lembu yang akan dikorbankan |
sesi akad sedang dijalankan bagi mewakili seseorang |
lembu telah ditumbangkan |
Hari ni aku nak citer pasal raya korban kami berdua pula. Nak kata menarik sangat tu tidak lah, tapi macam biasa tahun ni kami masih beraya berdua juga. Belum ada rezeki kami nak beraya bertiga nampak nya...may be next time Insya Allah siapa tahu kan :)
Tahun ni, seperti tahun2 yg sebelumnya kami beraya di rumah keluarga suami ku macam biasa. Tiap2 tahun suami ku memang sibuk pada setiap kali raya korban sebab dia akan mewakili seorang hamba Allah untuk menjalankan ibadah korban bagi penduduk kampung. Kali ni kampung suami menjadi tempat penyembelihan.
pak lah dan alya balqis |
aunty dan alya balqis |
alya sedang menabur bunga di pusara bonda ku |
alya dengan pak lah di pusara ayahanda ku |
Kami kemalangan pada hari Khamis tersebut. Kejadian terjadi tepat jam 3.00 petang di kawasan kampung ku, masa tu hujan sangat2 lebat. Salah kami juga keluar tak tengok kiri kana, tiba2 kami terlanggar sorang budak lelaki yg menaiki motor. Aku memang terkedu tak dapat nak kata apa. Suami ku keluar dalam hujan lebat tu, dia dah basah lencun dah ni...aku tak sampai hati tengok suami aku sorang2 settle dengan budak lelaki tu...aku pun turut sama keluar dengan payung sambilo mengutip helmet budak tu, tapi Alhamdulillah budak tu tak der apa2 kecederaan teruk cuma luka2 sikit di lengan. Suami ku hulur sedikit wangt untuk ubat-ubatan, kami nak bawa dia ke klinik, tapi dia menolok katanya dia OK...terus dia ucap terima kasih dan berlalu pergi...
Kami berdua kembali ke dalam kereta dengan suasana yg diam tak mampu nak berkata. Tiba2 suami ku kata "Fisrt time abang langgar orang Sayang..."
Aku pula tak mampu nak bersuara just hold his hand and said..."Sabar yer Sayang...everthing is fine..." Apa pun kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa yg yerjadi...Subhanallah.
Berbalik kepada citer raya kami, So pada sebelah petang nya kami balik ke my hometown dengan membawa bersama anak sedara ku Alya Balqis. Dia nak ikut kami katanya nak naik feri hehehe...
So aku pun bawa la dia ke pusara mama dan abah ku. Tiba2 dia kata "Kesian kat Aunty kan, Tok Mama dengan Tok Babah tinggal Aunty sorang2..." dengan wajah yg sangat sedih sambil menabur bunga kat pusara mama.
Aduhai anak sekecil itu tahu akan maksud perpisahan yg abadi. Aku tanya "Alya tak takut ker mai kubur ni?" dia jawap, "Tak lah..." sambil tersenyum..Alhamdulillah...
Sejak akhir2 ini, Alya rajin ikut kami berdua kemana2...aku rasa hepi dan hidup rasa terisi sangat dengan kehadirannya...TQ pada adik ipar ku Mastura Nordin dan suami nya Aniq sebab sudi bagi kepercayaan kepada kami berdua untuk bawa Alya jalan2...Syukur Ya Allah...
So raya korban tahun ini merupakan raya korban yg kedua bagi kami beraya tanpa arwah mama di sisi, semoga arwah mama dan arwah abah abadi dengan tenang di sana...ammiin... Al-Fatihah....