me and u |
Dah lama benar aku tak ber up date blog, maklum la nak kata bzz tak juga, tapi malas tu mungkin yer hehehehe...
Terlebih dahulu ku panjatkan kesyukuran kerana dalam kekurangan kami ada kebahagian buat kami berdua. Kekurangan itulah yg membuatkan CINTA kami semakin kuat dan teguh. Tak muda sebenarnya untuk aku membiasakan diri dengan segala kelemahan dan kekurangan ini. Sebab aku adalah manusia yg ingin sesuatu dengan cepat, tak nak tunggu2.
Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang Tuhan jua yg akan menentukannya...Siapa sangka dalam tujuh tahun melayar bahtera terlalu banyak pahit maung yg kami tempuhi. Hinggakan kadang2 kesabaran kami juga teruji.
Setiap cabaran yg kami lalui itu sebenarnya mematang kan diri kami tanpa kami sedar. Dalam serba kekurangan kami membina kebahagian dengan menggunakan acuan kami sendiri. Kami belajar segala kebaikan dari org lain dan kami ikut agar ianya menjadi panduan dalam kami melayar bahtera perkahwinan.
Kini azamku hanya satu...aku ingin berbakti pada suami ku hingga ke hujung nafas ku...setiap kekurangan yg aku ada dan suami ku ada kami akan jadikan sebagai satu kekuatan kunci KEBAHAGIAN kami...In Shaa Allah....
No comments:
Post a Comment