Thursday, June 16, 2011

BERAKHIR SUDAH CERITERANYA

banner rasmi nora elena
Assalamualaikum,

Akhirnya demam Nora Elena telah pun berakhir pada jam 7 malam tadi. Alhamdulillah segala persoalan yg selama ini bermain di minda ku telah pun terjawap kini hehehe...walaupun hakikatnya aku dah baca novel tapi nak juga aku tonton di TV. Bukan apa dah nama pun adaptasi longgar dari novel "Kasih Yang Suci" sure ada sedikit sebanyak perubahan...dan di beritahu juga hanya 70% dari novel. Pasti ada perubahan mengikut selera penonton di TV kan...:-)

Sejak sebulan yg lepas drama ini di tayang kan di slot Akasia di TV3, aku memang tak berkesempatan lansung nak tengok kat TV. Maklum la masa tayangan tu kurang sesuai dengan masa aku. Mujur la ada http://www.tonton.com dapat la aku melayan dari episod 1 sampai la 7 pada mulanya. Itu pun selepas tengok rakan2 di FB yg asyik dok borak tentang citer ni. Aku nak mencelah pun tak boleh maklum la tak pernah tengok. So untuk get into the group conversation, aku pun mula la layan di tonton.com...:-)

 Jalan citer nya yg mudah dan diserikan lagi dengan lakonan bersahaja dari watak utama nya iaitu Siti Saleha dan Aaron Aziz, aku jd jatuh cinta pula dengan citer ni. Hinggakan aku dilanda pula demam untuk mendapatkan novel nya iaitu "Kasih Yang Suci" hasil nukilan Meen Zulaikha. Setelah penat mencari aku dapat pula url online oleh rakan2 FB..so dapat la aku layan novel ni di online saja pada mulanya. Tapi semangat untuk mendapat kan senaskah novel "Kasih Yang Suci" tu aku teruskan nekad ku untuk menjelajah ke semua kedai buku dan alhamdulillah akhirnya dapat di MPH :-)

novel kasih yang suci oleh meen zulaikha
Kemudian timbul pula isu watak romantik Seth Tan lakonan Aaron Aziz. Katanya lelaki melayu tak der romantik macam Seth Tan tu. Itu semua khayalan saja. Aku kurang setuju, sebab romantik ni satu perkara yg subjektif. Aku pun dulu selalu suka membezakan suami ku dengan watak2 lelaki yg ku jumpa dalam novel. Kenapa la suami aku tak macam lelaki dalam citer ni, tak bagi bunga, tak bagi hadiah, tak belai aku, tak manjakan aku dan juga tak sanggup berkorban untuk aku???? persoalan demi persoalan bermain dalam pemikiran ku, sehinggakan timbul konflik dalam diri ku sendiri.

Tapi setelah aku buka mata hati ku, baru la aku nampak rupanya suami ku memang seorang yg sangat2 romantik, walaupun jarang beli bunga tapi selalu hantar sms setiap pagi walau pun hanya dengan 3 perkataan "I LOVE U", kalau dia out station pasti sms akan bertalu2 dihantar hanya untuk mengatakan yg dia rindukan aku. Walau pun suami ku jarang bagi hadiah, tapi dia selalu hadiahkan ciuman di pipi ku setiap kali nak ke tempat kerja dan akan peluk aku setiap kali bangun tidur. Walaupun suami aku jarang belai aku di depan org tapi dia selalu memuji kehebatan ku di hadapan kawan2 nya, dia bangga memiliki aku seadanya. Walaupun mata kasar nampak dia kurang memanjakan aku tapi hakikatnya aku belum pernah lagi bayar bil elektrik sendiri, bil air apa tah lagi, sayur ikan di pasar pun aku tak pernah pegang, semua dia yg pilihkan dan kadang2 dia yg masakkan. Dan kalau aku fikir suami ku tak sanggup berkorban untuk ku, aku silap...setiap pagi dia yg akan bangun awal untuk hantar dan jemput aku balik dari tempat kerja, sedangkan tempat kerja dia dekat jer dengan rumah kami. Kalau hari Sabtu dia cuti, tapi dia akan tetap bangun awal semata2 nak hantar aku ke kelas tusyen. Sedangkan aku boleh jer naik bas...:-)

Ini la romantik di mata ku...aku yakin korang juga ada situasi yg sama dengan aku. Malah mungkin lebih dari aku...So marilah kita hargai cinta yg ada di depan mata kita. Cinta yg disemai mesti la selalu di siram dan dibaja dengan kejujuran dan keikhlasan, Insya Allah pasti kebahagiaan milik kita jua...

Jadi jom kita semua sayang diri kita dan sayang org2 yg ada di samping kita, kerana dari kasih sayang akan hilang segala perbalahan :-)

1 comment: