Monday, June 27, 2011

BUKU A.K.A BOOKS

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum dan salam sayang dari aku untuk semua rakan2 blog sekalian :-)

Wah..satu mukadimah yg sangat2 friendly hehehehe...bukan apa hari ni (27 Jun 2011) aku tersangat la gumbira sebab aku CUTI horay!!!! Cuti apa??? bagus soalan korang tu...CUTI PERISTIWA sempena Hari Anugerah Kecermerlangan SK Bertam Indah. So kami yg berkerja dengan murid2 dapat la cuti hehehehe...

Kenapa yer tajuk aku hari ni BUKU a.k.a BOOKS??? Alahai buat2 tanya pula aku ni...Ini la hobi aku dari kecik lagi dan Alhamdulillah hobi ini masih berterusan sehingga la sekarang. Dulu aku ada banyak hobi antaranya ialah mengumpul setem, mengumpul teddy bear dan macam2 lagi la...(tak ingat la sebab dulu memang banyak betul hobi aku ni...)

Sejak aku kecil lagi arwah mama dah terapkan minat membaca pada aku. Mana2 aku pergi sure arwah akan bawa buku cerita pendek untuk aku baca. Arwah mama pun minat membaca. So mungkin sebab itu la aku pun dah ikut jejak langkah arwah.

Setiap kali sambutan hari lahir ku, aku mesti di beru hadiah berupa buku. Sehari sebelum tarikh hari lahir ku, pasti akan sampai pos laju ke rumah. Aku dah tahu dah itu la hadiah hari lahir ku. Macam2 jenis buku cerita yg arwah belikan. Aku pula memang cepat membaca. Sehari dah boleh habis 2 ke 3 buku. Buku pun tak der la tebal mana pun...tapi aku akan lupa makan, minum demi untuk habiskan satu buku.

Kalau kami keluar bershopping, arwah akan tinggalkan aku di kedai buku. So arwah pula pergi la shopping. Bila dah habis masa shopping mama akan datang jemput aku semula. Hujung minggu, arwah pasti bawa aku ke perpustakaan. Sanggup arwah naik bas turun bas demi untuk menerapkan minat membaca ke dalam diri ku. Ini satu penghargaan untuk ku.

Aku sanggup berhabis berpuluh2 ringgit demi sebuah buku. Aku sangat sukakan buku. Harap2 nya nanti anak2 aku juga suka membaca insya Allah...:-) bagi ku "Membaca Itu Jambatan Ilmu"

Thursday, June 23, 2011

KAWAN, TEMAN DAN SAHABAT

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni semangat nak meng update blog sudah kembali. Bukan apa kalau tidak penyakit MALAS tu dah mula menyerang sedikit demi sedikit. Walau pun hari ni kalau ikutkan aku rasa tersangat la penat. Tapi tu la, bila tengok blog ni rasa penat tu hilang dengan sendiri nya Alhamdulillah :-)

Tajuk aku hari ni KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Bagi definasi aku ketiga2 perkataan ini membawa maksud yg sama dan Alhamdulillah aku mempunyai ramai KAWAN, TEMAN dan SAHABAT. Setiap tahun aku mesti dapat kawan yg baru. Ini merupakan satu anugerah yg paling tinggi bagi aku. Aku dapat mengenal ramai manusia di muka bumi Allah ini.

Kalau dulu aku terkenal dengan sikap pendiam dan sangat2 pemalu, tapi kini aku la manusia yg paling banyak bercakap. Pemalu tu tetap ada tapi bertempat. Kalau dulu nak ke kedai pun aku malu, tapi sekarang kat kedai tu boleh dengar suara aku berceloteh hehehe....

Aku ingat lagi masa zaman belajar di UiTM. Aku memang berat mulut. Kalau senior tanya satu maka satu jer la jawapanya. Kalau aku naik bas dari KL pulang ke Penang, di sebelah ku ada penumpang lain, haram aku nak bertanya khabar. Aku akan diam sampai la tiba ke destinasi ku.

Tapi kini semunya dah berubah. Aku boleh berborak dengan sesiapa sahaja, tak mengira pangkat atau darjat. Tak mengira umur muda atau tua. Tak mengira jantina lelaki ker wanita. Tak mengira bangsa atau agama semua nya menjadi KAWAN, TEMAN dan SAHABAT untuk ku.

Sekarang aku dah bekerja di tempat baru. Maka aku dapat KAWAN-KAWAN baru. Aku juga dapat KAWAN baru di dalam bas yg aku naiki sehari2 sewaktu pulang dari tempat kerja. Alhamdulillah Allah telah membuka mata ku untuk mengenali insan lain tanpa rasa malu dan segan. Ini satu anugerah buat ku.

Mungkin mereka di luar sana anggap penceritaan aku ini biasa ajer, tapi bagi ku ianya satu yg luar biasa sebab hanya aku yg kenal diri ku dan Allah saja yg tahu siapa aku. Seorang insan yg penuh dengan EGO, SOMBONG kini menjadi manusia yg sangat merendah diri...Alhamdulillah...:-)

Terima kasih Allah kerana telah memberi peluang untuk aku menjadi "SESEORANG" yg pernah aku minta dulu...Alhamdulillah...:-)

Monday, June 20, 2011

PENGANGKUTAN AWAM

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak borak2 tentang kelemahan ku. Kelamahan yg aku rasa ada juga pada orang lain...tapi sekarang aku nampak aku jer la yg ada kelemahan ni :-)

Aku ni nama jer ada lesen kereta, tapi penakut giler nak drive. Nak kata aku tak pernah drive bohong la pula. Masa zaman sekolah dulu (masa tingkatan 6) boleh pula aku drive...tapi lepas masuk UiTM aku jd penakut la pula...pelik la...:-(

So sekarang ni kalau nak ke mana2 aku akan naik bas rapid. Kalau Mr.Hubby ada dia la yg akan bawa kan aku...kalau dia tak der jawapnya rapid jer la...

Tapi kan aku sebenarnya suka naik bas. Sebab aku dapat melihat telatah manusia. Ada yg membuatkan aku ketawa, ada juga yg membuatkan aku sedih. Kalau ada warga emas yg naik, aku memang akan rasa sangat2 kasihan...sebab mereka ni adalah golongan yg lemah. Ada juga antara kita yg tak berhati perut sanggup membiarkan orang tua berdiri.

Ada juga sikap kurang ajar dari pelajar2 sekolah yg naik bas...suka buat bising dalam bas. Tak ada adab sopan. Ini menggangu para penumpang yg lain.

Aku suka naik bas sebab aku dapat layan novel aku ni...bukan apa bila kat rumah banyak kerja nak kena buat... so masa untuk baca novel hanya lah ketika hendak tidur. So bila aku naik bas, secara tak lansung aku dapat menggalakkan budaya membaca di kalangan warga negara Malaysia, hebat kan :-)

Dulu masa aku duduk kat KL, aku selalu naik LRT, so dalam LRT pun aku tetap membaca, masa duduk kat Shah Alam pula aku naik komuter...kat situ pun aku teruskan hobi ku membaca. Begitu la juga bila aku ulang alik dari KL ke Penang dengan bas ekspress pun tetap aku teruskan hobi ku dengan membaca.

So, pada sesiapa yg penakut macam aku, jgn la kita rasa rendah diri atau malu. Nak buat macam mana dah itu kelemahan kita. Apa pun kita gunakan kelemahan kita ni ke arah kebaikkan...:-)

Akhir kata...salam sayang dari ku CT di CYBER DIARIES :-)

Thursday, June 16, 2011

BERAKHIR SUDAH CERITERANYA

banner rasmi nora elena
Assalamualaikum,

Akhirnya demam Nora Elena telah pun berakhir pada jam 7 malam tadi. Alhamdulillah segala persoalan yg selama ini bermain di minda ku telah pun terjawap kini hehehe...walaupun hakikatnya aku dah baca novel tapi nak juga aku tonton di TV. Bukan apa dah nama pun adaptasi longgar dari novel "Kasih Yang Suci" sure ada sedikit sebanyak perubahan...dan di beritahu juga hanya 70% dari novel. Pasti ada perubahan mengikut selera penonton di TV kan...:-)

