Thursday, May 31, 2012

BILA SESEKALI RINDU DATANG BERTAMU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni hari Khamis malam Jumaat. Seperti biasa selesai solat Maghrib, surah Yassin akan di baca bagi menghadiahkannya untuk sekalian arwah terumatanya bonda ku...Allahyarhammah Hajah Fadillah binti Noor Mohd.

Setiap kali aku mula membaca, maka sebak itu datang menganggu...betapa aku amat merindui arwah bonda ku...Sungguh perit rasanya, tak tertanggung rasa rindu ini hinggakan kadangkala aku ingin berlari mengejar bayang yang tak pasti...sungguh pilu...:(

Hati aku rasa seperti dihiris belati tajam tatkala perasaan rindu itu datang bertamu...perit sungguh Ya Allah...apa kah aku sedang sakit...yer..memang aku sedang menghadapi kesakitan yg amat sangat...kesakitan kerana amat merindui arwah bonda ku.

Namun aku tahu yg pergi tak akan kembali lagi, walau keluar air mata darah sekali pun ianya tetap tidak kembali...

Namun di setiap penghujung doa ku pasti aku akan menyebut...tempatkanlah bonda ku di Syurga Mu Ya Allah...hanya itu yg mampu ku berikan...doa anak2 yg soleh...namun akan aku belajar untuk menjadi anak yg soleh kerana aku bukan yg terbaik...aku hanya manusia yg lemah yg tak pernah lari dari dosa dan maksiat...Subhanallah...bimbing lah aku...Al-Fatihah...

Wednesday, May 30, 2012

MENU HUJUNG MINGGU YG LEPAS

cheese cake
tiramisu
siput duri

kerang rebus
rojak
nasi beriyani hussain kat carefour seberang jaya
mee mamak juga dari hussain nasi kandar carefour
Assalamualaikum...

Minggu lepas aku mengikut suami ku ke Penang, kebetulan pula suami ku ada tugas kat sana...so dah suami ajak kan tak nak la terlepas peluang pula kan hehehe...

So lepas chek in kat Berjaya Hotel, kami terus jalan2 kat sekitar hotel tersebut...Hotel tu bersebelahan dengan One Stop Penang...so apa lagi kami pun singgah la...tapi kami just minum petang jer kat Bread History...tu gambar kat atas tu cheese cake and tiramisu menjadi pilihan kami hehehe..me as usual mesti la tiramisu kan :)

So malam tu kami jalan kaki ke Gurney Drive..pekena rojak, kerang rebus dan juga siput duri...mak aiii kenyang gilerrr....dah la tu memang berbaloi2...mana tak nya isi kerang tu besar2...siput duri tu pun sedap...MARVELOUS la :)

So hari Ahad, lepas jer Hubby habis kerja kami balik kampung aku kejap...lepas tu tiba2 Hubby tanya "sayang betul ke ni tak tukar handphone?" hehehehe...

Apa lagi aku pun tersenyum sampai ke telinga...so kami singgah la kat Carefour Seberang Jaya...lepas nyopping kami pekena la nasi beriyani dengan mee goreng mamak...

Memandang kan aku belum makan nasi so nasi beriyani tu aku la yg empunya...cik abang pilih mee goreng jer hehehe...

So korang enjoy la yer :) ADIOS!!

Tuesday, May 29, 2012

DREAM

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak berceloteh kat sini. Entah lah kenapa, nak kata sibuk tak der la sibuk macam PM pun..nak kata tak sempat, kita ada 24 jam banyak juga masa yg ada...tapi mungkin sebab Mr.M dah datang...siapa lagi kalau bukan MALAS...huhuhuhu...

Ok la hari ni nak story tentang mimpi yg aku alami semenjak dua menjak ini. Kalau ikutkan banyak mimpi tapi dua ni sangat terkesan dalam hati ku...dan aku masih segar dalam ingatan ku.

