Thursday, June 23, 2011

KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni semangat nak meng update blog sudah kembali. Bukan apa kalau tidak penyakit MALAS tu dah mula menyerang sedikit demi sedikit. Walau pun hari ni kalau ikutkan aku rasa tersangat la penat. Tapi tu la, bila tengok blog ni rasa penat tu hilang dengan sendiri nya Alhamdulillah :-)

Tajuk aku hari ni KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Bagi definasi aku ketiga2 perkataan ini membawa maksud yg sama dan Alhamdulillah aku mempunyai ramai KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Setiap tahun aku mesti dapat kawan yg baru. Ini merupakan satu anugerah yg paling tinggi bagi aku. Aku dapat mengenal ramai manusia di muka bumi Allah ini.

Kalau dulu aku terkenal dengan sikap pendiam dan sangat2 pemalu, tapi kini aku la manusia yg paling banyak bercakap. Pemalu tu tetap ada tapi bertempat. Kalau dulu nak ke kedai pun aku malu, tapi sekarang kat kedai tu boleh dengar suara aku berceloteh hehehe....

Aku ingat lagi masa zaman belajar di UiTM. Aku memang berat mulut. Kalau senior tanya satu maka satu jer la jawapanya. Kalau aku naik bas dari KL pulang ke Penang, di sebelah ku ada penumpang lain, haram aku nak bertanya khabar. Aku akan diam sampai la tiba ke destinasi ku.

Tapi kini semunya dah berubah. Aku boleh berborak dengan sesiapa sahaja, tak mengira pangkat atau darjat. Tak mengira umur muda atau tua. Tak mengira jantina lelaki ker wanita. Tak mengira bangsa atau agama semua nya menjadi KAWAN, TEMAN dan SAHABAT untuk ku.

Sekarang aku dah bekerja di tempat baru. Maka aku dapat KAWAN-KAWAN baru. Aku juga dapat KAWAN baru di dalam bas yg aku naiki sehari2 sewaktu pulang dari tempat kerja. Alhamdulillah Allah telah membuka mata ku untuk mengenali insan lain tanpa rasa malu dan segan. Ini satu anugerah buat ku.

Mungkin mereka di luar sana anggap penceritaan aku ini biasa ajer, tapi bagi ku ianya satu yg luar biasa sebab hanya aku yg kenal diri ku dan Allah saja yg tahu siapa aku. Seorang insan yg penuh dengan EGO, SOMBONG kini menjadi manusia yg sangat merendah diri...Alhamdulillah...:-)

Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang untuk aku menjadi "SESEORANG" yg pernah aku minta dulu...Alhamdulillah...:-)

2 comments:

Siti Azlina Abdul Aziz said...

berkawan biar seribu berkasih biar satu :-)

SayangSal said...

tahniah,,,,akhirnya....to be somebody,,,,telah berjaya digapai oleh kamu,,,,,:)