Sejak sebulan yg lepas drama ini di tayang kan di slot Akasia di TV3, aku memang tak berkesempatan lansung nak tengok kat TV. Maklum la masa tayangan tu kurang sesuai dengan masa aku. Mujur la ada http://www.tonton.com dapat la aku melayan dari episod 1 sampai la 7 pada mulanya. Itu pun selepas tengok rakan2 di FB yg asyik dok borak tentang citer ni. Aku nak mencelah pun tak boleh maklum la tak pernah tengok. So untuk get into the group conversation, aku pun mula la layan di tonton.com...:-)

 Jalan citer nya yg mudah dan diserikan lagi dengan lakonan bersahaja dari watak utama nya iaitu Siti Saleha dan Aaron Aziz, aku jd jatuh cinta pula dengan citer ni. Hinggakan aku dilanda pula demam untuk mendapatkan novel nya iaitu "Kasih Yang Suci" hasil nukilan Meen Zulaikha. Setelah penat mencari aku dapat pula url online oleh rakan2 FB..so dapat la aku layan novel ni di online saja pada mulanya. Tapi semangat untuk mendapat kan senaskah novel "Kasih Yang Suci" tu aku teruskan nekad ku untuk menjelajah ke semua kedai buku dan alhamdulillah akhirnya dapat di MPH :-)

novel kasih yang suci oleh meen zulaikha
Kemudian timbul pula isu watak romantik Seth Tan lakonan Aaron Aziz. Katanya lelaki melayu tak der romantik macam Seth Tan tu. Itu semua khayalan saja. Aku kurang setuju, sebab romantik ni satu perkara yg subjektif. Aku pun dulu selalu suka membezakan suami ku dengan watak2 lelaki yg ku jumpa dalam novel. Kenapa la suami aku tak macam lelaki dalam citer ni, tak bagi bunga, tak bagi hadiah, tak belai aku, tak manjakan aku dan juga tak sanggup berkorban untuk aku???? persoalan demi persoalan bermain dalam pemikiran ku, sehinggakan timbul konflik dalam diri ku sendiri.

Tapi setelah aku buka mata hati ku, baru la aku nampak rupanya suami ku memang seorang yg sangat2 romantik, walaupun jarang beli bunga tapi selalu hantar sms setiap pagi walau pun hanya dengan 3 perkataan "I LOVE U", kalau dia out station pasti sms akan bertalu2 dihantar hanya untuk mengatakan yg dia rindukan aku. Walau pun suami ku jarang bagi hadiah, tapi dia selalu hadiahkan ciuman di pipi ku setiap kali nak ke tempat kerja dan akan peluk aku setiap kali bangun tidur. Walaupun suami aku jarang belai aku di depan org tapi dia selalu memuji kehebatan ku di hadapan kawan2 nya, dia bangga memiliki aku seadanya. Walaupun mata kasar nampak dia kurang memanjakan aku tapi hakikatnya aku belum pernah lagi bayar bil elektrik sendiri, bil air apa tah lagi, sayur ikan di pasar pun aku tak pernah pegang, semua dia yg pilihkan dan kadang2 dia yg masakkan. Dan kalau aku fikir suami ku tak sanggup berkorban untuk ku, aku silap...setiap pagi dia yg akan bangun awal untuk hantar dan jemput aku balik dari tempat kerja, sedangkan tempat kerja dia dekat jer dengan rumah kami. Kalau hari Sabtu dia cuti, tapi dia akan tetap bangun awal semata2 nak hantar aku ke kelas tusyen. Sedangkan aku boleh jer naik bas...:-)

Ini la romantik di mata ku...aku yakin korang juga ada situasi yg sama dengan aku. Malah mungkin lebih dari aku...So marilah kita hargai cinta yg ada di depan mata kita. Cinta yg disemai mesti la selalu di siram dan dibaja dengan kejujuran dan keikhlasan, Insya Allah pasti kebahagiaan milik kita jua...

