Monday, February 28, 2011

PELAYARAN KU


Jika dilihat pada tajuk ia begitu "cliche", tapi itu la hakikatnya semua manusia mesti mengemudikan kehidupan mereka sendiri, dengan cara hidup mereka tersendiri. Begitu juga aku, yang sentiasa di runtun pelbagai ujian dan dugaan, namun aku gagahi juga untuk terus melayarkan bahtera hidup ku hingga ke tepian.

 Kata pepatah "jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai". Betul tu kalau dah takut dengan pelbagai badai dugaan jangan la sesekali kita menghampiri masalah. Tapi kita ni manusia bukan malaikat, sentiasa hidup melakukan dosa, mana mungkin kita baik setiap masa...ada masa kita pasti marah, ada masa kita pasti berduka.

Namun sebagai makhluk Allah, kita mesti yakin bahawa Allah tidak sesekali menganiayai umat nya. Setiap dugaan yang diberi adalah mengikut kemampuan kita, malah kadang2 kita sendiri yang meminta nya tanpa kita sedari. Setiap patah kalam yang keluar dari bibir kita adalah doa. Maka sebut la perkara yang baik2 jangan sesekali meminta sesuatu yg memudaratkan.

Begitu juga dengan aku, aku pun manusia biasa. Ada masa aku lemah, ada masa aku cuba untuk menjadi cekal. Tahun 2010 merupakan tahun yang paling membuatkan aku menjadi seoarang wanita yang matang. Jika dulu aku keanak-anakan. Tapi kini aku sudah lain. Aku bisa menentukan hala tuju hidup ku mengikut naluri wanita ku.

Setiap kejadian itu ada hikmah nya, begitu juga dengan aku yang kehilangan bonda tercinta, ia benar2 memberi aku impak yang sangat kuat. Hingga kadang2 aku rasa seperti manusia yang tidak ada hala tujunya. Aku ibarat seperti kapal yang kehilangan sauhnya, tiada tempat untuk ku berlabuh lagi...

Tapi sebagai manusia yang di beri akal dan fikiran, aku bangkit dan terus mengemudikan pelayaran ku hingga ke tepian. Kerana aku masih punyai tanggungjawab untuk digalas. Aku masih ada insan yang sangat mencintai ku iaitu suami ku. Aku mesti kuat, aku mesti tabah,aku mesti redha dengan hati yang tulus pada setiap cabaran yang menimpa...

"Ya Allah Yang Maha Pengasih, Ku Bermohon Agar Aku Terus Diberi Hidayah Mu,Amin..." Kini aku bangkit untuk menarik semula sauh kapal ku dan terus belayar menongkah arus kehidupan yang sebenarnya, AKU PASRAH...

TRILOGI CINTA LA PULA

Assalamualaikum,

Kali ni ct nak bercerita tentang drama yang bertajuk Trilogi Cinta. Drama ini diadaptasi dari 3 buah novel bersiri hasil nukila Sharifah Abu Salem. Novel2ya bertajuk "Tak Seindah Mimpi"," Tak Semanis Impian" dan "Tiada Lagi Mimpi".

Sinopsis Drama Trilogi Cinta

Trilogi Cinta menceritakan perihal cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.


Ct suka jalan ceritanya dan juga watak dan perwatakkan Norjina. Seorang wanita yang tabah serta cekal dalam mengharungi rencah kehidupan dunia. Watak nya juga tidak terpengaruh dengan anasir luar walau pun beliau berhijrah ke bandar. Watak nya yang tulus dan budi yang mulus itu telah menambat hati majikan yang bernama Razif. Ini la adat dunia sentiasa tidak lepas dari dugaan dan cabaran...
Selamat menonton yer :-)

Friday, February 25, 2011

CUBA LA PASTI TIDAK KECEWA

Aloha,
Ok hari ni ct nak berkongsi sedikit tips untuk mengekal kecantikkan sebagai wanita. Ct pun baru je amalkan jamu ni, ada la dalam seminggu. Tapi kesan nya dah dapat rasa. Mungkin sebab ct begitu menjaga waktu pengambilan nya. Lagi pun suami ct yang belikan. TQ hubby :-)

Ct nak cakap lebih2 pun tak boleh lagi maklum la baru seminggu. Nanti kalau dah nampak keserasian nya akan kita kongsi lagi yer...

So kepada sesiapa yang berminat untuk berjamu, sila la ke laman sesawang ini yer...pasti anda tidak kecewa :-) http://www.beautygarden.com.my/

FERI PULAU PINANG

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.

Assalamualaikum,
Ok kali ni ct nak citer kisah Feri Pulau Pinang la pula...bila lagi nak promote salah satu daya tarikkan di Penang. Tapi untuk mengetahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah serta operasi nya boleh la melayari laman sesawang ini :-  http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkhidmatan_Feri_Pulau_Pinang


Ct ni nak kata pengguna setia feri pun tak juga. Tapi kalau nak balik ke rumah arwah nenek sure la kena naik feri atau Jambatan Pulau Pinang. Tapi kalau naik Feri Pulau Pinang ni nak ke rumah arwah nenek tu agak jauh sikit la. Tapi kalau melalui Jambatan Pulau Pinang rumah arwah nenek tu dekat la sikit.

Tapi sebalik nya kalau nak ke rumah ct pula naik feri dekat jer dah sampai. Kepada sesiapa yang nak datang Penang jangan la lepaskan peluang naik feri tau...memang best ..... :-)

Thursday, February 24, 2011

KENANGAN DI HARI KONVO


Aloha Salam Satu Malaysia,

Kali ni aku nak bercerita tentang kenangan konvo ku. Aku pun tak sangka yang aku akan bergelar mahasiswi. Maklum la aku ni bukan pelajar yang pandai pun. Tapi kerana Allah sayang kan aku maka di beri oleh Nya peluang dan ruang untuk aku menggunakan nya.

Aku ni kalau nak di ikutkan memang tak pernah berpisah dengan ibunda tercinta. Dari sekolah rendah sampai la ke tingkatan 6 aku sentiasa berkepit dengan arwah mama. Tiba2 satu hari aku dapat peluang untuk melajutkan pengajian ku ke UiTM di Shah Alam. So hepi memang la hepi tapi sedih sebab nak berpisah ngan mama tu yg buat kan aku pada mulanya nya teragak-agak nak ke sana.

Tapi tu la kan kalau dah nama pun rezeki jgn la kita tolak pula kan. So aku pun menyambung pengajian ku kat sana dan tak sangka diam tak diam 5 thn aku di Shah Alam (itu pun tiap2 minggu balik Penang hehehehe...)

Konvo ku yang pertama adalah pada tahun 2002. Kemudian aku di beri peluang sekali lagi maka ku sambung pula ke peringkat sarjana dan aku di konvo kan pada tahun 2004.

Alhamdulillah aku telah pun tunaikan impian arwah bunda ku untuk melihat kejayaan ku dalam bidang pelajaran. Aku tak ralat kerana boleh dikatakan semua impian arwah aku laksanakan, cuma satu iaitu arwah ingin sangat melihat anak ku tapi nak buat macam mana dah belum rezeki kami berdua suami isteri untuk tunaikan pada arwah bonda ku...terkilan juga ni :-(

So berbalik pada konvo pertama ku, aku lulus dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat dan Kepujian. Konvo kedua pula Ijazah Sarjana Pengurusan Maklumat. Kalau la aku di beri peluang untuk sambung belajar lagi aku teringin sangat nak buat pengajian ku dalam bidang pskilogi kanak-kanak. Tapi itu hanya la impian ku saja....

Pengalaman manis yg tak dapat aku lupakan ialah masa konvo yang kedua tu aku dah menjadi tuangan orang. Punya la hepi maklum la selain dari arwah mama ada juga lagi seorang yg penting dalam kehidupan ku. Lagi satu aku teruja sangat sebab dapat bersalaman dengan Agung dan waktu tu Agung Malaysia adalah dari negeri Perlis.

Secara kesimpulan nya aku gembira dengan kehidupan dan bangga dengan kebolehan ku. Walaupun tak sehebat Angkasawan Malaysia atau Penyanyi nombor 1 Malaysia tapi aku bangga dengan diri ku...
Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kegembiraan dan pengalaman yang sangat indah ini...
Terima Kasih...:-)

ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN HJ ARSHAD

Assalamualaikum,

Hari ni tiba2 rasa nak coret kan kisah Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad. Kalau ikutkan aku ni bukan la peminat fanatik allahyarham. Tapi aku sangat meminati lagu2 yang di bawa oleh allahyarham. Lagu yang menjadi kegemaran ku adalah seperti 'balik kampung', 'pelangi petang', 'warisan' dan juga 'ayah dan ibu'...lagu2 tu sering menjadi siulan di bibir ku...

So di kesempatan ini aku ingin berkongsi kisah hidup allahyarham hasil pencarian ku melalui Wikipedia:-

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.


Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

RIWAYAT HIDUP

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.



Di zaman persekolahanIbunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.


Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.


Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.


Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.


THE SINGING LAWYER


Bintang RTM 1976 Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.

So di kesempatan ini marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham, semoga rohnya tenang abadi di alam sana...
(untuk kisah lebih lanjut sila layari laman sesawang ini...http://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Hj_Arshad )

Wednesday, February 23, 2011

KE GUNUNG JERAI


Assalamualaikum,
Kali ni nak cerita masa kami berdua ke Gunung Jerai. Tapi sebenarnya cerita ni dah basi. Cerita ni berlansung pada tahun lepas. Hubby ku bawa aku ke sana konon nak release kan tension aku hehehe...yer la masa tu kami hidup berasingan. Sebab aku tgh jaga my mom yg sedang sakit masa tu...

Tapi kan walau pun happy dapat naik Gunung Jerai, namun hati ku masih gundah gulana sebab aku balik sekejap rumah aku itu pun sebab raya dan mak cik aku yg jaga mama buat sehari dua sewaktu aku tiada. Tapi itu semua dah berlalu, so kita berbalik pada cerita aku ke Gunung Jerai ni yer...

Kami parking kereta kat bawah lepas naik jip ke atas puncak. Kalau datang awal boleh juga hiking kan, tapi datang pun dah lewat naik jip ajer la...Masa naik tu Ya Allah permandangan nya tersangat la cantik...masa tu aku cuma berfikir indahnya kebesaran Allah...

Kami tiba kat atas dalam 30 minit kemudian. So bila dah naik tu apa lagi time to posing la...posing tahap gaban gitu...klip sana klip sini tak hengat la ...

Ikutkan suami ku, nak je dia bermalam kat atas puncak sana, tapi tu la bukan niat kami  sebenarnya bukan nak ke Gunung Jerai pada asalnya, kira secara kebetulan jer la...Insya Allah nanti lain kali kami nak juga bermalam kat sana. Sebab suasana kat sana sangat2 cantik marvelous la....

So aku cadangkan sesiapa nak ber "honeymoon" sila la ke sana. Tak payah nak susah2 ke Genting atau Cameron. Sebab kesejukkannya mengalahkan Genting dan Cameron.

Kami menghabiskan masa selama 3 jam kat atas puncak sana. Kami ke cafe berdekatan. Kami juga ada buat satu perjanjian kat atas Puncak Jerai. Tapi perjanjian tu biarlah menjadi rahsia aku dan suami.

So insya Allah aku dan suami akan kembali lagi ke Puncak Jerai, Jerai nantikan kedatangan kami lagi...:-)

DEMAM DRAMA KOREA

SINOPSIS

Han Ji-Eun lives in a house called Full House, built by her father. She is an aspiring script writer at the beginning but later she becomes one. One day, her two best friends, for money reasons, trick her into believing she has won a free vacation, and while she is gone, they sell her house. On the plane, she meets Lee Young-Jae, a famous actor. Through comedic events they get acquainted during her vacation, and when she returns, she discovers her house has been sold to him.
Though they don't get along with each other, as she is messy and he has a bad temper and likes cleanliness, they agree to live with each other. At first, Ji-Eun works as his maid in order to buy her house back, but later, because of Young-Jae's wish to make the love of his life, Kang Hye-Won (Han Eun Jung) jealous, they get married. They set up a contract for the marriage to last six months. During that time, complications arise and Ji-Eun and Young-Jae become attracted to each other. Also, Ji-Eun starts to feel a strong bond with Young-Jae's family. However, Young-Jae's bad temper, along with the romantic attentions of Yoo Min-Hyuk (Kim Sung Soo), Ji-Eun's handsome and friendly publisher, starts to create a rift between the couple. So does Hye-Won, who starts to feel jealous when she sees Young-Jae and Ji-Eun getting close. Eventually, Young-Jae and Ji-Eun get a divorce and he moves away.
When he returns, he realizes that Ji-Eun hasn't married yet and knows that he has fallen in love with her - and she with him. He proposes to her, this time for the right reasons, and finally, they get married for a second time.

Semenjak aku tak bekerja ni tak der kerja lain la asyik dok layan TV jer. Ini la drama kegemaran ku sekarang yang tengah ditayangkan di NTV7 dalam slot BFF setiap Isnin sampai Jumaat tepat jam 12 tengah hari.

Aku memang tengah gila dgn para pelakon dan jalan cerita nya tidak pernah menjemukan.Setiap hari pasti ada saja cerita kelakar yg dibuat.Namun di sebalik kelakar tu terselit kisah cinta yang romantik.Di mana konflik dalaman sedang dimainkan...

So sementara tak bekerja ni nampak nya aku akan terus melayan cerita2 yg menjadi kegemaran ku...caiyok!!

TINGGAL KENANGAN

Kali ni aku nak cerita tentang 3 ekor kucing yg ada kat rumah mertua ku.Sebenarnya kucing2 ni berasal dari kawasan perumahan ku di Telok Air Tawar.Tapi maklum la kat rumah aku dah banyak kaum kerabat yg lain so 3 ekor ni kira not allowed la ke rumah ku...maka suami ku mengambil keputusan untuk bawa pulang ke rumah mertua ku di Tasek Gelugor.

Kalau di tenggok pada tajuk,"tinggal kenangan" ini membawa maksud bahawa dua eko dari tiga ekor ni telah pun meninggal kan dunia ini.Kata adik ipar ku dua ekor itu termakan racun...kesian nya...

Cuba korang tengok aksi manja mereka tu...cute kan...pokok tu pokok ceri kat depan rumah mertua ku...setiap hari mak mertua kata itu la aktiviti mereka tiga beradik. Panjat san,panjat sini tak reti nak duduk diam...

Tapi kini dah tinggal seekor jer...dan yg seekor tu pun dah jadi ibu...Apa pun aku memang terhibur tatkala melihat kelincahan mereka bermain...memang mengasyikkan...
So enjoy the view...:-)

NOVEL - DALAM PEMBACAAN KU (1)

Assalamualaikum,
Akhirnya dapat juga aku bersua di blog ini. Ini la nukilan pertama ku di tahun 2011.Kali ni aku nak cerita tentang hobi ku yg dari dulu sejak zaman sekolah sehingga la ke zaman ini...Rasanya akan kekal hingga mata ku terpejam...

Aku memang suka sangat membaca,kalau tak membaca rasa otak aku ni boleh jadi beku.Dalam sebulan sudah menjadi kemestian aku mesti menapak ke Toko Buku Popular...kalau tak boleh kena migrain tau...

Ada beberapa penulis yg menjadi kesukaan ku, antara nya Aina Emir,Nohayati Brahim,Ramlee Awang Murshid dan juga Habibul Rahman...

Dulu aku ada juga bercita-cita nak jadi seoarang penulis.Aku ada juga hasil kan beberapa buah novel, tapi untuk bacaan aku ajer la...tapi masa tu belum ada blog semua ni...rasa nya lepas ni boleh la aku type masuk dalam blog aku ni kan hehehehe....saja suka-suka :-)

Dalam novel ni terdapat 3 buah kisah yang kesemuanya sangat2 menarik...kisah tentang ketabahan,kekuatan dan kebijaksanaan wanita...itu yg aku suka tu...bukan apa bila aku baca novel macam ni aku dapat memotivasikan diri ku sendiri...dan aku juga dapat membuat kan fikiran ku sentiasa dalam keadaan positif.

So kalau ada sesiapa yg berminat sila layari laman web ni http://aina-emir.blogspot.com/. Macam2 ada dalam tu...jom la kita layan yer...:-)