Wednesday, August 28, 2013

PETUA HUBUNGAN SENTIASA MEKAR

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Lama pula tak ke sini, so dah ada kesempatan ni kita share something yg special bagi aku untuk kita para suami dan isteri praktikkan agar rumahtangga kita kekal bahagia selamanya In Shaa Allah...

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai. Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.
* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Monday, August 19, 2013

INGAT LAH WAHAI DIRI KU....

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum ...

Lama sungguh aku tak up date blog kesayangan aku ni, maklum la nak kata bzz tak juga tapi mungkin MALAS kut hehehehe...lagi pun tengah sibuk beraya la katakan...

Hari ni aku just nak share something yg memberi peringatan buat kita semua...jom kita sama2 renungkan...:)

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


So kawan2 jom kita sama2 menjadikan ia satu iktibar dan panduan agar hidup kita selepas ini akan lebih di berkati Allah...AMMIIN....

Wassalam....

Thursday, July 25, 2013

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku just nak share something yang sangat puitis untuk di renungi oleh kaum lelaki...kata2 ini aku share dari wall seorang sahabat FB yang bernama Ida Ariess. Kata Ida Ariess dia pun amik dari FB Strawberry Cinta... https://www.facebook.com/FilemStrawberiCinta?hc_location=stream

So mari kita hayatinya yer... :)

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Renung2kan yer...:)

Thursday, July 18, 2013

TEPUK DADA TANYA IMAN

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau  …

Oleh Siti Shamsiah bt Md Supi, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Shariah Undang-undang dan Politik IKIM

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk  Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah “untuk Allah”, bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai  gred-gred yang tertentu, sedangkan  emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat  puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI. Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti  “berziarah” dan “bertandang” ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa  yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.

Sumber : Pak Cik YAHOO!!!

Wednesday, July 10, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN 1434H


marhaban ya ramadhan
Assalamualaikum...

Diam tak tak diam kita dah masuk ke bulan yang mulia yakni bulan Ramdahan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih di beri peluang untuk beribadah di bulan yg amat indah ini.

Oh yer dah lama juga aku tak mengupdate blog tercinta aku ni. Bukan malas tapi kekangan masa tu menghadkan aktiviti singgang aku. Wah!! bunyi macam sibuk sungguh kan surirumah ni hehehehe....

Ramadhan kali ini aku dan suami sambut dengan penuh rasa kesunyian, kerana ramai ahli keluarga terdekat kami telah pulang menemui PenciptaNya....yang paling terasa bila ayah mertua ku dah tak ada. Kalau ayah masih ada sure kami anak, menantu, cucu, cicit dapat merasa masakan ayah yang sedap tu. Menu utama ayah tak lain tak bukan NASI DAGING la hehehe...sedap sangat ayah masak. Tapi apa kan daya ini semua telah dijanjikan oleh Yang Maha Esa. Semoga ayah kini lebih tenang dan bahagia di alam sana AMMIIN....

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menyambut Ramadhan tanpa arwah mama di sisi. Walau pun dah menjangkau ke tiga tahun, tapi kesunyian tu makin mencengkam. Namun apa kan daya itu sudah suratan buat ku. Kali ketiga juga aku akan menyambut AidillFitri sebagai anak YATIM PIATU. Sungguh pilu Tuhan saja yang Maha Mengetahuinya.

Yang paling aku terasa tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya tanpa kakak sepupu yang ku kasihi iaitu Allahyarham Siti Khatijah Omar dan anak2 nya. Begitu juga dengan arwah Pak Uda adik kepada arwah kak Siti. Kalau tidak waktu2 macam ni, kami mula la sibuk berborak di FB cerita segala persiapan nak beraya. Walaupun selepas masing2 berumahtangga hubungan kami semakin renggang namun FB banyak menghubungkan kami semula. Walau apa pun Al-Fatihah ku kirimkan buat kalian di sana...semoga kalian tenang dan damai di alam sana....AMMIIN....

banyakkan amalan soleh dan tinggalkan amalan toleh
Kita yang masih hidup ni pun belum tentu dapat menghabiskan bulan Ramadhan ini. Entah esok lusa kita juga bakal dijemput pulang ke alam sana. Maka penuhi lah bulan ini dengan kebaikan dan kemuliaan dan kalau boleh biarlah kebaikan dan kemuliaan ini kekal hingga selamanya dan sebati dalam diri kita In Shaa Allah.

Bulan Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan diri dari segala keburukkan dan nafsu yang beraja. Jika selama ni kita seorang yang pemarah, maka bulan ini lah yang akan mengajar kita erti sebuah kesabaran yang sebenarnya. Bulan ini juga bulan yang akan mengeratkan kasih sayang di antara kita. Contohnya di bulan ini lah kita akan makan berjemaah dengan ahli keluarga kita. Ya Allah indah sungguh bulan Ramadhan ini sebenarnya....Selain itu, ia juga mengeratkan perpaduan ummah yg sejati. Pergi berterawih sambil bertanya khabar jiran tentangga dan saling bermaafan. Subhanallah nikmatnya kehidupan sebagai seorang MUSLIM...Allahuakbar!!!

makan berjemaah

solat terawih berjemaah



Tapi ada juga yang menjadi buruk jika kita mengikut hawa nafsu. Biasa la kan setiap kali bulan Ramadhan maka akan tumbuh la Bazzar Ramadhan bak cendawan selepas hujan. Kalau dah pergi ke sana tu mula la rambang mata kan hehehehe...tengok ini nak makan, tengok itu pun rasa teringin alahai nafsu nafsi semua tu huhuhu....

Konon kata syaitan semua kena ikat, tapi syaitan yg ada dalam badan kita ni tak diikat la pula hehehehe....Aku ni dah dua tahun rasanya tak ke Bazaar Ramadhan, lagi pun suami aku balik kerja dia dah belikan...itu pun selalunya dia belikan murtabak, tak pun dia bawa balik bubur lambuk di Masjid yang berdekatan. Sebabnya my hubby ni suka masak bila time bulan puasa, ada saja menu yg diciptakan. So aku just tolong2 apa yg patut jer la. Best kan :)

jangan tiru aksi dalam kartun ni tau
Oh yer korang makan apa sahur tadi??? Aku dan suami macam biasa la layan nestum, oats dengan kurma jer la. Sejak tahun lepas my hubby dah ikut cara sahur aku ni hehehehe...So lega la juga tak payah nak berperang kat dapur pagi2 hari hehehehe....

Tapi dulu hubby nak juga makan nasi bila bersahur, tapi sejak aku tahun 2010, dia dok sahur sorang2 mungkin dia pun terbiasa dengan nestum mix oats tu...aku pula tahun 2010 hanya sahur air kosong dengan sebiji buah tamar jer, maklum la masa tu dok jaga arwah mama kat ward, tak sempat nak bersahur ni sebenarnya. Bangun 4.30 aku dah kena mandi...lepas tu nak lapkan arwah, so sesambil tu la aku makan sahur...Tapi Alhamdulillah sikit pun aku tak rasa penat atau letih, malah lebih bertenaga. Syukur sangat kerana Allah sentiasa memelihara aku dan mama waktu tu...Alhamdulillah...

menu sahur

menu sahur

menu sahur
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa yer kawan2, penuhi bulan mulia ini dengan aktiviti2 yg mendatangkan pahala bukan yang medatang kan bala tau...jangan lupa berterawih tau...salah satu excercise juga tu tau...kalau nak lansing ini la masanya hehehehe...tapi jangan ingat nak kurus jer ok!!! santapan nurani kena la di penuhi juga tau...:)

Salam Ramadhan dari aku yg comeiii ini hehehehe...ADIOS!!!

Tuesday, June 11, 2013

PENANG TROPICAL SPICE GARDEN

welcome to spice garden
Assalamualaikum,

Hari ni hari round island hehehe...amik kau pusing Pulau Pinang sampai lebam la dibuatnya...Mana tak nya aku ni punya la rasa pening Tuhan jer yang tahu. Memang dari kecik lagi aku kalau pi pusing Pulau Pinang memang akan rasa pening...Ingat lagi masa aku tadika KEMAS dulu, ada rombongan naik bas pusing Penang, arwah mama siap bekal kan aku ubat tahan muntah. Aku tidur jer sepanjang perjalanan...Orang lain shiok tengok keindahan aku pula shiok dok layan mimpi...RUGI betoiii!!!

Pagi tadi lepas bagi makan anak2 buluss aku cakap dgn hubby teringin nak makan roti telur...So hubby cakap pergilah bersiap nak breakfast kat luar. Tengah2 bersiap tu dia kata..."Kita pi singgah Penang la Yang..!!" Aku pun apa lagi shiok la, maklum la nak balik kampung halaman la katakan hehehe...

roti telur memang marvelous
Sampai jer kat Penang dia kata nak pi Bukit Bendera, bersungguh2 la kami pun nak ke sana, alih2 tutup la pula under renovation...KICIWA!!! la kami berdua...so plan bertukar...dia kata jom pusing Penang. Maka bermula la episod pusing Penang sampai lebam hehehehe...

Kami singgah kat Tropical Spice Garden di Batu Feringi...memang cantik giler tempat tu, kena pula haruman aroamatik aduhai rasa nyaman dan sangat2 menyegarkan...

