suami ku sedang membayar zakat fitrah untuk tahun ni |
Apa khabar rakan2 blog sekalian...diam tak diam dah hampir sebulan kita mengerjakan ibadah puasa dan lepas tu kita nak raya kan...so dalam kita sibuk menyiapkan persiapan raya jangan la kita lupa membayar zakat fitrah pula yer...Aku ni sekadar mengingatkan jer :-).
Semalam, kebetulan kami berdua pulang ke kampung, suami ku pun mengambil kesempatan untuk membayar zakat fitrah untuk kami berdua. Sebelum ni suami ku akan bayar untuk kami bertiga termasuk ibu ku. Kini ibu ku dah pun tak ada, maka pembayaran dibuat untuk kami berdua jer la.
Aku terlalu rindukan arwah mama, namun apa kan daya dah ini suratan nya...aku kena redha dengan semua ketentuan Ilahi. Cuma aku mohon agar aku di beri kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Aku sayang sangat dengan suami ku. Buat masa sekarang hanya dia lah jantung hati ku. Aku bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku seorang suami yg sangat penyayang dan sentiasa memanjakan diri ku...Aku berjanji dengan diri ku untuk menjadi seorang isteri dan ibu yg baik untuk famili kami insya Allah...
So kawan2, jangan lupa yer bayar zakat fitrah untuk tahun ni...Selamat meneruskan ibadah puasa yang hanya tinggal beberapa hari jer lagi... Wassalam...:-)