kisah arwah kakak sepupu ada dalam suratkhabar sinar bercetak dan juga online |
Assalamualaikum...
Hari ni aku masih dalam keadaan sugul tak bermaya. Buat kerja apa pun rasa macam tak menjadi. Perasaan sedih dan rindu terus menyelubungi hidup ku. Ya Allah perit sungguh ujian Mu kali ini. Bukan lah kerana aku menolak takdir tapi ia terlalu cepat buat ku dan ahli keluarga yang lain, hinggakan kami tak sempat nak bernafas rasanya...
Kisah arwah masuk dalam suratkhabar Sinar Harian edisi Utara. Terima kasih kepada wartawan Siti Nadiah kerana sudi menunggu jenazah yang sampai lewat petang. Dari jam 12.30 tengah hari Nadiah tunggu sampai la jam 6.00 petang, segala kekurangan dan layanan yang kurang baik itu saya mohon ampun dan maaf.
Kisah arwah terpampang di satu muka surat penuh. Ya Allah tak gamak pada mulanya aku nak baca, tapi aku tetap gagahkan diri untuk membaca kerana setiap patah perkataan membuatkan air mata ku tertumpah laju...Ya Allah perit sungguh ujian ini Ya Allah...
Arwah pergi meninggalkan kami semua pada tanggal 17 Muhamrram iaitu sehari sebelum tarikh arwah mama ku di jemput "pulang". Arwah mama ku kembali ke rahmatullah pada tanggal 18 Muharram 1432H.
Tiba2 aku terimbau kenangan sewaktu bersama arwah di UiTM Shah Alam....aku digelar "ct kecik" manakala arwah pula "ct besar" tp kini "ct besar" dah pergi tinggalkan "ct kecik",namun dlm hati "ct kecik" wajah,suara,kebaikan,pengorban
Kalau aku tak sihat "ct besar" la yang akan bawa aku ke klinik...arwah menjaga aku seperti adiknya sendiri...tapi bila masing2 dah berumahtangga hubungan kami makin jauh. Sewaktu arwah berkahwin aku pula sambung belajar di UiTM Shah Alam, lepas tu bila aku pula dah berkahwin, aku pindah duduk KL...so jarak hubungan kami makin jauh...
Mujur ada FB, kami banyak berhubung melalui FB. Banyak cerita yg kami kongsi bersama. Namun selepas arwah Pak Uda meninggal arwah dah jarang online kat FB. So sekali lagi kami terputus hubungan sehinggalah arwah ditimpa malapetaka...
Wahai Tuhan ku yang Esa...cucurilah rahmat ke atas roh kakak ku Allahyarhamma Siti Khatijah binti Omar dan anak2, sesungguhnya kasih sayang yg dicurahkan olehnya pada ku tidak sesekali aku lupa...Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment