Wednesday, February 23, 2011

KE GUNUNG JERAI


Assalamualaikum,
Kali ni nak cerita masa kami berdua ke Gunung Jerai. Tapi sebenarnya cerita ni dah basi. Cerita ni berlansung pada tahun lepas. Hubby ku bawa aku ke sana konon nak release kan tension aku hehehe...yer la masa tu kami hidup berasingan. Sebab aku tgh jaga my mom yg sedang sakit masa tu...

Tapi kan walau pun happy dapat naik Gunung Jerai, namun hati ku masih gundah gulana sebab aku balik sekejap rumah aku itu pun sebab raya dan mak cik aku yg jaga mama buat sehari dua sewaktu aku tiada. Tapi itu semua dah berlalu, so kita berbalik pada cerita aku ke Gunung Jerai ni yer...

Kami parking kereta kat bawah lepas naik jip ke atas puncak. Kalau datang awal boleh juga hiking kan, tapi datang pun dah lewat naik jip ajer la...Masa naik tu Ya Allah permandangan nya tersangat la cantik...masa tu aku cuma berfikir indahnya kebesaran Allah...

Kami tiba kat atas dalam 30 minit kemudian. So bila dah naik tu apa lagi time to posing la...posing tahap gaban gitu...klip sana klip sini tak hengat la ...

Ikutkan suami ku, nak je dia bermalam kat atas puncak sana, tapi tu la bukan niat kami  sebenarnya bukan nak ke Gunung Jerai pada asalnya, kira secara kebetulan jer la...Insya Allah nanti lain kali kami nak juga bermalam kat sana. Sebab suasana kat sana sangat2 cantik marvelous la....

So aku cadangkan sesiapa nak ber "honeymoon" sila la ke sana. Tak payah nak susah2 ke Genting atau Cameron. Sebab kesejukkannya mengalahkan Genting dan Cameron.

Kami menghabiskan masa selama 3 jam kat atas puncak sana. Kami ke cafe berdekatan. Kami juga ada buat satu perjanjian kat atas Puncak Jerai. Tapi perjanjian tu biarlah menjadi rahsia aku dan suami.

So insya Allah aku dan suami akan kembali lagi ke Puncak Jerai, Jerai nantikan kedatangan kami lagi...:-)

1 comment:

SayangSal said...

wa...nie gunung jerai..i pernah jejak....memang betul kata ko..memang sejuk...tapi nak ke sini lagi..entah bila la plak...he he he..