Aku bermimpi yg aku berjumpa dengan arwah mama, kononnya dalam mimpi tu aku dan arwah ke Mekah buat Umrah. Konon nya kami nak turun dari hotel, arwah dan rakan2 nya dah tunggu aku dalam lift. Aku pula dok sibuk cari kasut yg kononnya arwah belikan untuk aku. Aku tak berganjak dari terus mencari lagi sebelah..sebab sebelah dah jumpa tinggal lagi sebelah tak jumpa2.

Aku dengar satu suara dari dalam lift memanggil nama ku, tp bukan dari suara arwah mama..aku lihat mama tersenyum tengok keletah ku yg tak berputus asa...wajah mama bersih sangat dengan kain telekung barunya....

Tiba2 aku berputus asa, namun aku tetap capai sebelah kasut lalu lari ke dalam lift...tapi bila aku masuk dalam lift tu, arwah mama pula keluar...aku nak ikut mama, tapi aku dihalang oleh orang2 yg ada dalam lift tadi...aku menjerit menangis nak mama...dan tangisan ku sampai ke alam nyata...

Aku tersedar bila suami ku mengejutkan aku sambil mengelap air mata ku...bibir ku masih menyebut "nak mama...nak mama..." Ya Allah aku terlalu rindukan arwah sangat2...

Yang kedua aku bermimpi kononnya aku nak lap mama yg sedang sakit, sebab itu la kerja rutin aku sewaktu menjaga mama...masa aku nak lap tu tiba2 Pake Teh aku datang kata mama dah meninggal...aku menjerit marah...sambil menjerit aku peluk mama kuat2...tiba2 aku rasa tubuh ku di peluk juga...aku berpaling aku lihat mama sedang peluk aku dengan erat sekali...

Aku menangis sambil berkata " mama tak mati pun.." berulang kali aku ucap kata2 tu...sampai la aku terjaga...dan sekali lagi suami ku memeluk ku dan berkata "istigfar sayang..."Masya Allah pilunya hati ku...aku lihat jam tepat 3 pagi...kedua2 mimpi ku berlaku tepat jam 3 pagi...

Ya Allah sesungguhnya aku tak mampu menahan rasa rindu ini untuk arwah mama. Setiap saat aku rasakan mama ada di sisi ku...

Mimpi yg pertama sekali selepas sehari selepas ketiadaan arwah masih juga segar dalam ingatan ku. Memang arwah pergi tanpa menunggu ku yg ke daour untuk amik air panas,itu pun sebab nurse yg paksa..kalau ikutkan aku tak nak ke dapur. Bila sampai ke ruang tamu aku dengar semua org menangis...mama dah pergi meninggalkan aku tanpa menunggu ku walau pun sesaat.

Semua org memeluk ku meredakan rasa duka ku. Tapi dalam hati aku ni tersimpan persoalan kenapa mama tak tunggu aku. Tapi ada sorang mak cik datang mengatakan org yg nak meninggal tak akan meninggal di depan org yg di kasihinya...aku masih tak berpuas hati dengan kata2 mak cik tersebut.

So malam tu aku bermimpi bertemu arwah yg memakai serba puitih, kononya masa tu arwah nak pergi kerja....Pakaiannya cantik sangat wajah pula sangat berseri.

Tiba2 dalam mimpi tu aku bertanya "kenapa mama tak tunggu ct...kenapa mama tinggalkan ct???" bertalu2 soalan yg sama aku lontarkan...

Tiba2 ada satu suara mengatakan bahawa mama tak boleh tunggu aku sebab bila dengar tangisan ku mama tak mampu nak meninggalkan aku...nafasnya tersekat2...dan yg pasti suara tu bukan suara mama...suara orang lain...

Itu lah mimpi yg masih segar dalam ingatan ku...dan tak akan aku lupakan sampai bila2. Dah berapa kali aku bermimpi mama, tapi mama tak pernah bercakap dengan aku. Kata orang yg beriman, kalau arwah datang dan bercakap itu maknanya Syaitan...tp kalau tak bercakap itu maknanya satu petanda yg baik...arwah datang bertemu dengan kita...