So masa nak balik tu sempat la kami membeli ole2 buat buah tangan dari Spice Garden hehehe...bila lagi nak minta dengan hubby kan hehehehe...

ole2 dari spice garden
So masa nak balik tu kami balik ikut laluan Genting Balik Pulau...alahai aku mula la rasa pening...pening dengan jalan yang berbelok2 dan ditambah pula bau durian yg menyucuk hidung...aduhai memang perit huhuhu...so aku pun just pejam mata sampai la turun ke bawah...

Kami singgah makan di Restoreng Awet Muda, kat sana kami terjumpa dengan kawan hubby yg turut makan kat situ...Alhamdulillah kawan hubby belanja ... TQ Dato dan Datin berdua..hanya Allah yang dapat membalasnya...TQ...

bersama datin izan kat restoren awet muda
So lepas jer lunch kami singgah la kat my kampung yang tak macam kampung pun hehehe...macam biasa la Mak Cik dengan Mak Yah punya la hepi kami datang..macam2 cerita nak dibualkan...

So dah habis berbual...kami pun pulang ke rumah...tapi sebelum tu singgah kedai BUNDLE dulu...maklum la hubby aku ni bunddle dengan dia memang tak dapat dipisahkan...aku pun turut sama nyopping...tak banyak pun 3 pasang baju untuk pakai di rumah hehehehe...

So jam 4.30 kami pun balik di rumah...malam ni serius memang kaki aku dah mula sakit..mana taknya panjat tangga kat Spice Garden tu...lepas tu jalan2 lagi kat Genting Balik Pulau hehehe...tp apa pun memang aku hepi sangat bila dapat bersama dengan yang TERSAYANG...bagi ku setiap detik yang indah wajib la kita hargai...kerana ianya datang hanya sekali...dan tak akan berulang lagi...Bila tibanya kehilangan baru kita sedar akan erti kesunyiaan....

ADIOS!!!

Monday, June 10, 2013

HUBBY ADMIT AT KPJ

my love baru lepas muntah dah kena masuk air kat bahagian kecemasan

dah masuk ward lebih selesa

nasi dengan telur bekal untuk aku yg nak jaga hubby

lauk ni yg sempat aku masak untuk aku masa balik 3jam amik barang kat rumah

cepat sembuh wahai sayang ku

katil number 523

sarapan pagi...dah nampak ok dah

alhamdulillah his fine...syukur pada allah

Assalamulaikum...

Kita hanya merancang Allah jua yg menentukan. Planning ke Baling Kedah terpaksa di batalkan. Our family gathering terpaksa di tunda ke lain tarikh In Shaa Allah...

Ini kerana suami ku tercinta admit di KPJ pada pagi Sabtu yang lepas. Semuanya terjadi pada jam 5.15 pagi, waktu tu aku terjaga ingatkan hubby mamai dalam tidur...sebab my hubby memang selalu mamai jer dalam tidur...Tiba2 dia terus lari bangun meluru ke tandas lalu muntah...badan dia jadi berpeluh dingin, aku dah jadi panik. Aku takut apa2 yg buruk akan berlaku pada hubby...

Lepas muntah kali pertama nampak dia ok sikit...aku pun solat Subuh, lepas solat belum sempat aku berdoa sekali lagi dia lari ke bilik air untuk muntah kali kedua...kali ni nampak teruk sampai terduduk kat atas lantai toilet kami tu.

Aku pun tanya dia kenapa, dia kata pening sangat kepala dia tu. Aku pun gosok belakang badan dia, terasa peluh dingin makin banyak...badan jadi sejuk..Aduhai apakah musibah yg akan terjadi ni...Tiba2 dia bangun dari katil ajak aku ke hospital...

Allahuakbar!!! aku dah mula panik...aku ni kalau panik lain macam sikit mula la perut jadi memulas...aku dah ulang alik ke toilet...lepas tu aku just salin baju dan sempat bagi anak2 buluss makan pro diet...terus kunci pintu dan ke kereta.

Aku tanya dia hubby boleh ker bawa kereta sendiri, dia angguk, lepas tu muntah lagi kat parking kereta...Aduhai...hancur luluh hati ku...Aku ni penakut drive...tapi kalau terkejut emergency macam ni aku boleh jer tekan minyak tu...tapi hubby tetap tak bagi, dia nak juga bawa sendiri.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke KPJ pada jam 7.00 pagi. Aku dah mula SMS adik ipar minta dia take over my class tuisyen. Dalam perjalanan ke sana aku tak henti2 berdoa moga kami selamat sampai, mata ku pula kejap pandang ke arah jalan raya kejap lagi ke arah hubby...Aduhai perit sungguh rasanya...

