Thursday, March 21, 2013

MAKAN UNTUK SIHAT

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni baru ada mood nak berkarya kat dalam Blog aku yg cute ni hehehe...cute la sangat kan hahaha....Ok la hari ni aku nak cerita sikit tentang progress diet aku yg semakin menampakkan hasilnya. Walaupun lambat tapi Alhamdulillah ada la juga org yg perasan tentang penurunan berat badan aku ni hehehehe....

So far so good, Alhamdulillah nampaknya aku semakin selesa dengan pemakanan sihat ku. Memang pada mulanya agak teruk juga aku kena migrain, tapi lama kelamaan dah semakin berkurang dan kekerapan di serang migrain pun dah semakin kurang.

Apa yg paling ketara aku rasa sejak mengamalkan pemakanan sihat ni ialah penyakit penat...aku memang tak ada penyakit penat pun, tapi sejak badan naik memang aku selalu penat bila terlebih buat kerja rumah dan juga aktiviti lasak. So ini satu kemajuan buat diri ku. Bukan apa bila selalu sangat penat buat aku rasa sangat2 tak selesa dan juga rasa sangat tak SIHAT huhuhuhu.....

macaroni salad

sup sayur

buah-buahan

So sepanjang aku berdiet aku cuma kurangkan makan nasi...so aku gantikan dengan sup sayur atau pun salad. So far memang mengeyangkan aku. Tak der la aku rasa lapar sangat nak cari makanan lain...Selain tu aku banyak makan buah2an...So kira diet aku yg main2 ni nampak juga la hasilnya tu hehehehe

Aku memang banyak makanan yg berunsur sup, nasi aku hanya amik sekali dalam seminggu. Kadang2 tu ada la juga aku buat moi atau bubur. Tapi jarang la...banyak aku makan sup sayur dan juga salad.

apa macam ada nampak beza tak hehehee..
Alhamdulillah nampak la juga perbezaan dalam susuk tubuh aku ni hehehe Syukur Alhamdulillah.Semoga segala usaha ku ini akan dapat di teruskan dengan baik...Insha Allah, dorongan dan sokongan kawan2 amat dialu-alukan...:)

Tuesday, March 12, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU PALI AND MUNA

pali and muna
Assalamualaikum....

Dah lama rasanya aku tak mencoretkan rasa hati ku di sini, maklum la bzz sangat dengan tuntutan tugas sebagai House Manager...lagi pun biasa lah aku ni kalau nak berbicara soal hati di sini agak slow sikit, aku mesti mencari kekuatan diri untuk meluahkan rasa hati...

Minggu lepas my love cousin Zulfadli selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Muna Sa'adah...Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya bermula dari hari Jumaat hingga lah ke hari Ahad. Segala persiapan rapi dari pihak famili pak long ku yang aku panggil bapak dari kecil berjalan dengan lancar. Namun dalam majlis2 besar macam ni, segala kekurangan menjadi lumrah dan adat namun ianya dapat diatasi dengan baik Alhamdulillah...

Hari Jumaat 8 Mac 2013 majlis akad nikah diadakan di Masjid Al-Khairiyah Bedong Kedah, waktu tu hanya Allah yg tahu akan perasaan hati ku. Di wajah tergambar senyuman di hati terpalit rasa rindu yg mendalam pada arwah mama ku. Kalau lah mama ada tentu mama hepi sebab dulu mama yg jaga Pali...tapi setiap kejadian itu ada hikmahnya yg tersembunyi....

Selepas jer sesi akad nikah selesai air mata ku mengalir laju tak tertahan...aku rasa seolah mama turut serta dalam masjid bagi meraikan hari bersejarah adik sepupu ku ini. Aku pula saja jer pakai baju arwah mama, kerana dengan itu aku rasa kuat untuk melangkah bagi meraikan hari bahagia adik ku ini.

9 hb pula majlis bertandang di belah pihak perempuan, majlis diadakan di Cinta Sayang Resort Sungai Petani Kedah. Segak sungguh adik ku berbaju kot warna putih dan isterinya pula cantik bergaun kembang...Subhanallah...sekali lagi air mata ku tertumpah bila tengok bapak dan aunty bersalam di atas pentas pelamin dengan pengantin...Kalau mama ada sure mama pun aka bersalam dan peluk cium mereka berdua...

Tapi Mak Cik ku tak dapat menahan sebak tatkala memeluk Zulfadli dan Muna...Allah Maha Besar...sungguh kaki ku terasa berat untuk melangkah namun ku gagahkan jua...senyuman juga berat sungguh untuk diukir, namun ku paksakan juga...

Final majlis pada 10 Mac 2013 diadakan di Dewan JKKKP Sungai Gelugor...tema kami merah hati...hepi rasanya bila semua adik beradik dapat berkumpul, aku dan suami pun tumpang gembira...Alhamdulillah keluarga kami makin berkembang...Pali adalah cucu arwah Tok Milah yg kedua berkawin selepas aku pada tahun 2006.

Ucapan dan doa ku hanya satu agar rumahtangga adik2 ku ini kekal bahagia hingga ke Syurga...ammiin...

Buat mama ku mohon agar mendoakan dan merestui perkahwinan mereka ini...."Mama doakan Pali dengan Muna bahagia tau..." ..."I MISS U MUCH MAMA....."

Friday, March 1, 2013

SELAMAT HARI LAHIR KAK SITI

allahyarhammah siti khatijah binti haji omar
Assalamualaikum....

Hari ni tanggal 1 Mac, hari ni genap lah usia kakak sepupu yang ke 36 tahun. Setiap tahun pasti akan terpampang gambar2 hadiah dan sejambak bunga pemberian suami yg tercinta. Gambar2 potong kek akan menghiasi di seluruh pelusuk FB arwah...wajah dan senyuman sentiasa menghiasi di FB arwah...

Ya Allah terlalu rindu aku pada arwah...namun rahsia Allah tak siapa yg tahu... Tanggal 1 Dec. 2012 arwah telah pergi buat selama-lamanya bersama puteri ketiganya dan anak dalam kandungan akibat nahas jalan raya...Sungguh pilu hati kami adik beradik Allah saja yang tahu.

Masih terngiang-ngiang di cuping telinga tu macam mana ibu arwah meraung meratap pemergian arwah...Allahuakbar..hancur luluh hati ku tak terkata...

Allah meninggalkan dua orang anak yg masih kecil iaitu Aina dan Atiq...kini anak2 arwah bawah jagaan ibunya...Aku mohon Ya Allah agar anak2 ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari2 seterusnya tampa bonda di sisi....

Subhanalah, Allahuakbar...sungguh berat hati kami untuk melepaskan arwah dan anak2 pergi buat selamanya...tatkala rindu datang bertamu hanya Allah saja yang tahu betapa perit dan sedihnya hati kami.

Kini kami belajar menerima setiap kejadian itu dengan berlapang dada...Doa kami agar arwah dan anak2 damai di sana...Untuk suaminya doa juga kami kalungkan agar terus tabah menghadapi hari2 mendatang...

Al-Fatihah (Allahyarhammah Siti Khatijah binti Haji Omar - 1 Mac 1977-1 Dec 2012)

Monday, February 25, 2013

ULAM-ULAMAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak celoteh pasal tabiat pemakanan aku lately ni, kalau tak der ulam memang tak sah. Kalau pergi pasaraya sure ke bahagian sayur cari ulam, kalau ke pasar malam jangan cakap la, mula tarik baju hubby minta dia belikan ulam..bukan apa aku ni tak tahu nama ulam2 tu semua, tp hubby memang expert sangat...so dia akan pilih la, tp pilih yg aku pandai makan, kalau yg macam pelik2 tu dia tak amik sebab dia tahu aku tak makan.

Dulu masa aku tak pandai buat sambal belacan aku memang makan ulam macam tu jer tak der cicah2 semua. Aku memang tak pandai buat sambal belacan, bukan nak bohong...memang zero la kalau bab2 tu...tp bila balik kampung suami selalu tengok adik ipar buat sambal, macam senang jer tengok dia blander semua sekali, so aku pun try la, mula2 punya la cair dah boleh buat minum hahahaha...tp lama2 dah makin perfect..malam ni hubby kata sambal belacan aku garang sebab pedas sikit...mana taknya aku capur cili padi 5 batang hahahaha....but he said so nice...:) TQ sayang for the compliment....

Sebenarnya ulam2an ni banyak khasiatnya, cuma kita jer tak tahu. Cuba tengok org dulu2, mana ada sakit pelik2 macam sekarang ni, dia orang seihat jer...sekarang ni penyakit macam2 yg melanda, virus pun dah macam2 nama...nak sebut pun tak pandai...

Tapi apa pun aku akan cuba belajar nama2 ulam yang aku suka makan, kadang2 tu nak bagi tahu nama ulam pun tak pandai, yg tahu timun jer hahahaha...kadang2 aku rebus brokoli untuk jadikan ulam...memang menyihatkan...moga kesihatan aku dan suami lepas ni akan menjadi bertambah baik...

Lagipun aku kan tengah diet, nampaknya kali ni diet aku memang menjadi Syukur pada Allah. Kalau tidak sebelum2 ni memang tak menjadi, hangat2 tahi ayam gitu. Turun tak banyak mana, esok lusa dah naik semula. Tapi kali ni memang betul2 turun...banyak baju lama2 aku dah boleh pakai. Aku hepi sangat2...

Bukan apa dah tak larat la nak beli baju baru, sayang sangat baju2lama. Pakai sekali dua dah tak boleh pakai sebab ketat...aduhai...so memang aku nekad start bulan puasa tahun lepas, memang amik masa yg lama, tp hasilnya lumayan.

Aku harap dengan cara pemakanan baru yg aku amalkan ini dapat sedikit sebanyak memabantu menjaga kesihatan badan ku dan suami...Insya Allah...:)

Thursday, February 21, 2013

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

with my beloved mama allahyarhammah hajah fadillah binti noor mohd
Assalamualaikum....

Aku masih mencari kekuatan untuk mencoret sesuatu di sini. Semalam 20 Februari, semalam adalah tarikh hari lahir arwah mama. Kalau mama masih ada umur mama dah pun menjangkau 63 tahun. Tapi mama hanya mampu hidup di dunia ini sampai umur 60 tahun. Ya Allah sungguh pedih hati ini. Namun apa kan daya itu sudah ketentuan dari Mu...

Mama seorang yg sangat ceria, aku ada la juga ikut ceria tu hehehe...mama sentiasa mudah memaafkan orang aku pun sama juga, mama selalu kata aku ni bermotivasi tinggi sebab kalau aku down cepat jer aku jadi ok hehehe...bukan apa malas la nak sedih lama2....tp sejak mama dah tak ada ni, motivasi aku semakin down, susah benar aku nak memaafkan orang dan ceria ku pula seolah sedang berpura2....

Dulu kalau setiap kali birthday mama, selalu aku dapat makan sedap2...mama akan masak nasi beriyani la, mee udang la, nasi tomato la, hish memang kenyang giler la....Aku ingat lagi aku buat suprise kat mama di salah sebuah restoren di KOMTAR. Masa tu aku baru couple dengan my hubby....Aku ada ajak my cousin dengan kawannya sekali untuk celebrate birthday mama, mama tersenyum sampai ke telinga. Maklum la aku tak pernah buat macam tu kat mama hehehe...

Masa aku duduk kat UiTM aku akan pastikan sehari sebelum birthday mama, mama akan dapat hadiah dan juga wishing card dari aku. Siap buat pos laju lagi...last sekali hadiah yg aku bagi kat mama keronsang...and keronsang tu kini dalam simpanan ku.

Kali terakhir kami sambut birhday mama tahun 2010 sebelum mama jatuh sakit sebulan selepas birthdaynya. Masa tu mama request nak kek blueberry...so aku dan suami pun pergi la beli...tp mama tak makan pun, tp mama potong kek tu bagi aku dan suami makan...masa tu mama nampak ok sangat tak der pula tanda2 yg dia akan jatuh sakit. 

Mama selalu kata mama tak nak hadiah, sebab aku adalah hadiah yg terindah buat nya...begitu juga suami ku...mama selalu kata my hubby is her son...bukan son inlaw...

Kini hampir 3 tahun mama "pergi" meninggalkan aku. Tiada lagi hadiah, tiada lagi suprise, tiada lagi kek, tiada lagi makanan yg sedap2...yg ada hanya bacaan YASSIN...maafkan Ct mama, hanya itu yg mampu Ct hadiahkan buat mama kini.

Selamat Hari Lahir buat MAMA ku tercinta, semoga MAMA damai di sana dan ditempatkan dikalangan org2 yg SOLEH ammiin....

Thursday, February 7, 2013

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AL-INSYIRAH
Assalamualaikum

Dah lama aku nak share kat blog aku tentang kelebihan Surah Al-Insyirah ni...Kini aku memang mengamalkan sewaktu hendak tidur...aku akan baca surah ini sambil memegang dada kiri ku dengan telapak tangan kanan...Insya Allah tidur anda pasti akan lebih nyeyak dan segala rasa gusar akan hilang dengan sendirinya...YAKIN itu kunci utama dalam setiap amalan yg sedang kita lakukan.



Terjemahan:

SURAH AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Antara sumber2 & petikkan yg diambil...

Seperti yang kita ketahui, surah ini sering digunakan oleh kita untuk menerangkan dan 
menenangkan jiwa dan hati  kita yang berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram..tapi surah ini juga mempunyai fungsi untukmenghilangkan kemalasan dalam diri kita,,lagi2 untuk bangun subuh..dan malas melakukan kebaikan (menunaikan ibadah, sama ada solat, puasa, baca al-quran, dll).. dengan mengamalkan surah ini juga, dapat menaikkan seri pada wajah, dan menjadi hebat dan ungguldi pandangan orang..
agar diri kita hebat dan unggul zahir dan batin (dalaman dan luaran)..
Itu yang terbaik dan disuruh oleh syariat Islam..utk menjadi Orang muslim yang Mukmin dan bertaqwa..

Kelebihan2 dan cara2 nya :-

Caranya : Tarik nafas sambil Membaca al fatihah, kemudian tiup (hembus nafas secara perlahan2 hingga habis nafas) pada tapak tangan dan sapu pada bahagian anggota badan yang dinyatakan..

ayat pertama : kelebihannya dapat melapangkan dada (sapu pada dada)
ayat kedua : dapat meringankan beban yang kita pikul (hadapi) (sapu pada kedua-dua bahu)
ayat ketiga : dapat menghilangkan malas dalam diri.. (sapu pada kedua2 pinggang)
ayat keempat : dapat menyerikan wajah dan menjadi hebat/unggul di pandangan orang.. (sapu pada muka)

"Hanya sampai kepada ayat yang ke 4 sahaja, yang ustaz sampaikan,, 
ayat seterusnya tidak diceritakan kelebihannya..disebabkan oleh kekangan masa"
"Pasang niat dan betulkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan,,
semua yang dilakukan adalah kerana Allah semata2.."

Cara menarik nafas yang betul :-

Baca al-fatihah dan surah/ ayat yang hendak kita baca 
tarik nafas...............................tahan..
hembus perlahan2 sehingga nafas habis pada tapak tangan kita 
dan sapu pada mana2 anggota yang hendak disapu ...

kaedah tarik nafas ini juga boleh diaplikasikan jika kita mengantuk sangat2,,
atau berada dalam keadaan berdebar2 dan jiwa tak tenang..
dengan menarik nafas,, oksigen dapat dikumpulkan sebanyak mungkin..
dan dapat disalurkan ke urat saraf yang kekurangan oksigen dengan sempurna..
InsyaAllah ..

Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

wallahua'lam,,

p/s : ilmu dari Ustaz Nazeri bin Mustapa 

ayat2 ini juga boleh diamalkan oleh ibubapa (anak2 pun boleh amalkan) utk anak2 yg bakal menghadapi peperiksaan, insya`allah

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah (alam nasyrah)- 1x 
7. Selawat Atas Nabi - 10x 
8. Baca Surah Yassin - 1x 
9. Baca Surah Insyirah 100x. 
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. mak ayah di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. (rujukkan dari mereka yg telah mengamalkannya ternyata anak2nya berjaya)

Sumber dari salah satu laman blog di laman sesawang...alahai lupa pula nak amik addressnya...sori yer...tapi aku just nak share kat sini untuk amalan kita bersama...:)

Wassalam...selamat beramal ok :)

Wednesday, February 6, 2013

ERTI SEBUAH KESABARAN BUAT DIRI KU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku banyak belajar erti sebuah kesabaran. Namun di sebalik kesabaran terselit penderitaan...Ya Allah sungguh berat dugaan yang Engkau berikan pada ku tempoh hari, tp dalam masa yang sama Allah berikan aku KESABARAN, KETABAHAN dan juga KEKUATAN untuk terus menempuh sebuah kehidupan.

Kalau dulu aku sering di maki hamun dengan kata2 yg sangat memedihkan, tapi kini aku di puja, disanjung bagai biadadari....sungguh pelik hati manusia. Dalam sekelip mata dah boleh berubah arah. Kalau dulu aku sering dihina dicaci tak henti2, tapi kini aku la yg dipuji menggunung ke langit...Subhanallah...sampai begitu sekali nasib yg menimpa aku....Kalau dulu aku dihalau tak ubah seperti seekor anjing, tapi kini kepulangan ku sering dinanti...Allahuakbar...ini semua berkat KESABARAN yang selalu arwah mama pesan untuk ku.

Agak lama aku mengambil masa untuk melakarkan di sini, tp hari ni, saat ini, waktu ini, masanya telah tiba...Inilah yang dinamakan kitaran sebuah kehidupan seoarang insan yang bernama AKU.


Hidup aku dulu tak pernah kering dengan air mata duka. Segala tindak tanduk ku dipandang salah dan ada saja yang tak kena hinggakan aku lupa di mana kekuatan diri ku. Aku sering dibuli hinggakan aku tiada penderiaan untuk menentukan arah hidup ku. Aku sering menjadi seorang insan yg cepat mengalah kerana tiada kepercayaan diri. Itu la ruang lingkup kehidupan yang aku lalui dari kecik sampai la hari perkahwinan ku.

Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Agung...Allah sentiasa mendengar doa2 ku dan doa2 arwah mama ku. Segala permintaan ku Allah tunaikan walaupun ianya pahit walaupun ianya manis tetap ku telan...Air mata menjadi peneman setia ku. Cukup lah aku katakan orang lain naik pelamin dengan wajah yg tersenyum, tapi aku dengan tangisan yg penuh di mata. Subhanallah...sungguh hebat dugaan yg telah Engkau berikan pada ku waktu itu. Hingga ke satu tahap aku tak mampu berdiri teguh dan hampir2 menjadi tidak waras. Allahuakbar...

Aku ingat lagi bila suami ku membawa ku ke sebuah klinik sebab aku tak mampu berjalan dan STRESS yang teramat tinggi...hinggakan aku tak boleh makan minum yang aku tahu hanya menangis. Doktor di klinik tersebut memarahi suami ku walaupun suami ku lansung tak bersalah dalam hal ni, kerana aku mungkin boleh menjadi seorang yg tidak waras akibat tekanan perasaan yg melampau. Doktor telah memberi aku ubat penenang...Subahanallah sungguh hebat cabaran yg Engkau berikan pada kami...

Tapi kini semuanya dah pun berakhir...segala yg kusut kini terlerai...Kalau lah arwah mama ada waktu ini, tentu mama akan gembira. Berkat kesabaran yg selalu mama pesan pada ku kini aku dan suami mampu berdiri dengan sendiri. Ya Allah teruskan lah merahmati hidup kami berdua....

Aku tak berdendam walau sebesar zarah, tapi aku cuma berkecil hati, terlalu banyak tohmahan yg di lemparkan pada kami tampa usul periksa....aku ingat pesan mama "Chek jgn sedih, setiap titis air mata kita Allah kira penderitaan dan kesabaran kita..."So aku mohon dengan kerahmatan Allah agar masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi dalam famili ku, cukup lah aku saja yg mengalaminya...aku mohon biarlah aku yg pertama dan terakhir yg di beri cabaran ini...yang lain tu biar lah mereka BAHAGIA dan GEMBIRA...hingga ke akhirnya...

AKU PASRAH YA ALLAH!!!