Ya Allah aku tak tahu apa erti mimpi ini semua...tapi yg aku tahu AKU RINDUKAN MAMA SANGAT2...tak terhitung rasa rindu ini untuk mama...sehinggakan aku pernah terfikir bilakah masa ajal ku...kerana aku nak sangat jumpa ngan mama...

Ya Allah Ya Tuhanku...tempatkanlah arwah bonda ku di SYURGA YG TERTINGGI...semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yg beriman dan soleh...

Al-Fatihah....

Sunday, May 13, 2012

MAKAN AND MAKAN

pasta at pizza hut
puff with mayo
chicken chop with lime pepper sous
nasi goreng kampung
ku tiew kung fu
kerang bakar
tauhu bakar
nasi ayam rasama take home
ayam rasamas
Assalamualaikum...

Ini la menus kami untuk hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad. So jom kita menjamu mata sama2 ok...kalau teringin apa lagi pergi cari la yer tak pun boleh masak sendiri.

ADIOS!!

Wednesday, May 9, 2012

ANAK ITU ANUGERAH BUKAN SATU BEBANAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Dah lama benar aku tak berceloteh di sini. Tapi hari ini hati ku terpanggil untuk membuat luahan di blog ini. Bukan apa hati ku tersayat pilu bila rata2 di wall FB aku bercerita tentang penderaan anak malang oleh ibu kandungnya sendiri. Aku memang sangat2 marah dan teramat tekilan dengan manusia sedemikian rupa...KEJAM sungguh dirimu wahai ibu...

Tengah hari tadi sewaktu aku berehat aku terpandang satu video yg berada di wall FB aku. Aku cuba mainkan...mula2 tu tak boleh maklum la line tak berapa nak clear. So cubaan kali ketiga baru la boleh di mainkan...

Bila aku tengok video yg lebih kurang 4 minit itu, aku tiba2 jadi menggeletar seluruh badan, menahan geram, air mata pula mengalir laju rasa macam nak masuk dalam TAB aku tu...nak bawa anak kecik tu lari jauh2 dari ibu yg berhati dinosour tu...Subhanallah...sedih sungguh...

Yang aku marah tu, orang yg merakamkan adengan tu, boleh pula dok jerit "sudah la Ira...tak kan nak bagi mati budak tu" kalau yer pun kau hentikan rakaman tu kau amik budak lari bawa lari dari ibu yang GILA MEROYAN tu...memang bengong la manusia sekarang ni...sampai tak der akal untuk berfikir.

Bagi aku anak sebesar itu tak tahu mana salah mana betul, so kalau dia tersilap itu bukan hukuman untuknya...memang tak layak wanita BODOH itu menjadi seorang ibu. Tapi apa pun dia beruntung kerana dia mampu menjadi seorang ibu, bayangkan insan2 yg merintih merayu memohon agar mendapat zuriat...Subahanallah...KEJAM sungguh manusia sekarang ni.

Tiba2 aku teringat cara arwah mama mendidik aku. Tidak sesekali mama menjentik atau menampar muka ku. Apatah lagi rotan. Mama sentiasa berleter...kadang2 bingit juga telinga ni...tapi sekarang bila aku semakin dewasa dan matang, baru aku sedar betapa aku beruntung memiliki seoarang IBU yang sangat baik dan penyabar seperti mama...I MISS U MAMA..Al-Fatihah buat arwah mama ku...semoga mama ku di tempatkan di SYURGA MU...

So kawan2, walau macam mana nakal pun anak kita didik lah ia dengan baik...nasihati lah dia dengan penuh kasih sayang...jangan sesekali mereka ini di kasari...kerana anak itu anugerah dan amanah dari Yang Maha Esa. Aku sendiri pun tak pernah nak jentik kucing yg aku pelihara.

Ya Allah jauhkan lah sifat hina itu dalam diri ku...penuhkan hati ku dengan kasih sayang...sesungguhnya kasih sayang itu penyembuh segala luka...

Wassalam....