Tuesday, July 31, 2012

KENANGAN SILAM

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Tadi masa aku dalam kereta nak ke sekolah tiba2 fikiran ku melayang ke zaman NAIF ku. Entah la kenapa satu persatu kenangan itu bermain di mata ku. Aku renung wajah suami ku yg sedang leka memandu...aku dapat rasakan bahang cinta darinya...walau pun aku pernah jatuh dalam mencari cinta tapi Tuhan tak pernah menghampakan ku...Allah tetap memberi aku seorang lelaki yg mampu menahan akan semua karenah ku..Aku amat bersyukur Ya Allah...

Kisah bermula dengan cinta ku yg pertama, aku bercinta dengan jiran depan rumah ku. Memang kelakar percintaan yg tak di duga..Aku ingat lagi masa zaman aku tingkatan 6, masa tu nak raya la...pasti si dia akan bawa aku dan arwah mama pergi beli barang untuk persiapan raya...dan yg paling best sidia bagi aku duit raya hehehe...touching betul, sanggup aku tak guna duit raya tu aku simpan dalam bank hahahaha...lawak sungguh...kenangan yg terindah antara aku dan dia ialah, setiap kali dia tolak pintu pagar nak keluar aku pun apa lagi buat2 la keluar siram pokok, subur sungguh pokok2 nenek aku kat rumah tu hahahaha...asyik kena siram ngan aku jer hahahaha...memang kelakar sangat bila ingatkan kisah cinta aku dulu2 :)

Kedua aku bercinta dengan abang angkat ku sendiri. Aku jumpa masa zaman aku sekolah lagi, tapi kami terpisah, hingga lah aku masuk UiTM kami bertemu semula tp yg sedihnya dia dah kawin aku pula sanggup amik risiko untuk mendampinginya...memang cari nahas betul la aku ni...laki orang pun aku nak...tapi tu la kan cinta itu memang BUTA hahahaha....

Masa tu aku memang di alam fana cinta betul la...tak takut lansung kalau2 kena serang dengan wife abang angkat aku tu...mana idaknya lepas dia hantar wife yg turut belajar kat UiTM pasti dia akan jenguk aku pula...memang giler betul aku time tu...habis wang ringgit, hp aku bagi dia guna...kerana cinta la konon aku sanggup berkorban apa saja...memang BENGAP betul aku ni....

Kenangan raya ada juga dengan si dia ni...Abang angkat aku ni pernah hantar aku balik kampung sebab tiket bas dari Shah Alam habis...kebetulan dia ada kerja kat Alor Setar so dia hantar aku balik kampung...Tapi tu la kan arwah mama aku ni tak kisah siapa pun pilihan aku janji aku boleh jaga diri...tapi lama kelamaan aku rasa sangat berdosa pada anak2 dan isterinya, lalu aku sendiri yg undur diri ....

Ketiga aku bertemu dalam laman sosial masa tu kalau tak salah aku tgh buat praktikal kat one of State Library...Masa tu KampugChat memang tgh glamer. Aku jumpa ngan sidia ni kat situ la...Kami berkenalan dalam bulan puasa macam ni la...dia betul2 nak kenal ngan aku...so memang gentleman la...dia sanggup datang rumah aku di bulan2 puasa...jauh juga perjalanan...tp demi cinta la katakan lautan api sanggup di renangi hehehehe...

Kenangan beraya ada juga, lagi seminggu nak raya dia ajak aku keluar beli baju raya and kami pilih warna sedondon...and second hari raya dia bawa aku ke rumah familinya...tp apa kan daya ibunya tak berapa suka kan aku maklum la aku terlebih belajar dari anaknya...lagi pun dia anak tunggal lelaki so harapan ibu tu lebih la kat dia...aku faham...so macam biasa aku undur diri juga...

And finally aku ditemukan oleh Allah dengan suami yg paling aku cintai...banyak kenangan pahit manis kami lalui bersama...dan dia memang telah dijodohkan Allah untuk ku...Aku bersyukur sangat2 sebab diberi oleh Allah seseorang yg sangat mencintai ku seadanya...aku jer yg kadang2 suka buat perangai...maklum la aku ni terlebih MANJA, terlebih EMOSI, terlebih MERAJUK hahahahaha....

Tapi apa pun kepada mereka yg pernah ada perasaan terhadap aku dan aku tak layan tu minta maaf banyak2 aku tak mampu terima korang sebab masa tu aku ada perasaan pada yg lain...pada mereka yg pernah membahagiakan aku pula terima kasih banyak2 sebab pernah buat aku ketawa...pada mereka yg pernah menyakiti ku, aku tak berdendam malah berterima kasih sebab sudi memberi aku pengalaman yg paling berharga...tiada sedikit pun rasa dendam buat korang semua...

Dibulan yg mulia ini aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas semua kesalahan ku...doakan kebahagiaan ku dan suami yer...TQ ADIOS!!

Monday, July 30, 2012

SALING BANTU MEMBANTU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni dah 10 hari kita berpuasa dan 10 hari. Semoga amal ibadah kita terus ditingkatkan dan diterima oleh Allah SWT.

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku dan suami berpuasa sebumbung berdua. Walaupun kami dah kawin 6 tahun tapi tu la banyak dugaan yg menjarakkan kami, so this year tahun ketiga kami berpuasa dan berbuka bersama2. Selama 3 tahun ni, aku sering dimanja oleh suami ku. Kebanyakkan menu untuk berbuka akan di masak oleh suami ku.

Kerja aku hanyalah masak nasi, yang lain semuanya suami ku yg akan buat. Memandangkan kami memelihara 10 ekor kucing (buat masa sekarang la..:)) So kerja2 mengemas dan mengemop rumah adalah dibawah tanggungjawab ku. So most all the time keja masak2 ni selalu nya suami ku yg akan buat. Lagi pun korang jgn salah anggap pula ye bukan aku ni QUEEN CONTROL tapi memang hobi suami ku MEMASAK.

Dulu masa arwah mama tinggal ngan kami selalu arwah tegur aku, katanya aku ni manja sangat...tp lama kelamaan arwah tahu juga yg menantu dia yg sorang ni memang betul2 suka masak. So tak der la arwah mama berleter ngan aku lagi hehehe...:)

Malam ni suami ku buat mee hailam untuk menu berbuka kami tadi...Alhamdulillah sedap sangat...TQ so much HONEY :)

Tapi kadangkala aku rasa tercabar la juga, maklumlah aku pun teringin juga nak tunjuk skill masak aku ni hehehe...Tapi lama kelamaan aku  mengalah, memang aku kena akui yg suami ku pandai masak :)

Kesimpulannya aku rasa sangat bersyukur kerana diberi seorang suami yg sangat perihatin dan mampu membantu aku yg baru nak belajar buat kerja2 rumah dengan sendiri...maklum la sebelum ni aku selalu dibantu oleh arwah mama...

Memang suami ku tak mampu berikan aku seoarang MAID tapi suami ku mampu menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap ku dengan penuh kasih sayang...LOVE U SO MUCH HONEY :)

Saturday, July 28, 2012

KAD RAYA

kad raya kartun
Assalamulaikum...

Hari ni aku nak celoteh sikit tentang Kad Raya...Bukan apa dulu kad raya selalu digunakan untuk menghubungkan silaturahim antara umat manusia..tapi kini kecanggihan teknologi telah membuatkan amalan ini semakin pupus. Bukan la aku kata tak der lansung tapi dah jarang cara lama ini di gunapakai.

Anak2 muda zaman sekarang lebih memilih cara berSMS atau ber FB untuk menjalinkan silaturahim. Mereka kurang di dedahkan dengan cara konservatif ini, kata mereka la...Ini aa yg aku dengar dari anak2 murid di temat tusyen ku. Dia orang tak tahu yg cara lama ini sebenarnya lebih meninggalkan impak terhadap hati dan perasaan kita sebenarnya.

SMS atau private message dalam FB boleh di delete tapi kalau dengan kad raya sentimental valuenya tetap terpelihara. Aku bukan la seorang yg menolak era kemodenan tapi aku seorang yg optimis...yg baru aku terima yg lama pun aku still guna.

So thn lepas aku guna juga cara menghantar kad raya ini kepada kawan2 terdekat, may be this year aku buat sekali lagi..it just to remembered the sweet moment between each others :)

So apa pun era kemodenan tetap kita terima namun sesekali pandang lah ke belakang kerana dari sejarah kita mencipta kejayaan :)

Adios!!

Saturday, July 21, 2012

AHLAN YA RAMADHAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Hari ini 1 Ramadhan maka hari ini adalah hari pertama kami semua umat islam di seluruh dunia berpauasa. Aku menyambut kedatangan Ramadhan dengan cara yg bersedrhana. Ini adalah tahun kedua aku menyambutnya tanpa arwah mama ku...Perasaan rindu terlalu mendalam namun apa kan daya Allah lebih mengasihinya lebih dari ku anaknya.

Macam biasa rutin harian akan berubah dan lebih teratur. Aku akan sering dibantu oleh suami tentang persiapan menu berbuka. Alhamdulillah aku mendapat seorang suami yg sangat2 memahami dan rajin ke dapur.

Ramadhan adalah bulan untuk kita semua bertaubat dan meningkatkan amalan yg sebelum ni kita abaikan...Semoga segala amalan baik ku akan diterima oleh Allah...

So di kesempatan ini aku dan suami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua rakan2 blogger sekalian...

Ahlan Ya Ramadhan...

Saturday, July 7, 2012

KASUT PINK KU

my pink shoes
Assalamualaikum...

Dah lama sungguh aku tak up date blog. So hari ni just nak story tentang my pink shoes...Aku suka sangat dengan pink shoes aku ni..selesa dan tak menyakitkan kaki aku lansung...

Aku selalu guna pink shoes ni untuk berjogging, aerobik dan juga bersukan kat sekolah. So memang aku pula sukakan warna pink...jd tak hairan lah kalau my pink shoes ni aku sayang lebih hehehehe...lagi pun warna pink ni sangat2 comel hehehhe....

So cukup lah setakat ni aku merepek...Nanti kalau ada idea lagi, akan aku up date blog aku ni lagi yer...maklum la sekarang ni aku kebuntuan idea ahaksss ;)

Monday, June 18, 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKBI 2012

anak2 asuhan ku dah siap make up

jom posing sat

yg depan sekali ni ketua tarian suhada namanya

ala nomeinya anak2 cikgu ct
Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak update blog aku yg cute ini hehehe...ditimpa perasaan la pula ;). Ok la hari Sabtu lepas aku diamanahkan untuk mengasuh anak2 asuhan ku yg sembilan orang membuat satu tarian Hore-Hore.

Aku hanya di beri tempoh masa yg agak terhad iaitu 3 hari sebelum majlis berlansung. Anak2 asuhan ku yg sembilan org ini la yg akan amik hadiah dan juga akan menari di majlis tersebut.

Jenuh juga la nak melatih dia orang ni...bermula dari hari Rabu hingga la Jumaat aku pulun habis2an nak ajar dia orang ni ingat step...adoiii pening juga la...penat ni jgn cakap la Tuhan yg mengetahui...

Tapi syukur pada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar...anak2 asuhan ku dapat membuat dengan sehabis baik...apa pun cikgu ct sayang korang semua ketat2...tahniah yer buat kesemua sembilan anak2 asuhan ku yg menerima hadiah di majlis tersebut...:)

Thursday, May 31, 2012

BILA SESEKALI RINDU DATANG BERTAMU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Seperti biasa selesai solat Maghrib, surah Yassin akan di baca bagi menghadiahkannya untuk sekalian arwah terumatanya bonda ku...Allahyarhammah Hajah Fadillah binti Noor Mohd.

Setiap kali aku mula membaca, maka sebak itu datang menganggu...betapa aku amat merindui arwah bonda ku...Sungguh perit rasanya, tak tertanggung rasa rindu ini hinggakan kadangkala aku ingin berlari mengejar bayang yang tak pasti...sungguh pilu...:(

Hati aku rasa seperti dihiris belati tajam tatkala perasaan rindu itu datang bertamu...perit sungguh Ya Allah...apa kah aku sedang sakit...yer..memang aku sedang menghadapi kesakitan yg amat sangat...kesakitan kerana amat merindui arwah bonda ku.

Namun aku tahu yg pergi tak akan kembali lagi, walau keluar air mata darah sekali pun ianya tetap tidak kembali...

Namun di setiap penghujung doa ku pasti aku akan menyebut...tempatkanlah bonda ku di Syurga Mu Ya Allah...hanya itu yg mampu ku berikan...doa anak2 yg soleh...namun akan aku belajar untuk menjadi anak yg soleh kerana aku bukan yg terbaik...aku hanya manusia yg lemah yg tak pernah lari dari dosa dan maksiat...Subhanallah...bimbing lah aku...Al-Fatihah...