|
kek dari pra mutiara |
|
kek dari kelas ku pra berlian |
|
antara wajah2 yg bakal sambut birthday pada hari tersebut |
|
semua tgh pandang ke arah kek jer :-) |
|
majlis ini diadakan di padang sekolah |
|
yg dalam periuk tu kuah mee bandung hasil sentuhan ku :-) |
|
beratur nak amik makanan la tu |
|
yg pakai topi tu kira birthday girls dan birthday boys |
Assalamualaikum...
Mentang2 la hari Jumaat ni hari terakhir aku bersama anak2 asuhan ku, tiba2 aku teringin pula nak masukkan gambar2 mereka ni dalam blog ku. Bukan apa bila rindu dapat la juga aku tatap wajah2 yg pernah membuatkan aku tersenyum.
Gambar2 ni aku snap sewaktu majlis sambutan hari lahir dari bulan Januari sampai la ke bulan Julai. Dari kelas aku ada 17 orang murid yg sambut hari lahir, kelas lagi satu iaitu kelas Pra Mutiara ada 16 orang.
Majlis itu diadakan pada hari Khamis iaitu 3 hari sebelum kita semua berpuasa. Hari Isnin aku dah gi cari hadiah untuk mereka semua. So dapat la kami sediakan hadiah seperti yg dijanjikan. Kek pula tempah last minute, bukan apa org yg mula kami tempah tu tiba2 tak boleh buat la pula...huhuhuhu...tiba2 kena gi kursus. So kek tu kami rembat kat kedai jer la jawapnya.
Pada hari tersebut kelas Pra Mutiara sediakan menu bihun goreng, manakala kelas aku menunya Mee Bandung hasil air tangan ku sepenuhnya...cikgu2 lain kata SEDAP hehehehe....belagak la pula :-)
Yang kelakarnya kami jemput sorang ustaz datang membaca doa bagi memberkati majlis kami ni, setelah selesai sesi membaca doa dan memotong kek, time masing2 nak amik makanan, tiba2 aku terdengar ustaz tadi berkata pada penolong kanan pentadbiran..."hish sedap sungguh tengok kuah mee bandung tu, pekat elok...depa order kat sapa la kan " hehehehe...aku pula tersenyum malu tersipu2...lepas tu masa habis majlis semua, kami ada meeting Puan Guru Besar mention nama aku kata aku masak mee sedap hehehe...ustaz tu senyum tengok aku, dia kata "patut la masa saya cakap tadi cikgu CT dok gelak, rupanya cikgu yg masak" hehehe...kembang setaman aku jadinya...:-)
Tapi apa pun aku bangga sebab dapat memberi sesuatu yg terbaik untuk SK Bertam Indah...walaupun 3 bulan aku berada di sini, tapi keakraban tu membuatkan aku rasa 3 thn berada di sini...TQ anak2 asuhan ku...cikgu sayang sangat kat kamu semua...:-)
No comments:
Post a Comment