Tuesday, November 19, 2013

ME AND MY LOVER


always be with u

loving together for ever

calm and cool together

Assalamulaikum...

Mood jiwang la minggu ni hehehe...ini semua gara we still in counting for next coming our anniversary hehehe..diam tak diam dah hampir 8 tahun we have been together. Macam tak caya jer la hehehe...Tapi apa pun Alhamdulillah cinta kami masih mekar dan sayang kami semakin padu.

Walaupun di awal perkahwinan kami banyak ranjau dan onak telah kami lalui, tapi Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran my hubby and keiginan aku untuk berubah ke arah yg lebih baik telah menyatukan kasih kami sehingga kini.

Dalam perkahwinan pasti ada pasang surut nya, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Begitu la dalam kehidupan kami, tapi sekarang ni kami dah amik satu keputusan iaitu masing2 kena jaga hati pasangan...so tak boleh menyakiti hati satu sama lain..lagi pun kami dah penat la gaduh hehehehe...dah tua2 ni kan gaduh banyak2 boleh jadi semput tau hahahahaha...(sedar pun diri dah tueee ahakss!!)

Walaupun dah hampir 8 thn kami berkawin,tp kami masih saling kenal mengenali antara satu sama lain. Maklum la dulu kami hidup berjauhan...dalam 3 thn kebelakangan ni la baru kami tinggal sebumbung, so kami masih berlajar memahami diri masing2. Harap2 Allah akan memudahkan ia...In Shaa ALLAH...

Harapan kami hanya satu, semoga kami akan dilimpahkan rezeki dan di permudahkan perjalanan hidup...and yg paling utama agar tahun ke 8 ni kami akan di kurniakan cahayamata yg sempurna dan comel...AMMIIN....

I LOVE U HUBBY :)

Sunday, November 17, 2013

ADIK IPAR MASUK UiTM SERI ISKANDAR

perjalanan ke uitm seri iskandar

my hubby with his youngest sister

me and my sis inlaw

macam comel jer kan hehehe

ini la katil my sis

dah nak kena tinggal dah

dok baik2 tau...we gonne a miss u

adik aku dok kat kolej pasir salak blok cemara

Assalamualaikum....

Semalam 16 November 2013 aku dan suami hantar adik ipar ku ke UiTM Cawangan Perak di Seri Iskandar. Alhamdulillah impian my sis nak masuk ke menara gading akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma tapi ia cukup mengembirakan hati.

She is so good and best student in school. Tapi tu la kadang2 rezeki tak menyebelahinya. Tapi tak per rezeki semua di tangan Allah, kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Segala ketentuan Allah itu adalah yg terbaik untuk kita.

Apa pun aku adalah org yg paling hepi sebab my sis dapat mengembalikan zaman kegemilangan ku sewaktu berada di UiTM dulu. Aku memang tak sangka yg my sis akan dapat melanjutkan pelajaran di UiTM. Maklum la kan adik2 ipar aku ni bijak2 belaka. So bila UiTM jugak yg menjadi pilihan dan ketentuan dari Yang Maha ESA L'm so proud. Tak semua apa yg kita impikan itu menjadi kenyataan. Kadangkala yg kita tak sangka tu la yang akan selalu datang menemui kita.

Banyak kelengkapan prasarana yg di sediakan untuk siswa dan siswi sekarang ni. Tak macam zaman aku dulu, mula2 masuk dah kena duduk kat dalam dorm. Tapi sekarang ni keselesaan pelajar menjadi keutamaan. Alhamdulillah dunia semakin maju dan kemudahan semakin bertambah. Tapi apa pun aku bangga dengan diri sendiri sebab dalam manja2 aku ni 5 thn jugak la aku menjadi mahasiswa di UiTM hehehehe....Syukur Alhamdulillah.

Untuk my sis inlaw, just satu aku nak pesan, setinggi mana pun kita berada, walaupun kita dah mencapai puncak jangan sesekali kita lupa memandang ke bawah, toleh ke belakang seketika ingat jasa mereka yg banyak membantu kita, biarpun ada yg antara mereka yg mengutuk kita atau mencerca kita, jangan pedulikan terus membalas dengan kasih sayang...jangan sesekali kita semai rasa benci kerana ia akan memusnahkan diri sendiri.

Berbakti lah pada keluarga, agama, bangsa, masyarakat dan negara. Jangan sesekali tinggal solat dan derhakai ibu yg melahirkan kita. Terus berdoa dan berusaha kerana kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha dan tawakal...

Welcome to the new world as a student i campus...and welcome to UiTM...UiTM DI HATI KU....

Friday, November 15, 2013

RIP MY BABY CHEPUTEH

my baby uteh
Assalamualaikum...

Hari Rabu lepas my baby Uteh tiba2 jer tak boleh berjalan, kaki tangan semua jadi lembek. Kesian sangat aku tengok my baby tu. Aku pun angkat dia letak atas riba. Dia memandang aku dengan wajah yg sangat sayu seperti hendak memberitahu aku sesuatu. Dalam hati aku berkata "my baby mesti dalam kesakitan.." Allahuakbar...ringankanlah derita sakit nya wahai Tuhan ku...

