Tuesday, December 4, 2012

MENCARI SEMANGAT YANG HILANG

semangat ku semakin hilang

Assalamualaikum...

Today is the new day and the new life is begin...Namun hati ku masih berkecamuk memikirkan tentang kesedihan yang melanda. Betul kata sahabat ku Salmah aku mesti bawa lari diri ku keluar dari di belenggu perasaan sedih. Mereka yg "pergi" akan tetap pergi meninggalkan kita, kini kita yg masih hidup mesti meneruskan kehidupan yg ada hingga ke akhirnya.

Selagi hidup kita belum berakhir maka selagi itulah amanah yg kita pikul masih dibawa. Walau sesukar mana pun atau seluka mana pun hati kita tp itu lah hakikat yg kena kita hadapi. Setiap takdir yang Allah SWT berikan buat kita ada hikmah yg tersembunyi. Betul kata Abang Faizal suami arwah kak Siti Khatijah sewaktu memujuk Tok Nah, "Mama, kenapa Allah pilih kita hadapi semua dugaan ini??? kerana Allah tahu mama seorang wanita yang baik dan mampu menerima semua dugaan ini..." Hati aku hiba tatkala lafaz kata itu di ucapkan. Ya Allah begitu tenang hati seorang suami tatkala isteri dan anak2 nya pergi meninggalkan dia.

Siapa tak sedih bila orang yg kita kasih "pergi" meninggalkan kita...semua pasti akan hadapi saat yg sukar ini. Namun sebagai umat Muhammad kita wajib menerima qada dan qadar dari Allah agar segala yg membelengu diri kita akan dapat kita terima dengan berlapang dada.

mencari semangat yang hilang

Kini aku mulai sedar, semangat yg aku miliki semakin pudar dan aku mesti mencari semangat itu semula untuk meneruskan kehidupan yg masih bersisa ini. Aku tahu aku pun akan "pulang" ke sana satu hari nanti, cuma aku tak tahu masa dan waktunya bila...

Semangat juang ini akan aku teruskan demi berbakti kepada mereka yg masih memerlukan bakti dan khidmat ku sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Setiap orang Allah berikan ujian yg berbeza mengikut kemampuan umatnya. Allah tak kan sesekali menduga umatnya dengan ujian yg tak mampu umatnya pikul. Begitulah yg terjadi pada diri ku, saat yg paling sukar aku telah lalui dengan tenang, walau dalam hati ini terpalit rasa luka yg amat dalam. Bila mama "pergi" meninggalkan aku, hidup ini rasa sangat kosong. Sekarang kak Siti Khatijah pula "pergi" Ya Allah begitu berat ujian ini Ya Allah...

Tapi Allah tahu aku mampu dan kami semua mampu hadapinya maka tetap di beri jua akan ujian ini. Ujian dari Allah adalah ujian yg menguji tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah...


perjuagan hidup harus di teruskan

Maka hidup yg ada kini hendaklah kita ikhlas memperjuangkan kerana masih ada yg belum selesai amanahnya. Jangan la kita terlalu meminta akan mati kerana mati itu akan datang jika sampai waktunya...


Hadis Sahih Bukhari   
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi saw. berkata: "Janganlah sekali-kali salah seorang kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Kalau ia tidak dapat berbuat lain, maka hendaklah ia berdoa: "Hai Tuhan ku, hidupkanlah aku kalau seandainya kehidupan itu lebih baik bagi ku, tetapi wafatkanlah aku, seandainya kematian itu lebih baik bagiku."
Al-Fatihah....

No comments: