Monday, October 31, 2011

KAWAN BARU KAMI

aku bergambar bersama adeq
Assalamualaikum...

Salam hari Isnin. Aku nak citer sikit pasal hari Sabtu yg lepas. Aku dan suami ke Queensbay nak tengok citer "The Lion King 3D Animation". Kami ke sana sebab tayangan hanya ada kat panggung wayang di Queensbay sahaja. Kebetulan pula waktu tayangan yg tinggal hanya lah jam 10.00 malam. Mahu tak mahu kami tunggu la kat sana. Dah la petang tu hujan lebat, tapi di sebab kan keinginan isteri yg nak tengok juga2 citer tu si suami turutkan saja...alahai sweetnya...suami sapa la tu kan hahahaha....:-)

Sesampai kami kat sana macam biasa la suami ku sure akan cari kedai kegemarannya apa lagi kalau bukan FOS :-). Tiba2 aku ternampak seseorang yg rasanya aku kenal. Bukan apa kami berdua pernah jumpa dengan insan istimewa ini masa bulan puasa yg lalu. Masa tu kami berbuka puasa kat RasaMas Sunway. Dengan secepat kilat ingatan ku kembali, so aku pun cakap ngan Hubby "sayang, rasanya i kenal la baby tu..." Terus my Hubby toleh, dan Hubby pun tersu gi tegur ibu anak istimewa ini. Apa lagi kami berpeluk sakan la. Yg anehnya macam dah lama kenal pula mesranya.

So Hubby tinggal kan aku dengan ibunya. Aku pun tanya nama ibu anak istimewa ini. Adura katanya...dia membahasakan dirinya Kakak, tapi aku yakin umur kami mungkin sebaya. Setelah lama berborak betul la kami sebaya, dan ternyata aku la kakak :-) sebab aku lahir bulan Januari.

Berbalik pada cerita anak istimewa ini, anak ini masa lahir kedunia normal, tapi bila umur 5 thn dia disyaki mempunyai ketumbuhan dalam otak. Terus aku teringatkan arwah mama ku. Kami panggilnya dengan nama ADEQ. Dia terlalu istimewa di mataku. Kalau kita senyum dia akan seronok sangat2. Dan rasanya aku pernah citer hal anak ini dalam FB aku kat bahagian notes ...

Kebetulan pula Sabtu lepas adalah hari lahir Adeq yang ke 9 thn. Adeq tak boleh bercakap dan tak boleh berjalan. Memang sedih...tapi ibunya sangat tabah. Dan untuk pengetahuan korang ibunya juga adalah single parets. Alahai syahdunya...Apa pun aku harap kawan2 marilah kita mendoakan akan kesihatan anak istimewa ini...sesunguhnya Adeq sangat2 istimewa di mata kami berdua..Buat ibunya Adura, ini la dugaan untuk kita...aku kagum dengan ketabahan ibu muda ini...:-)Semoga Allah lindungi keluarga ini amin...

BATUK VS BERSIN

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum dan salam kasih mesra dari ku di Butterworth...

Hari ni aku nak bagi tahu yg aku dah dapat sakit baru....Masya Allah banyak betul dosa aku, sebab tu la di beri bermacam penyakit...syukur Ya Allah...

Aku akan terus think positif menerima semua penyakit yg datang kepadaku. Bukan apa kalau kita bersangka buruk maka akan bertambah sakit la kita jadinya...so aku kena set kat minds bahawa setiap penyakit itu adalah kifarah di atas dosa2 ku....Ampunkan aku Ya Allah...

Aku terkena flu dan juga batuk. Kalau ikutkan aku memang tak suka batuk ni...sebab kalau dah terkena susah nak baik...lepas tu akan membuatkan aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Aku selalu akan rasa dizzy bila terkena batuk. Alahai, memang tak selesa sangat. Dalam mulut ku kena selalu ada gula2 pelega batuk. Kalau tidak alahai memang tak tahan berdentum dentum bunyinya bila aku batuk...:-(

Tapi apa pun...aku akan segera ubati batuk dan bersin ku ini supaya tak mudarat...insya Allah...setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MATI...Wassalam...

Sunday, October 30, 2011

MENU ALA SIZZLING

mee sizzling menu aku
ku tiew black pepper sizzling menu hubby
Assalamualaikum...salam sayang buat semua blogger sekalian...

Hari Jumaat 28 Oktober lepas kami berdua layan menu ala sizzling jer. Bukan apa tadi masa tengah2 lepak tunggu Hubby Chubby balik kerja tiba2 berbunyi sms dari hp ku...yang berbunyi macam ni "I love u sayang, jap lagi ayang bersiap tau, lepas abang balik kerja kita gi ronda2" hehehehe...apa lagi senyum sampai ke telinga la aku dibuatnya. Bukan apa tak payah fikir nak masak apa petang nanti :-).

Tema kami berdua pada hari tersebut ialah PINK hehehe..pinky, winky la kami hari tu hehehehe....Sebenarnya kalau ikutkan kami nak gi beli barang dapur jer, tapi perut dah berkeroncong terus makan. Kami singgah kat Pasific....Hubby kata lama dah kita tak terjah Pasific ... tu yg ronda kat sana semalam.

So far menu sizzling kat situ not bad. Sedap juga...sebab kuahnya sizzling pekat dan ada rasa. Ada sesetengah tempat tu, kuah sizzling tu akan cair dan tawar sangat. Mula2 konon nak amik menu claypot, tapi rasanya macam baru jer makan claypot, sebab tu la aku pilih sizzling juga. Selalunya citarasa kami selalunya sama, sebab tu la kami jd sepasang suami isteri hehehehe....

So jom la korang, kita layan menu sizzling malam ni :-).

Thursday, October 27, 2011

HARI CUCI SEDUNIA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...salam sayang dari ku yg bernama Siti Azlina :-)

Ok la semalam hari Rabu bersamaan dengan Hari Raya Deepavali aku dan suami jalan2 di sekitar Taiping dan Kuala Kangsar. Biasa la sekolah Hubby buat rombongan Che Kiah hehehehe....Hubby bawa anak2 asuhannya jalan2 hehehe...apa lagi aku pun kena la ikutkan :-).

So semalam dah puas jalan2 so hari ni hari CUCI SEDUNIA la pula. Aku nak clean the house hehehehe...Maklum la dah hampir 3 minggu aku tak clean the house :-). So dah cuti kan hari ni, amik kesempatan la...apa lagi...cargas :-). Kebetulan pula mood rajin tengan ada, buatnya dia hilang baru padan muka aku huhuhuh....

Mula2 aku kemas ruang tamu, kemudian beralih ke bilik belakang..bilik tu aku kemas khas buat cats ku..so boleh la cats ku lepak kat dalam bilik tu...:-). So aku berehat sebentar beri laluan kepada waktu solat Zuhur. Setelah selesai aku ke bilik tamu pula. Alhamdulilla selesai sudah...sekarang tiba giliran bilik kami berdua pula...alahai sweetnya bila nak kemas bilik kami heheheh....nak semarakkan lagi la rasa cinta kat dalam bilik tu...Bukan apa bilik utama ni penting, khas buat kami untuk berehat la kan :-)

So akhir sekali dapur, kat dapur ni kemas biasa2 jer..sebab tak banyak yg perlu dikemaskan...so jom la kita join kemas rumah hehehehe...:-)

Wednesday, October 26, 2011

BROADBAND BUAT HAL

my broad band
Assalamulaikum...

Hari ni aku nak mengomel sikit pasal broadband aku ni. Entah hantu mana la yg ganggu broandband aku ni dekat sepupuh hari aku dok layan kelepmbapannya. Banyak aktiviti ku tergendala. Terutamanya dalam bab mengupdate blog aku tersayang ni.

Tapi hari ni aku tengok ok la pula...dah elok aku menyumpah seranah tiba2 dah ok hehehehe....rasanya dia orang tgh upgrade kan lagi mutu perkhidmatan sebab tu la jadi lembap kut heheheh...think positif :-).

Ataupun keadaan cuaca yg tak menentu telah membuatkan broadband aku buat hal...banyak spekulasi ni. So far aku guna broadband DiGi ni tak der masalah. Memang hebat dan berkualiti. Ini broadband aku yg kedua. Yang pertama tu terminated hehehe....dibatalkan atas sebab2 tertentu.

So harapnya broadband aku akan kembali ok sebab aku ada banyak benda nak story mory ni hehehe...so kebetulan minggu ni ada perayaan yg di sambut oleh kawan2 kita yg beragama Hindu...aku nak mengucapkan Selamat Hari Diwali....dan kepada kawan2 yg bercuti Happy Holiday...jom kita pi jalan2 :-) Adios !!

