tak kisah janji aku sihat dan happy di samping suami tercinta...:-) Kepada yang memuji ku tadi terima kasih di atas pujian dan kepekaan anda...hanya Allah yang balas jasa baik anda memuji saya .... adios!!