Sunday, September 16, 2012

SELAMAT TINGGAL ABANG ZUL

keluarga abang zul dan kak nora serta anak2 mereka
Assalamualaikum...

Hari  ini seluruh famili suami ku mendapat berita sedih di mana perginya salah seorang cousin kesayangan mereka Abang Zul ke alam barzakh tepat jam 10.55 pagi tadi. Arwah merupakan anak sulung kepada Pak Ndak dan Mak Ndak suami ku. Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yg masih kecil yg masih memerlukan kasih sayang seorang ayah...

Pagi tadi jam 9.30 Pak Su suami aku call bagi tahu akan posisi arwah yg hanya mendapat bantuan mesin hayat...maka semua ahli keluarga di minta berdoa agar semuanya akan di permudahkan...Tiba2 jam 11.00 pagi kami sekali lagi mendapat panggilan talipon mengatakan arwah dah pergi buat selama-lamanya...sebak aku seketika...Walaupun aku tak serapat mana dengan arwah tapi aku tetap rasa keakraban itu...kerana mereka adalah keluarga ku juga...

Kalau ikutkan cerita masa raya baru2 ni arwah ada balik kampung untuk beraya lagi pun Pak Ndak dan Mak Ndak ada kat kampung sbb menjaga Tok yg sedang sakit...So dah dua tahun berturut2 mereka beraya di Tasek Gelugor.

And waktu tu arwah memang dah tak sihat, dia dah mula demam, tai hanya makan anadol jer. Tapi yg pelik demam tak kebah2 malah makin teruk. So Hari Sabtu lepas 8hb September aku terbaca di wall isterinya yg arwah dihantar ke PPUM jam 4.30 pg akibat kesesakkan nafas. So Malam tu kebetulan kampung suami aku ada buat Open Kampung, tiba2 Pak Su suami aku kata nak ke Shah Alam sebab arwah dah masuk ke ICU sebab makin kritikal..aku dah mula tak sedap hati.

And korang nak tahu hari Sabtu tu la hari anniversary arwah dengan isterinya yg ke 12 tahun...isterinya sempat berseloroh kata kali ni sambut anniversary kat PPUM jer la kat wall FB...

Sedih kan...tp apa kan daya itu janji Allah...kita semua tetap akan pulang ke alam yg ABADI juga kelak...Aku ada juga dengar desas desus kata isteri arwah tengah mengandung anak keempat, tapi aku tak pasti la sahih atau pun tak...Cuma aku harap isteri arwah tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa suami dengan tenang...

gambar raya kami untuk tahun ni,gambar arwah dalam bulatan

Bila aku kenangkan kisah Kak Nora iaitu isteri arwah, aku rasa sebak sebab aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau aku yg di beri ujian seberat ini...sedangkan masa aku kehilangan arwah mama dulu pun aku dah macam orang yg kehilangan tempat bergantung...mujur aku masih ada suami untuk berpaut. Kalau lah aku kehilangan suami ku...Masya Allah aku tak tahu apa perasaan aku waktu tu...Tapi apa pun Ya Allah aku masih belum mampu diuji dengan ujian yang Maha Berat macam ni.

Aku masih tak mampu hidup tanpa suami di sisi...aku terlalu manja dengan suami hinggakan aku rasa lemah kalau dia dijemput oleh Mu Ya Allah...tapi aku tahu mati itu pasti...aku tahu mati itu tetap akan datang paa kami insan2 Mu yg bernafas...Tapi Tuhan...bukan sekarang...Ampunilah aku Ya Allah..Ampunilah suamiku Ya Allah...

Maka aku dan suami ingin mengucapkan Salam Takziah untuk seluruh ahli keluarga Pak Ndak di atas kehilangan Allahyarham Abang Zul..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...AL-FATIHAH... :(

Saturday, September 15, 2012

JANE JAMILAH

poster cerekarama citer jane jamilah
Assalamualaikum...

Hari ni seharian aku melayan lapy kat rumah sambil berlingkar macam ular sawa atas katil hehehe...nak kata tak der kerja memang ada kerja pun...tapi tu la apa yg dirancang tak menjadi so beginilah aku jadinya hehehe...