Dalam pukul 10 pagi my baby dah tak boleh gerak, dia dah macam koma. Sampaikan dia buang air kecil atas sofa. Mujur aku lapik my baby dengan kain alas. Tapi aku tak kisah pun, sarung sofa boleh dibasuh, yg penting my baby selesa dalam kesakitan nya tu...

Dalam pukul 12.00 tengah hari macam tu, aku tengok my baby buang air besar pula kat atas sofa...aku angkat sambil mengusap kepalanya. Kesian sangat aku tengok my baby...Nafasnya sangat perlahan.

Sampai la petang aku tengok my baby masih tak gerak2. So dalam setengah jam sekali aku ubah kedudukannya...agar my baby tak boring. Pada awalnya mama Gurgirl selalu juga datang jilat Uteh tapi bila time petang ni mama Gurgirl datang sekejap cium mulut Uteh lepas tu berlalu pergi. Kakak pun sama juga...pada awalnya siap tidur temankan baby Uteh, tapi bila dah petang ni Kakak datang just cium kepala baby Uteh dan berlalu pergi.

Hati aku dah tak sedap, sure my baby akan pergi tinggal kan aku. Subhanallah sekali lagi aku akan hadapi saat2 kehilangan makhluk ciptaan Mu wahai Tuhan. Aku bisik ke telinga my baby...seperti biasa aku akan cakap "baby tunggu mama kat sana yer nak!!" Air mata menitis perlahan membasahi pipi ku...

Dalam jam 5.30 petang aku nampak my baby seolah2 nak muntah, aku urutkan dada nya, mulut dia dah ternganga...aku amik sedikit air aku basahkan bibir kecik nya tu...perlahan2 lidah nya keluar dan telan air yg aku letak tadi...Sian nya my baby...

Jam 6.00 petang aku dan suami keluar ke rumah adik ipar ku untuk baca Yasin...ada majlis doa selamat di Padang Serai. Lepas selesai jer majlis kami berdua bergegas pulang. Setibanya di rumah hubby yg terlebih dahulu masuk terus menerpa ke arah my baby...ternyata my baby dah pun pergi meninggalkan kami...

Allahuakbar!!! Aku masuk ke rumah letak handbag terus ke dapur amik kain dan tisu lap dan bersihkan tubuh my baby. Aku balut jasadnya dengan sehelai kain dan letak elok2 dalam plastik untuk dikebumikan esok hari.

Subhanallah...aku terlalu rindukan my baby...walaupun Uteh hanya seekor kucing tapi kehadirannya benar2 menceriakan aku dan suami.

Sehari sebelum Uteh sakit, kebetulan tengah hari suami ku pulang untuk berehat, dia minta nak masuk bilik...siap main peluk cium dengan aku dan suami.

Kejap2 dia panjat atas badan ku cium pipi ku, cium mulut ku...kejap2 dia gigit jari jemari kami...indah nya pinjaman Mu Ya Allah...Kami redha...ini kasih sayang yg terindah buat ku dan suami.

Biar lah orang kata kami ni gila sebab dok cakap dengan binatang...tapi aku sikit pun tak kisah. Aku lebih rela cakap dengan haiwan dari cakap dengan manusia yg busuk hatinya, belum tentu ikhlas seikhlas hati seekor kucing.

In Shaa Allah satu hari kelak aku pasti akan temui dengan semua haiwan2 peliharaan ku yg telah pergi tinggalkan aku...sesungguhnya bagi ku inilah rasa kasih yg terindah untuk dikongsikan di dunia ini...

Wassalam....

Wednesday, November 13, 2013

DO IT NOW

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Think Positive, Think Good...itu la yg aku cuba praktikkan dalam hidup aku pada saat dan ketika ini. Aku mesti keluar dari zon keselesaan ku. Aku mesti terus melangkah mencapai cita2 serta impian ku.

Semua manusia punyai cita2 dan impian. Begitu juga dengan aku, impian ku untuk memiliki sebuah keluarga yg bahagia dah hidup yang sempurna dan bekerjaya telah lama aku idamkan. So sekarang ini lah masanya dan waktunya untuk aku mengorak langkah melalui segala liku2 hidup ini dengan tabah dan lebih berani.

Aku tak boleh terus berdiam diri. Aku mesti berani mencuba dan yang paling penting berani menerima kegagalan dalan hidup. Manusia yg berjaya adalah manusia yg sentiasa looser dalam hidupnya...dan dari looser tu la dia akan berdikit-dikit membina kejayaan yang cemerlang...

Mana Siti Azlina yang dulu, yang tak pernah kenal erti kalah dalam hidup. So like it or not aku kena bangkit kerana Allah sedang memberi ruang dan peluang untuk aku mengorak kejayaan dalam hidup. Dengan izin Allah dan redha suami pasti aku akan terus berjaya In Shaa ALLAH...

DO IT NOW!!!!