gambar sekadar hiasan |
Hati wanita sangat lembut. Itu yg boleh aku katakan, tapi ada masa dan ketika hati wanita boleh menjadi keras sekeras batu...tak susah pun kalau nak jaga hati seorang wanita, yang penting jangan berkasar dan sentiasa membelai nya dengan kasih sayang. In Shaa Allah pasti yg keras akan lembut kembali.
Begitu la juga dengan hati ku, aku juga seorang wanita yg sangat lebut hatinya, tapi ada masa dan ketika hati ku mampu menjadi keras dan sukar di pujuk. Ada satu ketika sampaikan suami ku menegur kata yang aku semakin degil dan keras hati.
Bukan apa ada masa bila hati kita sering di sakiti ia sedikit sebanyak membuatkan wanita menjadi semakin kuat dan tabah. So jangan pertikaikan jika ada masa dan ketika hati tiba2 menjadi keras seperti batu.
Wanita kaya dengan kasih sayang, begitu juga dengan aku. Kasih sayang ku tak bertepi dan tak berpenghujung. Kasih sayang ku tak mengira siapa termasuk haiwan dan alam sekeliling ku. Dari hari ke hari aku mula sedar yg kasih sayang ku semakin melimpah ruah hinggakan kadangkala org yg membenci aku pun aku balas dengan kasih sayang.
Tak perlulah nak membenci org, siapa lah kita yg nak membenci insan lain...sedangkan kita pun hanya di pinjamkan di muka bumi ini buat seketika. So selagi hayat di kandung badan buat lah sebanyak mana pun kebaikan dan kalau boleh jauhi segala kemungkaran.
Wahai Tuhan ku...sebatikanlah hati ku dengan kasih sayang yg melimpah ruah, tutupkan lah segala rasa kebencian ku pada orang...biarlah orang membenci ku tapi aku tetap mengasihi mereka...kerana aku adalah insan yg sementara di bumi Mu ini...Subhanallah....
Wassalam....
No comments:
Post a Comment