Monday, October 24, 2011

MAHIR JAWI

Assalamualaikum...salam sayang...rindu la pula sebab dah lama tak up date....:-)

Hari ni baru ada kesempatan nak up date blog. Bukan apa Broad band aku tu buat hal la pula, terus aku pun jadi malas nak up date. Line broad band aku tu jd lembap. Aku pun tak tahu kenapa...

Ok hari ni aku nak citer tentang kisah ku pada hari Jumaat yg lepas, di mana aku merasa malu dengan diri aku sendiri sebab aku tak mampu membaca tulisan JAWI dengan lancar. Ini semua terjadi sewaktu aku menjaga kelas 5 Zamrud yg menjawap kertas soalan Pendidikan Islam. Merangkak-rangkak aku membaca JAWI ...malu la pula...

Tapi tak boleh nak salahkan aku juga, sewaktu aku belajar di sekolah rendah dan menengah dulu, tulisan JAWI tak begitu penting, malah kami boleh menjawap soalan menggunakan bahasa RUMI. Maka aku banyak menggunakan bahasa rumi. Memang soalan di tulis dalam Dwi Bahasa, tapi aku tetap akan menjawap dalam bahasa RUMI.

So sebagai langkah permulaan, aku telah memilih buku "Mastika" untuk aku jadikan sebagai sumber pembelajaran ku. Terkedek2 juga la aku membacanya. Tapi syukur alhamdulillah aku dapat juga habiskan artikel tersebut walau pun hampir 2 jam aku membacanya.

Insya Allah mudah-mudahan niat aku ni akan di berkati Allah...Insya Allah :-)

majalah mastika menjadi bahan rujukan ku
artikel pertama menjadi bahan bacaan ku

tajuk artikel pertama ku "kenapa perlu ada papan tanda itu?"

Thursday, October 20, 2011

SOALAN DALAM SOALAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :-)

Hari ni aku nak citer tentang kisah aku di sekolah. Begini ceritanya, setiap pagi jam 10.00 pagi sure aku akan gi kanting untuk makan. Sebab sekarang ni aku dah tak boleh lewatkan waktu makan. Sebab aku dah kena serang ngan gastrik huhuhu....tragisnya...Tapi pagi ni agak awal la pula, aku gi kantik pukul 9.00 pagi...awal satu jam gitu.

Nak dijadikan cerita, dalam pantry makan guru tu yg ada semuanya guru lelaki. Tapi aku memang tak peduli pun sebab aku nak makan. Kalau tak makan nanti sakit pula perut aku ni. Kebetulan ada nasi goreng feveret tu, so aku pun gi amik nasi goreng dan sedikit ko tiew goreng.

So masa nak duduk tu aku amik la surat khabar KOSMO, tengah baca sorang cikgu tanya..."Cikgu Azlina ada anak berapa?" Aku senyum belum sempat jawap Kak Milah Tokey Kantin sekolah kami yg jawap. "Tak dak lagi cikgu Shukor oii..." sambungnya lagi..."Hangpa ni asyik dok tanya Cikgu Azlina pasai pa? dari minggu lepas Kak tengok hangpa dok tanya dia...Hangpa ni nak tau dia kawin ka dak kut" hahahaha...semua pakat gelak dalam bilik pantry tu.

Jawap sorang ustaz yg masih bujang "Pandai pun Kak Milah ni, macam tau2 jer maksud kami" hahahaha....lawak la...Patut la minggu lepas dia orang ni asyik dok tanya aku. Aku memang jawap kata tak der anak. Rupanya dia orang ingat yg aku ni tak kawin lagi huhuhuhu....so tadi aku pun explain la yg aku ni dah kawin 5 thn. Lepas tu dia orang tanya la pula, umur berapa? Alahai dah tua pun aku jawap...yg syoknya pakat dok teka...23 ka? 25 ka ? 30 ka? hehehehe....lawak sungguh...aku tak jawap pun aku senyum ada la.

So sekarang aku dah tahu kenapa la dia orang ni asyik dok tanya soalan rupanya ada soalan di sebalik soalan rupanya hehehehe...sabar jer la Pak Meon oiii :-)