Sampai di kecemasan sekali lagi hubby muntah di lonkang pintu kecemasan. Lalu MA datang chek hubby...mereka suspek jantung pada mulanya. Tapi lepas buat ECG Alhamdulillah nothing serius jantung semua ok...chek BP pun ok, chek kencing manis pun ok...so dia orang tetap juga amik blood untuk blood test.

Tepat jam 7.45 pagi hubby dah di tolak masuk ke ward tingkat 5 number katil 523. Hubby di beri injection dan juga masuk air satu botol. Nampak hubby kembali tenang muntah pun dah stop. Jam 9.30 pagi doktor datang chek...dia tanya macam2 soalan pada hubby and he can answer very well...bila chek2 semula rupanya hubby ada masalah SINUS...bila air hidung tu tak keluar, ia boleh mengalir ke ke belakang telinga dan menyebabkan pening dan bergegar...So doktor advise tak boleh ada habuk kat rumah...Aduhai sekali lagi hati kami berdua tersentap...ini bermakna kami kena korbankan anak2 kucing kami tu...

Memang hubby tak boleh habuk lansung...Aduhai....perasaan aku dah bercampur aduk...Jam 12.00 hubby dah rasa ok terus dia ajak aku balik...Alahai sayang ku mana boleh balik sesuka hati, ini hospital bukan hotel sayang oiii...

Jam 2.00 doktor datang lagi...hubby minta nak balik...doktor tak bagi dan suruh duduk satu malam. Lagipun dia nak observed my hubby...so dia bagi la kami balik sekejap dalam 3 jam. So sampai jer rumah hubby berehat dalam bilik, aku pula sempat mop lantai, bagi anak2 buluss makan, masak nasi, masak bekal untuk aku yg nak jaga hubby...Aku sempat goreng telur letak kicap dengan buat ikan bilis goreng masak asam...Tapi makan tak habis pun...penat punya pasal and risau...tapi untuk tenaga aku telan la juga...

Malam tu sebelum tidur aku renung wajah hubby, aku mohon moga hubby cepat sembuh...aku tahu ajal maut itu semua di tangan Tuhan, tapi aku belum bersedia untuk hidup tanpa dia...aku ni dah la sorang2 kat dunia ni...hubby la tempat ku menumpang kasih...walaupun aku tahu Allah akan sentiasa melindungi aku...tapi perasaan sedih tu tetap ada...

Aku tak tunjuk rasa sedih tu...malam aku senyum, dia pun senyum tengok aku...kami rasa kasih sayang kami makin dekat dan bersatu...hati kami makin padu dan cinta kami makin UTUH!!! Alhamdulillah...

Esoknya seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun...aku mandi dan siap kan diri untuk solat Subuh...aku tengok hubby nyenyak jer tidur...aku solat bersebelahan katil hubby. Jam 6.30 aku kejutkan hubby solat dan dia pun mandi solat lepas tu tidur semula...

Jam 2.30 petang hari Ahad suami ku dah boleh pulang. Kami tak terus balik ke rumah tapi kami singgah ke Ulu Paip, sebab famili hubby semua ada kat situ. Semua concern dengan kesihatan my hubby...Syukur Ya Allah di atas kurniaan kasih sayang ini...

Balik rumah kami terpaksa decide, buat satu keputusan yg amat payah dalam hidup kami bedua...kami terpaksa buang anak2 buluss kami ni...So semalam sewaktu tu hujan renyai hubby buang 3 ekor dari 9 yg ada kat rumah ni.

Bermula dengan Along, PoPo dan MiYo...mentik juga air mata ku...aku peluk cium dulu anak2 buluss ku sebelum di letak dalam bakul untuk di bawa buang.

miyo

along

popo

Subhanallah...memang perit memang pedih tapi demi kesihatan suami aku terpaksa redha kan jua...aku set dalam otak kata anak2 buluss aku ni perlukan kebebasan dalam hidup...Tapi memang lately ni Along dengan Moyo asyik nak keluar bila pintu di buka. Mungkin sudah tiba masanya kami buat perubahan dalam kehidupan kami...ramai kawan2 yg memberi kata2 semangat buat aku, agar aku tabah menghadapi semuanya...

Memang orang yg tak punyai rasa kasih seperti kami yg cintakan kucing dan haiwan akan merasa hal macam ni remeh...tapi bagi kami ini adalah satu dosa kerana membela kucing juga satu amanah...Mohon Allah ampunkan dosa kami...Subhanallah...

Hubby siap janji nak belikan satu akuarium yg penuh dengan ikan untuk aku...tapi ia sebenarnya untuk sedapkan hati masing2...

Wahai Tuhan ku lindungilah anak2 buluss ku ini, jauhkan mereka dari bahaya dan haiwan liar...sesungguhnya mereka adalah ahli keluarga ku yg paling aku kasih dan sayang...AMMIIN.....