Tuesday, May 28, 2013

KENDURI KENDARA



zunairah dan yazid


 Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ni kami dapat lagi sorang ahli keluarga baru, tapi kali ni dalam famili Pak Teh pula. Bulan Mac lepas famili Pak Long a.k.a Bapak dapat menantu. Syukur pada Tuhan nampaknya famili Tok Milah makin berkembang dengan ahli keluarganya, walaupun lambat tapi memang berbaloi....Syukur sangat2....

Tanggal 24 Mei 2013 Zunairah atau Ilah telah sah menjadi isteri kepada Yazid dengan dua kali lafaz nikahnya. Yang terharu Pak Teh aku sendiri yg menikahkan puteri sulungnya yakni anak kedua dari 6 adik beradik.

Majlis nikah di adakan di surau depan rumah Pak Teh di Parit Buntar. Memang meriah bila kami semua sanak saudara dapat sekali lagi berkumpul bersama bagi meraikan hari bahagia salah seorang ahli keluarga kami....

Majlis sanding pula diadakan pada keesokkan harinya. Aku yg bermalam di rumah Pak Teh dapat la membantu sedikit sebanyak bagi melicinkan perjalanan majlis untuk keesokkan harinya. Majlis diadakan di Dewan Sri Kerian Parit Buntar Perak.


pengantin di arak masuk ke dewan
Tema kami pada hari tersebut PURPLE, ini pengantin perempuan yg pilih...dari awal lagi Ilah dah kata nak buat purple...so kami semua pun pakai purple la pada hari tersebut. Majlis berjalan dengan lancar...Alhamdulillah...

sebahagian dari pupu kupu

Ketika sesi fotografi diadakan, kami kupu2 pun naik la ke atas pentas pelamin untuk bergambar...Inilah sebahagian yang dapat kami kumpulkan. Yang lain tu ada yg tengah sibuk urus anak kat bawah dan ada juga yg ada urusan lain. Suami ku tak dapat datang pada hari tersebut sebab dia pun ada kenduri cousin dia juga..anak Pak Su dia pun kenduri hari yang sama. So aku sorang2 la mewakilkan famili kami ke majlis Ilah hehehe...

sebahagian dari famili penang

Ini lah gambar sebahagian dari famili Penang yg dapat kami kumpulkan...Tak ramai pun, tapi gamat juga la pentas tu dengan riuh rendah suara kami hehehehe...biasa la kan orang Penang suka buat RAMAI hahahahaha.....itu lah trade mark kami WALLAH!!!

insan2 yg sentiasa terpahat dalam hati ku

Gambar di atas adalah gambar insan2 yg bertakhta dalam hati sanubari ku. Pak Long a.k.a Bapak, Mak Cik, Mak Yah dan Pak Teh. Yang tak ada cuma Pak Su. Mungkin Pak Su ada hal so dia tak boleh datang ke majlis perkahwinan Ilah. Bila aku tengok gambar ni, aku teringat kalau lah arwah mama ada pasti arwah mama akan gembira meraikan anak buah nya naik pelamin. Tapi apa kan daya rahsia Allah tak siapa yang tahu...

So sebagai anak mama, aku wakilkan diri ku bagi meraikan majlis yang amat indah ini. Dulu masa aku kawin insan2 ni lah yg bertungkus lumus menjayakan majlis ku. So kini giliran aku pula bagi membalas jasa dan budi baik mereka untuk kami suami isteri...Semoga di masa akan datang aku dan suami dapat2 sama2 membantu meringankan kerja2 kawin anak2 Pak Teh dan Pak Long...In Shaa Allah...

husna dan suami sedang diarak
Ini pula gambar sepupu hubby yang juga bersanding pada hari dan tarikh yang sama. Sebab tu kami terpaksa bahagi dua hehehehe...aku ke rumah Pak Teh bagi meraikan perkahwinan cousin kesayangan ku, dan suami pula ke rumah Pak Su nya bagi meraikan majlis kenduri cousin nya hehehehe...siap O som!! lagi tau hehehehehe...

Bila dah kawin situasi macam ni memang biasa, masing2 nak jaga hati famili masing2. Kalau tak pergi nanti tak manis dipandang orang kan. Majlis kita dulu orang2 ni la yang bertungkus lumus, so bila anak mereka pula yang naik pelamin kena lah kita meraikan juga dan bantu apa yang patut bagi membalas jasa dan budi insan2 tersayang....


ini pula pengantin lama hehehehe
So ok lah ini lah corat coret ku untuk hari ni, so korang tengok la wajah pengantin lama ni pula hehehehe....nak juga berangan jadi pengantin lagi ngeh...ngeh...Dah tujuh tahun masa berlalu, tapi kami masih berdua...nak buat macam mana kan belum rezeki nak bertiga dan berempat...May be next year kan hehehehe...

So buat Zunairah dan Yazid, Kak Ct dan Abang Im doakan semoga korang kekal bahagia hingga ke Al-Jannah...begitu juga buat Husna dan suami semoga ikatan cinta yg dibina akan terus kukuh dan kekal selamanya...

SELAMAT PENGANTIN BARU TO UOLLSSS!!! Adios!!!

Tuesday, May 21, 2013

MOTIVASI KU

gambar pencetus semangat ku
Assalamualaikum...

Hari ni awal pula nak berceloteh di blog yg paling comeiii ni hehehehe...iyer la tu comeii la sangat kan :P...Ok kenapa aku letak tajuk MOTIVASI??? It' so simple, because motivasi ku lately ni kian merundum la. Sejak baik demam temph hari, mulut aku ni asyik nak menguyah jer. Alahai berat badan mula nak naik semula. dah la nak turun pun menyiksa makan bulan ooo...:(

Tengok la gambar kat atas tu, kalau tak salah masa bulan Oktober tu berat aku dalam linkungan 68kg macam tu la...hampir2 ke 70kg...kini dah kurang la sikit, dah jadi 64kg, itu pun jenuh nak maintain...kalau boleh aku nak turunkan lagi sampai jadi 60kg...harap2 la impian ku menjadi kenyataan.

Aku sebenarnya sangat2 berterima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Walaupun secara tak nampak tapi dia selalu akan tanya menu apa yg aku nak makan bila setiap kali kami keluar. Sebab dia tahu aku tak akan makan nasi dari Isnin sampai Khamis. Jumaat, Sabtu dan Ahad depends la pada keadaan.

Most of the time aku hanya amik sup sayur dan spagheti. tapi seriusly memang spagheti mengeyangkan. Aku akan makan sehari sekali jer, bila terasa lapar aku just amik minuman tak bergula cthnya teh o perah limau sikit.

Kalau ikutkan puasa banyak membantu aku dalam menurunkan berat badan. Setiap Isnin dan Khamis kalau tak der aral aku mesti akan puasa. Tapi kalau kena migrain dan gastrik kena la aku berbuka puasa, takut nanti mudarat pula. Lagipun kena lah betulkan niat kita tu, berpuasa untuk ibadah bukan untuk diet semata-mata.

Dulu kalau time aku berbuka puasa, sure aku akan amik nasi...but now dah tak semestinya nasi. Adakala my hubby akan buat salad sayur atau pun spagheti salad without oil. Alhamdulillah so far so good la. Tapi bila ber diet ni supliment kena ada, cthnya vitamin kena juga amik. So aku just amik vitamin keluaran Shaklee and also minyak kelapa dara Catalyst and after meal selalunya aku akan amik minyak ikan dan kadangkala garlic softgel untuk lawas sistem pencernaan.

Alhamdulillah, lately ni aku tengok setiap kali selepas aku makan dalam setengah jam tu mesti perut dah memulas nak membuang. Ini bermakna sistem pencernaan bertindak dengan baik.

Dalam masa yang sama sekarang ni kebetulan aku sedang mengajar anak2 asuhan ku tarian, so sedikit sebanyak ia membantu dalam exercise ku. Kat rumah pula aku akan spend time 20 minutes untuk joget ker, dance ker...and ia memang sangat2 membantu.

Selain tu kerja2 rumah juga sangat membantu untuk aku mengeluarkan peluh. Alhamdulillah moga kesihatan ku akan bertambah baik.

Aku bukan tak percaya kepada produk2 slimming yg ada kat pasaran sekarang ni, tapi aku rasa aku mampu buat sendiri dan secara tak lansung ia menjimatkan kos perbelanjaan. Lagi pun aku kena la beringat now hanya my hubby jer yang working kan...so perbelanjaan kena la di kurangkan kan...berjimat cermat kalau boleh hehehehe...

Oh yer aku juga selalu amik madu dengan cuka epal, selain ia bertindak untuk mengurangkan sinus dan melegakan paru-paru serta kerongkong ku, tapi dalam masa yang sama ia menlancarkan sistem darah dan juga boleh melansingkan tubuh badan.

So jom kawan2 kita hidup secara sihat...moga2 MOTIVASI ku akan kembali membara dalam usaha menurunkan berat badan...CAIYOK!!!!

Monday, May 20, 2013

CUTI-CUTI DI PERLIS

selesanya bilik

ruang santai

aku bergambar di sekitar kawasan penginapan
 Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga kita bersua hari ni, wah dah macam jumpa kata dalam TV pula hehehehe...Actually aku baru jer balik dari bercuti dengan Encik Suami di Perlis Indera Kayangan.

Pada mulanya my hubby nak ajak pi Thailand...alahai tak nak la aku, dengan keadaan sana yg masih kucar kacir, bom sana bom sini hish...tak nak la...lebih baik bercuti dalam Malaysia jer kan...:) Bukan aku takut mati, tapi kalau boleh elak dari bahaya itu kan lebih baik.

So pagi Sabtu tu, aku tak ke tuisyen, sebab cik abang nak bawa cik adik jalan2 kan hehehehe....Jam 9 pagi kami bertolak dari rumah, itu pun setelah selesai tanggungjawab ku pada anak2 buluss ku. Aku siapkan makan dia orang sampai esok harinya iaitu hari Ahad.

Ok kami pun sampai ke Perlis Indera Kayangan...suhu memang panas...kalau tak salah 33C la juga....Kami terus ke Padang Besar. Shopping apa yang patut sebelum chek in ker Resort yg suami ku tempah semalam. Aduhai aku punya la membeli sampai tak ingat nak balik...bukan apa kain baju murah2 la...seluar dengan baju tak sampai RM50 siapa tak nak kan...lagipun aku memang dah kehabisan baju yg baru...dah lama benar aku tak menyopping hehehehe...

So jam 12.30 tengah hari perut terasa lapar la pula...apa lagi kami pun makan la dulu, isi minyak kata orang kan hehehehe...Menu simple jer tom yam campur, telur dadar dan sayur kailan. and menu tambahan pula pulut ayam feveret mu hubby la tu...aku amik secubit jer isi ayam hehehehe....

Jom layan gambar2 nya....

pulut ayam

telur dadar

tom yam campur

sayur kailan

So jam 1.30 kami chek in kat Tasoh Lake Resort & Retreat. First time kami sampai ni. Memang mudah satu borang pun cik abang aku tak payah isi. Masuk jer kat reception, hubby cakap kata call buat tempahan semalam, terus pelayan tu bagi kunci dan hubby pun buat bayaran...oh sungguh mudah dan cepat.

Chalet kami bernombor 016. Not bad selesa dan sangat best, lokasi boleh dikatakan strategik depan tasek, permandangan yg mendamaikan dan sangat2 berbaloi. Kami pula yg rasa harga macam murah sangat. Tapi apa pun memang tempat ni sangat2 mendamaikan...si ap promote lagi tu hehehehe...

So esok nya kami chek out jam 10.30 pagi, masa nak balik tu kami singgah kejap ke Pasar Tani Mega...kat situ kami beli sarapan maklum lah belum sarapan pagi hehehehe...

Sedap juga bubur berlauk dengan udang sanggul serta popiah seafood tu...so cukup la aku celoteh setakat ni, nanti2 kita ngomel lago ok!!...
ADIOS!!!

udang sanggul dengan popiah seafood

bubur berlauk

Tuesday, May 14, 2013

KELEMAHAN ITU SATU KEKUATAN

me and u
Assalamualaikum...

Dah lama benar aku tak ber up date blog, maklum la nak kata bzz tak juga, tapi malas tu mungkin yer hehehehe...

Terlebih dahulu ku panjatkan kesyukuran kerana dalam kekurangan kami ada kebahagian buat kami berdua. Kekurangan itulah yg membuatkan CINTA kami semakin kuat dan teguh. Tak muda sebenarnya untuk aku membiasakan diri dengan segala kelemahan dan kekurangan ini. Sebab aku adalah manusia yg ingin sesuatu dengan cepat, tak nak tunggu2.

Tapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang Tuhan jua yg akan menentukannya...Siapa sangka dalam tujuh tahun melayar bahtera terlalu banyak pahit maung yg kami tempuhi. Hinggakan kadang2 kesabaran kami juga teruji.

Setiap cabaran yg kami lalui itu sebenarnya mematang kan diri kami tanpa kami sedar. Dalam serba kekurangan kami membina kebahagian dengan menggunakan acuan kami sendiri. Kami belajar segala kebaikan dari org lain dan kami ikut agar ianya menjadi panduan dalam kami melayar bahtera perkahwinan.

Kini azamku hanya satu...aku ingin berbakti pada suami ku hingga ke hujung nafas ku...setiap kekurangan yg aku ada dan suami ku ada kami akan jadikan sebagai satu kekuatan kunci KEBAHAGIAN kami...In Shaa Allah....

Thursday, May 2, 2013

HAPPILY EVER AFTER

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni dapat juga aku up dat blog aku yg comel ni hehehehe...comel la sangat :P

Ok kalau tengok pada tajuk tu macam romantik sangat kan...!! Memang pada entri yg lepas aku ada cakap soal poligami, sesuatu yg memang dihalalkan dalam Islam. Bagi ku simple, jika itu telah ditakdirkan untuk aku, siapa lah aku untuk menidakkannya...Segala yang baik datang dari Yang Maha Kuasa jua...

Namun wanita mana yg sudi kekasih hatinya dikongsi kan??? Begitu juga lah dengan aku. Selagai mampu selagi terdaya aku tetap akan menyintai suami ku sehingga ke hujung nyawa ku. Begitu juga dengan suami ku akan terus menyintai ku dan menerima ku seadanya hingga ke hujung nyawanya.

Aku selalu mengusik suami dengan berkata "Sayang, kalau U ada another girl yg U suka cakap la...boleh Ayang pi meminang..." hehehehe masa tu wajah dia macam singa...marah gilerrr...!! nanti mula la dia akan cakap sengau hahahaha...ala2 merajuk marah la kan hehehehe... Dia pun akan kata "Hish...mula la tu dok merepek...kita sayang kat dia, dia dok merapu...dah la tu Yang!!..." sambil merayu supaya aku STOP dari usik dia hahahaha...kelakar sungguh cik Abe aku ni hehehehe....

So far sepanjang kami melayar bahtera hidup berumahtangga memang macam2 dugaan yg kami tempuhi, tapi Syukur sangat2 MY LOVE tak pernah memberontak malah dia lah yg paling penyabar berbanding aku...Aku ni tak sabar orgnya...hehehehe...

Dari detik perkenalan kemudian bercinta dan seterusnya bertunang memang kami sentiasa di uji dengan pelbagai masalah. Sehingga la masalah yg terbesar tercetus di hari Akad Nikah kami...Tapi semuanya kami lalui dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk...Setiap masalah yg berlaku merupakan kekuatan buat cinta kami.

Alhamdulillah aku telah diamanahkan seorang suami yg baik budinya dan penyabar orangnya. Syukur pada Mu Ya Allah...Sungguh besar nikmat yang Engkau berikan pada ku hamba Mu yang terlalu banyak kelemahannya....

Kini sebagai isteri yg sentiasa di bawah naugan suaminya, aku akan terus berbakti hingga ke hujung nyawa ku buat suami yg aku cintai...In Shaa Allah...

Tapi apa yg pasti setelah 7 tahun melayar bahtera kami tak pernah lupa send SMS to each others...tepat jam 10.00 pagi for sure aku akan dapat SMS dari suami just to tell me how he loves me so much..and I pula send back what was I feel to him :) Alhamdulillah dari zaman duduk PJJ lagi memang SMS pengerat cinta kami.

Tapi yg kelakarnya kadang2 tu dalam rumah pun nak berSMS juga hahahaha...sabar jer kan...kira kes nak habis kan kredit la ni hehehehe....

Kalau Hubby outstation pula SMS tu lebih kerap la...and once in a while he will make a phone call...tak kira la mana saja dia outstation...kalau ker Vietnam pun dia akan sanggup beli sim card sana and call me, macam hari tu dia ke Medan, aku pun cuak tengok number panjang giler...rupanya My Love yang call...

Apa pun aku mohon sangat2 moga CINTA KAMI KEKAL ABADI SELAMANYA & BE HAPPILY EVER AFTER...AMMIIN.....