gambar hanya hiasan |
Wah..satu mukadimah yg sangat2 friendly hehehehe...bukan apa hari ni (27 Jun 2011) aku tersangat la gumbira sebab aku CUTI horay!!!! Cuti apa??? bagus soalan korang tu...CUTI PERISTIWA sempena Hari Anugerah Kecermerlangan SK Bertam Indah. So kami yg berkerja dengan murid2 dapat la cuti hehehehe...
Kenapa yer tajuk aku hari ni BUKU a.k.a BOOKS??? Alahai buat2 tanya pula aku ni...Ini la hobi aku dari kecik lagi dan Alhamdulillah hobi ini masih berterusan sehingga la sekarang. Dulu aku ada banyak hobi antaranya ialah mengumpul setem, mengumpul teddy bear dan macam2 lagi la...(tak ingat la sebab dulu memang banyak betul hobi aku ni...)
Sejak aku kecil lagi arwah mama dah terapkan minat membaca pada aku. Mana2 aku pergi sure arwah akan bawa buku cerita pendek untuk aku baca. Arwah mama pun minat membaca. So mungkin sebab itu la aku pun dah ikut jejak langkah arwah.
Setiap kali sambutan hari lahir ku, aku mesti di beru hadiah berupa buku. Sehari sebelum tarikh hari lahir ku, pasti akan sampai pos laju ke rumah. Aku dah tahu dah itu la hadiah hari lahir ku. Macam2 jenis buku cerita yg arwah belikan. Aku pula memang cepat membaca. Sehari dah boleh habis 2 ke 3 buku. Buku pun tak der la tebal mana pun...tapi aku akan lupa makan, minum demi untuk habiskan satu buku.
Kalau kami keluar bershopping, arwah akan tinggalkan aku di kedai buku. So arwah pula pergi la shopping. Bila dah habis masa shopping mama akan datang jemput aku semula. Hujung minggu, arwah pasti bawa aku ke perpustakaan. Sanggup arwah naik bas turun bas demi untuk menerapkan minat membaca ke dalam diri ku. Ini satu penghargaan untuk ku.
Aku sanggup berhabis berpuluh2 ringgit demi sebuah buku. Aku sangat sukakan buku. Harap2 nya nanti anak2 aku juga suka membaca insya Allah...:-) bagi ku "Membaca Itu Jambatan Ilmu"
1 comment:
jom membaca :-)
Post a Comment