Tuesday, October 1, 2013

AKU BUKAN PENIPU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam sayang dari ku di pagi yang sungguh indah dan mendamaikan...kat luar masih hujan turun renyai2. Semalam pun sama juga, so minggu ni sejuk la org2 utara :)

So berbalik dengan tajuk yang nak dibincangkan ini, minggu lepas heboh dok kata aku ni dok menipu dalam FB. Sedangkan org yg cakap tu baru jer kenal aku tak sampai sebulan and org yg tolong sampaikan pula memang tak tahu menahu lansung pasal aplikasi FB ni. Kira si buta dengan si pekak la ni kesnya. Tapi yang tak sedapnya aku pula yang menjadi mangsanya...INI TAK ADIL :(

So aku pada mulanya tak amik pusing pun pasal hal remeh ni. Aku buat tak kisah jer, tapi lama kelamaan makin hebat di perkatakan. Isunya konon aku menipu mengaku yg aku ni CIKGU sedangkan aku ni PERMAISURI jer... hehehehe....kasi up my jawatan sikit hahahahaha....

Seingat aku la kan, semua rakan2 FB aku tahu yg aku ni memang bekas guru sandaran,cuma thn ni aku memang tak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi dalam masa yang sama aku mengajar kelas Tuisyen pada setiap hari Sabtu dan mengajar pelajar2 pra sekolah aktiviti seni di salah sebuah sekolah rendah di area Kepala Batas Pulau Pinang.

Aku tak pernah bohong pun, kalau ada aktiviti aku selalu up load gambar2 aku dengan anak2 cilik aku tu. So dari mana datangnya masalah tipu menipu ni??????

Yang sedih tu siap ada status kononnya bukan cikgu tapi dikatakan cikgu,tak mengajar tapi cakap mengajar....aduhai manusia...cukup2 la beriri hati tak der faedah pun yg korang dapat...DOSA lagi ada lah sebab korang menuduh dan memfitnah org lain tanpa tahu akan kebenaran dan kesahihannya...BERTAUBAT la yer....

Tapi tu la kan...yg buat aku semakin sedih bila yg dok kata tu adalah saudara mara terdekat. Nak buat macam mana "mulut tempayan boleh ditutup,ini pula mulut manusia.." aku redha jer la, janji Allah tahu yg aku tak pernah berbohong dalam FB. Apa yg aku ada itu la yg aku share. Aku bukan seperti aku yg dulu, malu tak bertempat. Kini aku tahu mana silap dan mana betulnya.

Semoga Allah terus menitipkan kesabaran dan ketabahan dalam diri ku bagi aku melangkah meneruskan hidup yang serba mencabar ini...In Shaa Allah...

Wassalam....

No comments: