Saturday, January 14, 2012

KENANGAN MANIS

me as a bride
Assalamualaikum...

Enam tahun lepas di hari yang sama dan di tarikh yg sama aku telah disandingkan dengan seorang lelaki yg memberi ku gelaran ISTERI...Ia sungguh bermakna buat diri ku. Setiap wanita pasti akan merasa bahagia pada hari tersebut begitu juga dengan aku. Walaupun macam2 rintangan yg kami lalui namun kami tetap disatukan dengan penuh gilang gemilang.

Arwah mama la orang yang paling bahagia...sebab semua persiapan mama yg siapkan. Sehinggalah semua baju persalinan ku mama yg uruskan. Bertuah aku kerana memiliki seorang mama yg sangat2 sayang kan aku. Lagipun aku lah seorang sahaja permata hatinya.

14 haribulan kenduri sebelah rumah ku. Arwah mama sewakan banglo TUDM di Jalan Akuarium untuk sempurnakan majlis ku. Ini kerana katanya kalau buat kat rumah nanti penat nak mengemas semula. So tiga hari kami berkampung di Banglo TUDM tersebut.

Ya Allah Ya Tuhanku...Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penayayang...Berkatilah rumahtangga kami, mawaddah lah kehidupan kami suami isteri, murahkan lah rezeki kami, permudahkan lah segala urusan hidup kami, yang utama Ya Allah kurniakan lah kami zuriat yang soleh bagi menyambung generasi kami Ya Allah...sesunguhnya hanya Engkau Yang Maha mendengar segala rintihan kami...Amin...:-)

Friday, January 13, 2012

SAYA DAH MULA SIBUK

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Aku dah mula terasa bahang kesibukkan ku nanti. Bila dah mula bekerja ni semua benda dalam kepala. So I have to manage all those things one by one and go with the flow. Kalau tidak memang kepala ke bawah kaki ke atas.

Aku dapat kelas yg baru, so madih kosong...aku mesti kreatif dan banyak benda yg nak dimulakan. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar Insya Allah. Aku bekerja demi mengisi masa lapang ku. Jadi bila dah sibuk masa lapang pula yg aku kena cari untuk spent time for rest.

Hari Jumaat hari memenatkan. Balik saja dari sekolah terus ke bergegas ke tempat Tusyen. So malam baru aku boleh jumpa anak2 cats aku tu. Hari Sabtu pun aku ada tusyen juga...hopefully kali ni ramai la yg datang ke tusyen aku tu....Insya Allah.

Penulisan tetap akan ku laksanakan...mungkin hujung minggu adalah masa untuk aku berkarya. Kerja2 rumah pun tak boleh diabaikan itu la kerja hakiki ku sebagai PERMAISURI :-)

So jadual aku automatik berubah dengan serta merta. Tapi aku memang suka sibuk dan menyibukkan diri. Sebab aku tak der masa untuk bersedih nanti. Itu la yg inginkan sebenarnya. Aku memang tak boleh stress dan tak boleh berfikir banyak. Tapi kalau fikir tentang kerja itu aku sanggup sebab i love to work...

Apa pun aku harap Allah akan permudahkan segala perjalanan hidup ku. Aku cuma inginkan pekerjaan yg tetap. Asalkan aku dapat berbakti dan menyumbangkan tenaga ku pada anak bangsa dan juga negara ku tercinta...but dont forget aku tetap isteri untuk suami tercinta...TQ Hubby for ur love and supporting... :-)

Thursday, January 12, 2012

DAH KERJA DAH

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam terlalu excited sampai malas nak up date blog hehehe boleh pula gitu yer....So today is my bright day...saya akan mula bekerja di samping anak2 yg comel. Macam biasa SKBI call semalam kata minta aku penuhi kekosongan jawatan di bahagian pra sekolah yg baru buka. So tak der limit...aku akan bekerja sampai la staf yg tetap datang melaporkan diri. So this is my oppotunity to be with the cute kids hehehe...sukanya :-)

Memang pada mulanya aku agak keberatan nak terima sebab kejadian yg menimpa aku tahun lepas. Tapi kita hanya manusia so dengan hati yg tenang dan akal yg waras aku just forgive and forget. Siapa lah kita yg nak menghukum manusia lain...Kita pun banyak kesilapan so just be myself....

Ini satu permulaan tahun yg indah buat aku. Hope lepas ni akan ada cahaya menanti aku di depan sana...Mana la tahu my one fine day will coming insya Allah...amin... :-)

Tuesday, January 10, 2012

MENU DARI DAPUR KU 1

nasi goreng cili padi telur mata

nasi goreng cina telur mata

nasi goreng tuna magik

bubur lambuk ayam berlada

kerabu apple

rendang daging

ayam bakar
Assalamualaikum...

So korang selamat menjamu mata dengan semua menu kat atas ni yer...ini semua hasil dari air tangan ku sendiri. Alhamdulillah banyak lagi yg aku kena belajar. Sebab banyak lagi yg aku tak tahu. So far sejak arwah mama tinggalkan aku semua nya aku buat sendiri. Kalau dulu aku memang tak pandai nak masak and no confident in myself...but now syukur Ya Allah everything is going fine. Ini semua berkat kesabaran suami ku yg tak pernah jemu mengajar aku masak dan memberi keyankinan yg aku BOLEH...TQ so much dear.. I Love U so Much... :-)

Sunday, January 8, 2012

POPO VS E-OO

popo tidur e-oo kena tunggu
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal cats aku kejap. Popo semalam dah beranak. Tapi yg kelakarnya dia tak nak jaga anak yg baru dilahirkan tu, yg dia nak jaga si E-oo tu...sabar jer la. Ke hulu ke hilir di kendongnya E-oo...dah la tu yg E-oo pula terjerit2 sakit. Adoiii pening kepala aku dua hari ni.

Hari ni Popo beranak lagi sekor. Semalam dia beranak dua ekor, tapi sekor tu mati tak cukup sifat pun. Hari ni anak dia cukup semua sifat tapi rasanya dah mati dalam perut. So masa dia beranak tadi anak tu pun mati juga. So tinggal la sekor tu dok terjerit2 dari semalam.

Aku memang geram betul dengan si Popo ni..lansung tak nak kasi minum susu. Alamatnya esok lusa mati lah nanti si kecik tu...erm...nak buat macam mana kan. So itu la lumrah alam.

Tapi apa pun ini lah sebahagian famili dalam keluarga ku. Terima kasih kerana aku mampu berkongsi kasih sayang ini dengan makhluk mu Ya Allah...

Saturday, January 7, 2012

TRAGEDI 7 JANUARI

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum...

Enam tahun yg lepas di hari yg sama, di tarikh yang sama aku telah di ragut handbang di kawasan perumahan kampung ku di Sungai Gelugor. Waktu tu hujan renyai2. Aku yg dalam perjalanan ke tempat tusyen berjalan kaki ke perhentian bas dengan payung sambil menjinjing beg tusyen yg penuh dengan yuran pelajar.

Tiba2 datang sebuah motorsikal lalu menolak aku ke bahu jalan sambil menendang tulang rusuk ku. Tudung di kepala di tarik dan dibuang ke tengah jalan. Biadap sungguh peragut itu. Mujur la aku tak pakai sebarang barang kemas kalau tidak mesti leher ku juga mengalami kecederaan. Aku terjatuh tertiarap di atas jalan raya sambil di heret hand bang dengan motor.

Tiba2 tali handbang ku putus aku ditinggalkan tertiarap di atas jalan raya. Mujur waktu kejadian itu tiada kereta yg lalu di situ. Kalau ada kereta pasti aku telah dilanggar.

Aku cuba bangun tapi tak mampu...aku hanya menjerit meminta tolong. Ini merupakan kejadian kedua aku diragut. Tapi kali ni lebih tragis kerana aku mengalami luka dan sakit yg amat sangat di kawasan tulang rusuk ku. Orang kampung banyak yg keluar membantu ku, termasuk bapa saudara ku yg baru sampai. Bapa saudara ku yg nampak aku tertiarap tu terus mengejar peragut tadi...tapi nama pun peragut dengan senang mereka memboloskan diri.

Orang2 kampung mula menalifon mama, mak cik ku dan juga suami ku. Oh yer waktu tu aku dah di akad nikahkan. Minggu depan adalah hari persandingan kami. Kami ni nikah gantung masih belum duduk serumah. Memang pagi  kejadian tu suami ku menalifon nak menghantar aku ke pusat tusyen tapi aku yg tak nak sebab aku tahu dia sibuk. Sedangkan masa tu suami ku kerja di Kulim aku pula di Penang.

Mama pula masa tu ada kat office sebab mama nak tutp akaun sebab mama nak pencen dah. So dia kena  habiskan banyak kerja sebelum pencen, sampai kan hari Sabtu pun mama pi kerja. Dalam setengah jam suami ku pun sampai...aku pelik tentu laju dia bawa kereta dari seberang perai untuk datang selamatkan aku.

Bila suami ku sampai dia menangis tengok keadaan aku yg separuh sedar. Sambil menangis dia mendukung aku masuk ke dalam kereta. Terus dibawa aku ke hospital. Aku diXray ternyata tulang rusuk aku mengalami keretakkan ... tapi tak serius. Alhamdulillah...doktor minta aku di masukkan ke wad...tapi mak cik aku berkeras..katanya dia bertanggungjawab ke atas ku. Sebelum aku di bawa pulang aku ke Balai Polis untuk membuat report. Macam biasa its take so long...aku yg dalam kesakitan rasa nak pengsan sekali lagi.

Malam tu aku memang tak dapat tidur...phobia...aku asyik terkejut...dan malam tu juga aku muntah dengan banyak...ini bermakna ada gegaran di kepala ku. Esok nya sekali lagi aku di bawa ke hospital untuk di cek Allhamdulillah nothing serius...

Ini la pengalaman pahit yg tak boleh aku lupakan. Syukur Allhamdulillah aku masih di sini. Masih dapat menikmati kehidupan seperti orang lain. So untuk semua wanita di luar sana jaga la diri anda kerana malang tidak berbau....Wassalam...

Friday, January 6, 2012

DINNER TONIGHT

chicken chop with majerin rices

garlic bread with mushrom soup

filet fish with frices
Assalamualaikum...

Jom makan...ini la menu kami malam ni. Setiap hari Jumaat memang hari aku rehat masak hehehe...maklum la ada kelas. So lepas balik kelas terus gi beli barang dapur kat Econsave Raja Uda lepas tu terus singgah makan. Malam ni aku yg belanja cik Abang makan. Sebab nya esok cik Abang nak kena outstation ke Sungai Petani. So sesekali wife yg belanja no hal la kan :-)

Menu kami malam ni ala western hehehe....menu aku chicken chop with majerin rices, hubby pula pilih filet fish with frices and added menus is garlic bread with mushroom soup.

Kami memang suka lepak kat Robina's Stationz ni...and we loved the food so much...terutama western la...sebab yg masak memang chef betul ni...katanya dari hotel. Tak tahu la pula hotel mana. Chef tu datang hanya waktu malam jer...siang di kerja kat hotel.

So kawan2 jom enjoy the food...kalau siapa2 yg datang ke area Telok Air Tawar Butterwoth jom singgah kat Robina Stationz ok :-)