Aku bangun awal macam biasa hari ni...Jam 6 pagi lagi aku dah bangun buat apa yg patut. Kalau ikutkan aku ada majlis Open House ngan Cik Abang hari ni, tapi apa pun aku kena la ke tempat tusyen aku dulu, kebetulan pula adik ipar aku pun tak datang tusyen so kena la aku yg pergi...

Jam 7.30 pagi waktu aku tgh sibuk bersiap tiba2 Cik Abang aku yg dah bersiap terkocoh2 naik semula ke apartment kami katanya kereta kami PGF tu tak boleh nak start..so aku dah mula la rasa mcm nak kena batalkan kelas jer ni...

Memang betul aku kena la batalkan kelas tusyen aku hari ni...mula la aktiviti mengSMS parents semula...Nampaknya kena ganti kelas la nanti...:(

So Open house pun Cik Abang pergi sorang2 la naik motorsikal kawannya...Aku apa lagi LEPAKKING la kat rumah sambil layan citer Jane Jamilah....

Aku suka la citer ni..kebetulan pula Sofia Jane yg berlakon lagi la aku suka hehehe...peminat Sofia Jane aku ni tau :)

Citernya simple tp penuh pengajaran. Sebagai wanita kita kena sentiasa beringat rumah tangga tetap NO.1!!!...walaupun kita berkerjaya tapi suami dan anak2 kena lah diutamakan. Jangan terlalu asyik dengan kerjaya da kawan2 sampai lua dan abaikan semua tanggungjawab kita pada orang lain...kalau ada bibik serah kat bibik...tak boleh macam tu tau!! salah sangat2...

Dan yg paling aku suka tu cara wanita ini mengendalikan masalah rumahtangga nya dengan sangat profesional dan menjaga martabat kaum sendiri...itu yg paling aku THUMBS UP!!

So apa pun aku just nak share, kita jgn tengok citer tu sebagai hiburan semata, tapi dapatkan pengajaran darinya...Tahniah buat Pn. Hajah Shila Rusly kerana dapat menerbitkan cerita yg hebat macam ni.. TANIAH :)

Monday, September 10, 2012

BERDUET DENGAN SUAMI TERCINTA

lagu uji rashid dgn hail amir tu :)

tengah berduet ni :)
Assalamualaikum...

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan2 di BLOG aku yg comeiii ni...Maaf Zahir Batin tau korang :)

Hari Sabtu, malam Ahad baru ni kampung cik abang aku mengadakan Malam Mesra Aidilfitri Cawangan Paya Tok Akil Tasek Gelugor. Memang meriah...macam2 menu ada tu...sampai tak larat la nak makan..Maklum lah open kampung la katakan...bukan open house tau :)

So masa lepas cabutan bertuah tu, tiba2 nama suami ku di sebut oleh pengacara majlis malam tu, aku ingat kan kenapa rupanya minta suami ku menyumbang sebuah lagu raya...apa lagi pucat kesi la muka suami aku dibuatnya...

Aku pun terana seketika...maklum la aku tahu memang suami aku tak tahu menyanyi pun hahaha...yg dok melalak ni aku la hahaha...tapi aku dah insaf dah la...dulu masa kerja kat KL tiap2 hari lepas office hours sure aku akan masuk ke bilik karoke kami yg bersebelahan dengan library aku tu...mula la aku melalak lagu Rossa atau pun Mas Idayu hahaha...tengok la aku ni...gedikss sungguh...kalau UOLSS nak tahu aku pernah menang tempat kedua tau dalam pertandingan karoke hahaha...hebat juga aku ni...tiba2 naik lift sendiri la pula ahakss :p

So bila nama cik abang aku di panggil, terus matanya tertumpu pada aku...nak buat macam mana kan demi penduduk kampung kami berdua SUMBANG kan lah lagu yg memang tak pernah sumbang hahahaha...

Ini la kali pertama cik abang aku menyanyi and memang menjadi impian aku one day aku nak berduet dengan my hubby...I dont belived it that my dream will come true hehehe...macam tak percaya tu UOLSS :)

Walaupun my hubby tak pandai nak nyanyi tapi he tried harder to sing a song...memang salute la kat cik abang aku ni hehehe...

Tapi apa pun aku memang hepi malam tu...sampai sekarang kami berdua asyik tersenyum bila video kami di pasang hehehe...memang MARVELOUS la ;)

GNITE UOLSS :)