Saturday, September 5, 2009

APAKAH INI CINTA?


CINTA....

aku suka sangat dengan perkataan CINTA...entah la apa yg ada kat perkataan tu aku pun tak tahu...tapi yg paling akau suka perkataan "CINTASATU" erm...kadang kala aku pelik juga apa itu cintasatu.....???

bagi definasi aku sendiri, cintasatu begutu universal...cinta umat kepada penciptaNya, cinta antara ibu dan anak nya yg tunggal...(aku la tu hehehe), cinta antara suami isteri...kira kesetiannya la...dan juga cinta antara sahabat dan sahabat nya yg paling rapat...

semua tu aku definasi kan dengan sendiri...aku bawa cintasatu itu kemana aku pergi....aku sangat suka dengan perkataan tu...sangat menyentuh perasaan ku bila ku menyebutnya...sangat menyejukkan hati bila aku merealisasikan nya....

namun setiap manusia mempunyai definasi yg berlainan tentang cinta...begitu juga aku...cinta ku sangat tinggi nilainya...malah ia perlu di jaga, dibelai,dimanja dan sentiasa perlu diadaptasi kan dalam kehidupan seharian kita...jika tidak ia mudah pudar dan semakin layu....

cinta yg sentiasa dibaja dengan kejujuran dan keikhlasan pasti akan mekar mengharum, cinta yg selalu disiram dengan ucapan2 sayang pasti akan sentiasa segar di pandang mata....

namun cinta juga memerlukan pengorbanan yg sangat tinggi..."jika takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai"...begitu la cinta...jika kita takut untuk mengorbankan sesuatu atau takut untuk berkorban ... jauh kan diri dari cinta...

kini aku Hajah Siti Azlina binti Abdul Aziz berikrar sangat menyintai Tuhan nya yg Satu, Suami nya yg satu dan Ibu nya yg satu....itu la erti cinta sebenar bagi ku...renungkan lah....

Friday, September 4, 2009

APAKAH INI SATU DUGAAN?


Assalamualaikum my cyber diaries...

semalam aku terkejut dengan satu siatuasi yg aku tak jangka kan...namun setelah seharian ku berfikir aku ketemui bahawa itu semua satu dugaan dan satu cabaran untuk aku terus menjadi yg terbaik di antara mereka yg terbaik...

semalam aku pulang dari sekolah menaiki bas, itu la transport aku setiap hari bila time balik dari mengajar, maklum la orang penakut bawa kereta nak buat macam mana...itu la kelemahan ku yg paling ketara....tak dapat nak ubati dah huhuhu....

so, masa dalam bas tu aku memang mengantuk tahap gaban...maklum la setiap pagi di bulan puasa aku bangun 4.30 pagi untuk siapkan manu bersahur untuk suami tercinta dan adik ipar ku....

so masa aku pejam kan mata tiba2 aku terdengar suara pemandu bas menanyakan aku sesuatu...
"cikgu sekolah ker ni?" aku angukkan kepala....
"asal orang mana?" dia terus bertanya, so aku pun jawap la orang penang kat sungai gelugor, nama kampung aku di besarkan sebagai manusia....

"TIPU!" kata driver bas tu pada aku...terkejut juga aku...kata nya dia ni "internet" kat kampung dia...kira gelaran dia la...dia kata dia boleh nampak jika ada orang yg cuba cakap BOHONG....

aku agak terkejut, tapi aku buat2 tak kisah konon aku dalam situasi yg terkawal....aku terus cakap yg aku ni laahir kat KL dan membesar kat penang....pemandu tu macam tak puas hati....

aku pun tanya la kat dia semula, apa bukti nya yg aku menipu, kata nya wajah aku mengambar kan aku ni penipu...kata nya, dia tahu sungai gelugor tu kat mana, hanya kawasan belakang sekolah lama jer yg nama sungai gelugor...

aku pun kata la itu sekolah kebangsaan sungai gelugor, itu la sekolah aku dan memang rumah aku belakang sekolah tu....terus dia senyum....

lepas tu mula menilik aku, kata nya aku ni seorang yg sangat sombong bila dipandang kali pertama, tapi sebenarnya aku ni pendiam....aku senyum....kemudian katanya aku ni garang, suka marah2, degil...aku senyum lagi...tapi dia kata pula itu dulu sekarang aku dah makin kurang marah....

dia kata lagi aku ni selalu sakit dalam kepala dan pinggang serta banyak berfikir....aku senyum lagi...kemuadian kata lagi sebelah famili ayah ku semua orang2 beriman, manakala sebelah ibu ku semuanya jenis suka bergaduh...aku senyum lagi....

yg aku agak terkejut, katanya aku ni sembahyang tinggal2....aku jarang solat....konon nya dulu aku dah bertaubat nangis2 nak berubah tapi baru2 ni aku tinggal solat juga....yg ni aku tak senyum, malah aku ketawa.....

aku tak jawap satu pun cerita dongeng yg dikatakan oleh driver bas tu....

so destinasi aku dah sampai....aku tak tekan loceng, aku cuma kata nak turun kat sini...masa nak turun aku cuma cakap satu saja kat Pak Cik driver tu.....

