Thursday, October 25, 2012

SALAM EIDUL ADHAR 1433H



gambar ku sewaktu berangkat ke tanah suci tahun 2002

Assalamualaikum...

Diam tak diam esok kita semua akan menyambut Hari Raya Eidul Adhar 1433H dan ini merupakan tahun kedua bagi ku dan suami menyambutnya tanpa arwah mama di sisi. Memang pilu dan berat hati untuk menyambutnya, tapi selagi nafas masih di badan kehidupan mesti di teruskan.

Gambar di atas ialah gambar sewaktu aku nak berangkat ke tanah suci pada tahun 2002. Waktu aku baru jer habis buat degree. Itu merupakan kali kedua aku menunaikan Fardhu Haji dan merupakan kali ketiga aku memijak bumi Makkah dan Madinah. Terima kasih buat arwah bonda ku yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin kerana membawa anak ke tanah suci juga merupakan tanggungjawab ibu dan ayah selagi anak itu belum berumahtangga. Syukur pada Mu wahai Tuhan...

menu hari raya untuk jemaah haji di mina
So bila musim haji teringat pula aku akan kenangan di tanah suci dulu. Salah satunya tentang menu...hehehe...maklum la aku ni kaki makan...tengok badan la beb!! hahaha...gambar di atas adalah antara salah satu menu kami para jemaah haji di Kota Mina. Kami akan bermalam ni Mina dan berjalan kaki pada malamnya untuk melontar Jamrah.

Sedap kan...ayam tu ayam rebus dan nasi kering biasa jer...tapi ia cukup membuka selera kami di sana. Tiada pingan Vantage, Acorpal semua, tiada lemang ketupat atau ayam masak merah, nasi pun bukan beriyani gam yer...tapi ia cukup membuatkan kami kenyang dan sangat memberi tenaga untuk kami menunaikan ibadah kami dengan khusuk. Cuma kalau nak sedap dulu aku selalu beli kicap atau sos manis ABC lepas tu beli cili hijau patah2 buat lauk...memang sedap...Alhamdulillah...:)

me and my hubby
So dengan rendah diri dan berbesar hati, kami suami isteri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran bicara dan terkasar biasa sesungguhnya kami hanya manusia biasa yg sentiasa bersifat baharu...Salam Eidul Adhar buat rakan2 Blog sekalian...insya Allah marilah kita sama2 menjalani ibadah korban dan semoga segala pengorbanan kita walau pun sebesar zarah di berkati Allah SWT..ammiin...

No comments: