Monday, April 4, 2011
MUTIARA KATA BUAT MUSLIMAH
Sunday, April 3, 2011
OST Full House
Aloha, salam sayang untuk semua rakan2 bloger sekalian. Erm...aku ni dah terkena panahan demam korea yg masih belum juga berakhir. Bukan apa aku tersangat minat dengan cerita 'Full House' ni...dah tak der ubat nak aku makan untuk melupakan drama bersiri ini hehehe...
So petang tadi tgh belek2 blog aku, terlihat pula satau entry ku yang bertajuk demam drama korea ... erm...rasa macam tak complete pula bila tak masukkan lagu temanya hehehe....
Jadi dengan penuh rasa bersemangat aku pun cari la dalam youtube, hehehehe...dapat juga akhirnya (ala bukan susah mana pun kan :-) )...So jom la kita layan lagu tema drama korea yang menjadi puuuuujaaaannnn hati ku .... 'FULL HOUSE'...:-)
SAUNA - KEBAIKAN UNTUK MUSLIMAH
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak share pula tentang sauna dan kebaikan nya kepada semua golongan wanita terutama nya muslimah sekalian. Tips ni macam biasa la aku dapat dari diary muslimah aku la...:-). Hebat kan, semua ada kat dalam tu tau...tak rugi aku membeli nya dan menjadikan nya satu sumber rujukan buat kita semua.
Aktiviti mandi peluh atau sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat itu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh. Biarpun begitu, ramai yang tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada akiviti mandi peluh yang mungkin anda selalu lakukan.
Keluarkan Toksin Dari Tubuh
Peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yang diketahui, pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itu lah mencantikkan kulit. Di samping itu, turut bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh badan kita. Kesan nya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan Metobolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkat degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metobolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini , tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori !!!! :-)
Kurangkan Stress
Faktor ini lah yang menyebabkan ramai memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasa nya, setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.
Sembuhkan Masalah Kulit
Panas ruang sauna yang biasanya antara 60-105 C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah menigkat. Haslnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh Bakteria Dan Virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkan nya men'yah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses pembaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus, meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Tips Untuk Kesihatan:-
- Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15-20 minit setiap kali
- Tiga kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegaran nya setiap kali anda melakukan mandian.
- Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
- Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi.
- Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihat lah hasilnya :-)
Saturday, April 2, 2011
Siti Nurhaliza - Bulan Yang Mesra + lirik
Bulan Yang Mesra – Siti Nurhaliza
Ada bulan di matamu
Sinarnya pancaran cahaya
Memanah cinta ke jiwa
Nur makrifat yang menyala
Ada mesra di wajahmu
Senyum malaikat sang kekasih
Mengusap syahdu wajahku
Wajah seorang musafir
Bulan yang mesra
Mengintai dari jendela
Aku terkaku melangkah
Siapa sebenar di dalam rumah
Bulan yang mesra
Menyapa aku dengan indah
Terbisu aku dari kalimah
Membuat hatiku resah
Sirna dalam cerah
Oh sungguh mendayu bila dengar lagu ni, macam org dulu2 kan...muziknya sebijik macam cerita purbakala dulu. Terbuai pula aku mendengar nya...Orang dulu2 suka mengaitkan lagu2 mereka dengan alam sekitar...selalu nya dia orang menggunakan bulan, bintang, pokok, lautan dan juga burung. Ia begitu sinonim dengan masyarakat melayu.
Tapi sekarang, lagu2 banyak yang straingt to the point. Dah kurang madah pujangga nya. Org lebih cepat faham...Tapi sebenar nya masyarakat melayu yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun nya, pasti akan menggunakan bahasa kiasan untuk mengeksperetasikan perasaan mereka melalui alam semesta. So jom kita layan lagu yang membuai kita kembali ke alam nostalgia :-)
PETUA KECANTIKAN ISLAM
Pagi tadi waktu aku di kelas tusyen, aku tulis sesuatu dalam diari muslimah ku. Tiba2 aku rasa macam nak baca pula isi kandungan nya. Maklum la dalam diari muslimah selalu nya ada macam2 panduan dan tips2 untuk kesejahteraan hidup. Aku pun belek dan terus membelek...Tiba2 datang pula idea, "kenapa aku tak kongsi saja semua tips dan panduan tatacara muslimah ini dengan rakan2 di blog ku"...So hari ni, saat ini aku telah pun mengambil keputusan untuk berkongsi apa saja yang aku baca dalam diari muslimah dengan rakan2 ku sekalia...Harap tak bosan la yer :-)
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan lansung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambil la sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan pergerakkan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
3. Untuk pelembap, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibirtapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' , "Allahuma Kama Hassanata Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana Engkau telah meperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takabur.
5. Agar tubuh lansing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu dua kali, Isnin dan Khamis. jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. dengan demikian kita akan banyak di kenal dan disayangi.
So itu la dia antara tips2 nya...insya Allah kita pasti akan berkongsi lagi dengan banyak lagi ramuan dan juga therapy minda...renung2kan ...:-)
Friday, April 1, 2011
Siti Nurhaliza - Ya Rasulullah ( Dengan Lirik )
Ya Rasulullah
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu Ya Rasulullah
Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu (2x)
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)
Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah
Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah Kami Rindu Padamu (2x)
Ya Rasulullah
Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah
Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim (2x)
Sungguh merdu suara Dato' Siti Nurhaliza bila megalunkan lagu memuji Nabi junjungan kita yakni Nabi Muhammad S.A.W...Rasa sayu sangat kerana kita umat nya tak dapat berjumpa dengan Nabi junjungan kita. Mari la kita sama2 berdoa semoga kita menjadi umat Muhammad yang sebenar-benar nya...:-) Jom kita hayati setiap bait2 lirik lagu ni yer...:-)
AKU DAPAT HADIAH
Hari ni pak cik aku datang dari Bangi. Siap bawa ole2 untuk aku tu, hepi giler sebab dapat hadiah hehehe....
Kalau nak diiukutkan Pak Cik Mat ngan Mak Cik Siti ni saudara jauh sebelah arwah ibu ku. Pak Cik Mat ni berasal dari Terengganu dan Mak Cik Siti ni pula orang Penang.
Dan sudah menjadi kebetulan la pula, hari Isnin lepas Pak Cik Mat ni ada pula hal kat Penang, dia kena mengajar la pula kat USM, so dia nak la jumpa aku. Hari Ahad lepas dia ada sms aku, kata nya "Pak Cik Mat ada ole2 untuk ct dari Padang Indonesia ni...". Aku punya la hepi rasa macam nak jumpa hari tu juga. Tapi msalah nya mana boleh suami aku baru jer bertolak ke Sungai petani 20 minit yang lalu huhuhu....
So, aku pun kata la kat Pak Cik Mat yang aku tak dapat nak jumpa dengan dia hari ni (hari Ahad lepas), seba suami aku kena outstation seminggu. Lepas tu aku dapat sms semula, kata nya tak pa la kita jumpa hari Khamis hehehe....senyum lebar la aku...Dalam hati dok fikir apa la hadiah nya yer :-)
Akhirnya hari yang dinanti pun tiba, aku gembira sangat sebab dapat hadiah sepasang baju dari Padang Indonesia dan juga cenderahati dari Paris...:-).
Bukan apa, excited tu sebab yer la kan barang2 ni dari jauh lokasinya. Lepas ada pula org yg sudi ingat kan kita dan beli something khusus untuk kita. Terharu sangat tau...erm...bukan apa sejak dua menjak ni aku ni sangat sensitif. Mudah terasa hati dengan org sekeliling ku. Aku rasa kadang2 aku macam dah tak bermakna di mata orang. Tapi aku di hargai macam ni, menitis juga air mata mengenang kan nya ...:-)
Insya Allah, walau pun bonda ku dah tak ada, namun aku berjanji dgn diri ku bahawa aku tak akan sesekali melupakan semua jasa mereka yang pernah membantu ku walau pun sebesar hama...insya Allah :-)
Untuk Pak Cik Mat dan Mak Cik Siti, jutaan terima kasih di atas semua pemberian kalian, sedari ct kecil sampai la sekarang dan sewaktu arwah mama tengah sakit pun kalian sanggup membantu dalam segala macam ...jasa kalian tak akan ct lupakan sampai ke akhir hayat ct...Terima Kasih daun keladi yer :-)...