"terima kasih Pak Cik atas semua ulasan tu, saya sangat2 hargai".....terus aku berlalu dengan senyuman tampa menoleh ke belakang lagi....

masa dalam kereta dengan suami ku, aku cerita kat suami ku...dia ketawa...lalu dengan berseloroh dia berkata.."lain kali kata kat driver tu cerita pula tentang suami saya hehehehe"

kami berdua ketawa dalam kereta....

tapi secara jujur nya, aku pelik dengan driver tu....dia fikir dia tu BOMOH,PAWANG atau TUKANG TILIK?????begitu bangga mengatakan keburukkan orang...menjatuhkan maruah orang....aku rasa ini adalah satu kejadian PELIK selama aku hidup dalam dunia ni....

namun sebagai hamba ALLAH, aku kembali beristigfar, aku muhasabah diri ku semula...aku fikir ini adalah satu nasihat untuk ku menjadi manusia yg terbaik...

so...aku redha dan merenung siapa kah aku yg sebenarnya????

Sunday, July 26, 2009

ANAK BUAH KU TERSAYANG

salam sayang kepada dunia...kepada matahari , bulan dan juga bintang....
comel tak gambar baby cute ni hehehe....

jgn la terkejut kepada sesiapa yg view blog ct ni yer...this is not my baby actualy, but she is my niece...comel kan....

nama nya alya balqish....dah nak masuk 3 tahun pun umur nya...dan she will get brother or sister soon...seronok kan....

tapi di sebalik happy i ni, di sudut hati kecil ku ni terselit rasa sedih sangat2,bila la i nak timang my own baby...teringin tahap gaban dah ni....

but what to do, ini semua anugerah dari Yang Maha Esa jua...yg mampu aku dan suami lakukan hanyalah ikhtiar, berusaha dan juga berdoa...

kadang2 kami berdua rasa sepi sangat teringin nak dengar tangisan bayi gelaka ketawa baby...tapi apa kan daya masa kami belum tiba untuk bergelar parents...hopefully we will get soon as possible...Insya Allah....

aku yakin setiap pasangan yg dah melalui alam rumah tangga sudah pasti ingin kan cahayamata sebagai penyeri hidup, namun apa kan daya ini dah tersurat untuk kami berdua so yg kami mampu pinta hanya la berikan la kami berdua kesabaran yg jitu untuk menanti zuriat kami sendiri Insya Allah....

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum dan salam sayang,

hehehe lama betul ct tak update blog tercinta ni kan hehehe...
sempena hari ibu yg akan di sambut pada esok hari (10 Mei ), ct dan suami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu kami kerana telah melahirkan kami berdua ke dunia ni...

sesungguh nya jasa kalian berdua amat kami sanjungi, tiada wang ringgit yg dapat mengantikan kasih sayang kami untuk mama dan mak.

akhir kalam, selamat hari ibu untuk mama dan mak semoga sihat sentiasa di samping anak menantu tercinta...we both love u all so much!!

Thursday, January 29, 2009

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN SECARA BERSEDERHANA




Assalamualaikum,

kali ni pula kisah sambutan ulang tahun ct yg ke 31. tak der la hebat sangat pun sambutan nya, cuma secara kecil-kecilan jer.
pada hari tersebut hubby telah sponser cake coklat sedap sangat tau, beli kat Kompleks Dato Kailan Kepala Batas.

selain tu hubby juga ada menghadiahkan seutas gelang kristal memang lawa sangat. lagi pun ct ni tak suka sangat ngan barang2 kemas jimat suami ct kan tak payah nak fikir untuk belikan barang kemas yang mahal2 hehehe...
pada malamnya pula kami bertiga termasuk mama ct dinner di Noodle Station yang terletak di area Bertam.
pendek kata sambutan pada ulang tahun kelahiran ct di tahun 2009 ni memang jimat,sederhana dan juga penuh kasih sayang...
terima kasih mama dan juga suami tercinta...

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KU YG KE-31


Assalamulaikum,
pada tanggal 21 januari yang lepas aku telah menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke 31.
dah tua aku rupanya hehehe...
so ini serba sedikit kisah tentang aku yang bernama Hajah Siti Azlina binti Abdul Aziz...

