gambar pencetus semangat ku |
Hari ni awal pula nak berceloteh di blog yg paling comeiii ni hehehehe...iyer la tu comeii la sangat kan :P...Ok kenapa aku letak tajuk MOTIVASI??? It' so simple, because motivasi ku lately ni kian merundum la. Sejak baik demam temph hari, mulut aku ni asyik nak menguyah jer. Alahai berat badan mula nak naik semula. dah la nak turun pun menyiksa makan bulan ooo...:(
Tengok la gambar kat atas tu, kalau tak salah masa bulan Oktober tu berat aku dalam linkungan 68kg macam tu la...hampir2 ke 70kg...kini dah kurang la sikit, dah jadi 64kg, itu pun jenuh nak maintain...kalau boleh aku nak turunkan lagi sampai jadi 60kg...harap2 la impian ku menjadi kenyataan.
Aku sebenarnya sangat2 berterima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Walaupun secara tak nampak tapi dia selalu akan tanya menu apa yg aku nak makan bila setiap kali kami keluar. Sebab dia tahu aku tak akan makan nasi dari Isnin sampai Khamis. Jumaat, Sabtu dan Ahad depends la pada keadaan.
Most of the time aku hanya amik sup sayur dan spagheti. tapi seriusly memang spagheti mengeyangkan. Aku akan makan sehari sekali jer, bila terasa lapar aku just amik minuman tak bergula cthnya teh o perah limau sikit.
Kalau ikutkan puasa banyak membantu aku dalam menurunkan berat badan. Setiap Isnin dan Khamis kalau tak der aral aku mesti akan puasa. Tapi kalau kena migrain dan gastrik kena la aku berbuka puasa, takut nanti mudarat pula. Lagipun kena lah betulkan niat kita tu, berpuasa untuk ibadah bukan untuk diet semata-mata.
Dulu kalau time aku berbuka puasa, sure aku akan amik nasi...but now dah tak semestinya nasi. Adakala my hubby akan buat salad sayur atau pun spagheti salad without oil. Alhamdulillah so far so good la. Tapi bila ber diet ni supliment kena ada, cthnya vitamin kena juga amik. So aku just amik vitamin keluaran Shaklee and also minyak kelapa dara Catalyst and after meal selalunya aku akan amik minyak ikan dan kadangkala garlic softgel untuk lawas sistem pencernaan.
Alhamdulillah, lately ni aku tengok setiap kali selepas aku makan dalam setengah jam tu mesti perut dah memulas nak membuang. Ini bermakna sistem pencernaan bertindak dengan baik.
Dalam masa yang sama sekarang ni kebetulan aku sedang mengajar anak2 asuhan ku tarian, so sedikit sebanyak ia membantu dalam exercise ku. Kat rumah pula aku akan spend time 20 minutes untuk joget ker, dance ker...and ia memang sangat2 membantu.
Selain tu kerja2 rumah juga sangat membantu untuk aku mengeluarkan peluh. Alhamdulillah moga kesihatan ku akan bertambah baik.
Aku bukan tak percaya kepada produk2 slimming yg ada kat pasaran sekarang ni, tapi aku rasa aku mampu buat sendiri dan secara tak lansung ia menjimatkan kos perbelanjaan. Lagi pun aku kena la beringat now hanya my hubby jer yang working kan...so perbelanjaan kena la di kurangkan kan...berjimat cermat kalau boleh hehehehe...
Oh yer aku juga selalu amik madu dengan cuka epal, selain ia bertindak untuk mengurangkan sinus dan melegakan paru-paru serta kerongkong ku, tapi dalam masa yang sama ia menlancarkan sistem darah dan juga boleh melansingkan tubuh badan.
So jom kawan2 kita hidup secara sihat...moga2 MOTIVASI ku akan kembali membara dalam usaha menurunkan berat badan...CAIYOK!!!!
No comments:
Post a Comment