Aku dilahirkan pada tanggal 21 Januari 1978 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur iaitu pada hari Sabtu jam tak ingat la pula hehehe tapi kalau menurut mama aku dilahirkan waktu pagi tak pasti la pula sebelum subuh ker atau selepas subuh, janji aku dilahirkan dengan sempurna dan sihat AMIN…

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mamaku, kira memang sempurna la hidup ku walau pun tanpa ayah di sisi (my parents divorce since I was 8 month). Apa yang aku nak insya Allah pasti dapat cuma kena banyak bersabar la kan hehehe.

Nenek dan aunty2 ku yang banyak membantu mama dalam menjadikan aku manusia seperti sekarang. Aku sayang sangat ngan arwah nenek, mak cik dan juga mak yah ku…dia orang la sumber kekuatan ku. Sepajang aku menjalani kehidupan sebagai manusia aku tak pernah rasa kekurangan, bagi ku semua nya cukup sebab arwah nenek banyak mengajar erti bersyukur, dan jika berkehendakkan apa2 aku mesti berusaha untuk mendapatkan nya. Aku diajar untuk tidak meminta-minta tapi mesti berusaha jika berkeinginan kan sesuatu.

Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dari darjah satu sampai la darjah enam. Kemudian aku sambung ke Sekolah Abdullah Munshi dari tingkatan satu sampai la ke Tingkatan enam. Setelah itu aku ke ITM Shah Alam (masa tu belum UiTM lagi),tapi belum pun sempat satu semester ITM dah ditukar ke UiTM…detik2 bersejarah tu aku dapat raikan bersama dengan puluhan ribu pelajar UiTM yang lain gumbira betul time tu hehehe…Di UiTM aku belajar dari peringkat sarjana muda sampai la ke sarjana. Kalau ikutkan aku ni tak der la pandai mana kalau time exam pun cukup makan jer, Cuma ALLAH telah membuka peluang untuk aku menambah ilmu di dada, so dah ada peluang dan ruang aku pun rembat la hehehe…

P/S: SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI KU CT, SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN BERADA DI GENGAMAN WALAUPUN DIRINTAGI CABARAN DAN HALANGAN…AKU BOLEH!

JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK MAMA YANG TELAH MELAHIRKAN AKU DI DUNIA INI, TERIMA KASIH KEPADA ARWAH AYAH KU YG MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MENCARI CINTA SEORANG AYAH, TERIMA KASIH UNTUK SAUDARA MARA KU YANG SELALU BERADA DI SAMPING KU DIWAKTU SUSAH DAN SENANG KU, TERIMA KASIH KEPADA SUAMI TERCINTA KERANA MENYINTAI DAN MENERIMAKU SEADANYA DAN JUTAAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK SEMUA SAHABAT HANDAI YANG KARIB MAHUPUN YANG BARU…
CT SAYANG KALIAN SEMUA…

Thursday, January 15, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA




Assalamualaikum,

Ok kali ni ct nak cerita serba sedikit bagaimana kami berdua menyambut hari ulangtahun ini secara bersederhana (tgh jimat cermat ni hehehe). Pada 13 Januari iaitu sehari sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan kami ini hubby telah membeli sebiji kek perasa kopi memang sedap. So maknanya kek tu dah dipotong sehari sebelum sambutan la kan hehehe…tapi kami tak amik gambar la sebab masa tu acara pun tak rasmi dan sangat2 bersantai hehehe…

So pada hari yg sebetulnya, kami berdua pun membuat janji temu (ala-ala dating gitu) di Bandar Sunway. Seronok pula ct rasa sebab masa ct dok bersiap tu hubby belum balik dari office lagi, rasa macam nak gi dating ngan pak we la pula hahaha (memang la pak we hingga akhir hayat kan hehehe Insya Allah).

So tema kami blue colour. Saja jer pilih warna biru untuk ketenangan dan keharmonian. So kami pun decide untuk dinner di Restoren Rasamas jer. Jimat, cepat dan ringkas. So menu telah pun dipesan dan kami pun mula la acara berposing sambil bercerita tentang kisah cinta kami yg lepas2 hehehe memang ada yg tersenyum, sedih dan banyak nya ketawa la hahaha…

Lepas dinner acara biasa la kan shopping hehehe…hubby beli dua pasang baju linen ct pula cuci mata jer, bukan apa minggu depan dah birthday ct so kena la bersabar tunggu apa yg akan dapat SURPRISE!! Lagi pun kata orang bersabar itu membawa keberkatan dan keuntungan yang lebih belipat kali ganda.