Jadi jom kita semua sayang diri kita dan sayang org2 yg ada di samping kita, kerana dari kasih sayang akan hilang segala perbalahan :-)

Tuesday, June 14, 2011

DAH KERJA DAH


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia hehehe ... macam promo berita la pula :-)

Alhamdulillah aku dah bekerja semula, walaupun hanya kontrak 3 bulan but it's ok janji kerja...:-). Bukan apa kalau nak dikutkan memang aku selesa duduk kat rumah ni, tapi sesekali bila mood BOSAN tu datang alahai rasa macam nak histeria pun ada juga, mujur la aku ni ketegori kuat iman :-)....(iyer la tu hehehe...)

Kali ni aku bekerja dengan budak2 kecil...happening sangat...walau pun baru dua hari aku bekerja tapi kemeriahan nya amat dirasai ...rasa diri aku ni terhibur dan aku tak merasa kesunyian lagi dengan telatah mereka tu...:-)

Tapi kepenatan tu ada la juga, maklum la dah lama berehat. Kalau tak salah aku 1 thn 5 bulan aku berehat kat rumah. So sekarang lemak2 tepu aku tu dah mula cair hehehe...dah kena bangun pagi semula dan dah tak boleh beradu sampai jam 10 pagi hahahaha...padan muka aku :-).

Kadang2 tu kalau dah datang rasa penat , FB pun dah malas nak layan apatah lagi nak up date blog. Tapi hari ni aku gagahkan juga diri ku untuk meng update blog kun yg comel ni...:-). Fb pula aku tetap online...bukan apa rindu la kat kawan2 yg tak pernah jemu memberi semangat dan kata2 nasihat untuk aku teguh berdiri seperti sekarang ni ...(wah...ayat pancing tu :-)).

So, kalau la lepas ni aku agak lambat dan lembap untuk meng update blog aku ni harap2 korang faham la yer...maklum la org dah lama berehat tiba2 kerja semula...so kepenatan nya 5 kali ganda kut  hahahaha....Kadang2 tu otak tiba2 boleh jadi beku, idea yg selama ni melimpah ruah tiba2 jem hahahaha...so insya Allah kalau ada kelapangan pasti blog comel aku ni akan di up date jua...

Salam sayang untuk semua rakan2 blog ku .. Adios!!

Thursday, June 9, 2011

RAINBOW

gambar pelangi ini diambil oleh suami ku untuk menunjukkan kehadiran "pelangi petang"

Assalamualaikum,

Hari ni aku rasa ok sikit dari sakit gigi...Maklum la pagi tadi mengadap tuan doktor lagi, insya Allah minggu depan hari Isnin mengadap lagi...kira aku ni under treatment la huhuhu...so agenda percutian kami berdua terpaksa di tunda...:-(

So untuk menghilangkan rasa sedih ku, Mr.Hubby ajak aku lepak kat tempat biasa, mana lagi kalau bukan di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya. Tapi waktu on the way ke sana Mr.Hubby stop kejap nak isi minyak di Petronas near by Sunway Carnival Mall.

Aku setia menunggu suami yg sibuk mengisi minyak dalam kereta...tapi aku tak nampak la pula ada rainbow hehehe...So, setelah selesai mengisi minyak, Mr.Hubby bagi tahu aku dengan nada yg sangat romantik hehehe..."ayang, ada pelangi la...." aku tercengang2 alih ke kiri tak kena alih ke kanan pun tak kena hehehe...mana la pelangi tu???

Sekali lagi suami ku bersuara sambil memandu kereta ke arah yg bertentangan...kemudian sekali lagi dia berkata "tu pelangi..." aku tersenyum memandang pelangi tu...sambil bekata..."cantik kan sayang, Allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan kita pelangi"...Kemudian baru aku teringat aksi macam ni dalam Drama Nora Elena hehehe...so romantik kan...

Siapa kata watak Seth Tan tak wujud di kalangan lelaki melayu??? Syukur Alhamdulillah...aku di kurniakan seorang suami yg sangat mencintai aku dan sangat2 menyayangi aku...Terima kasih Tuhan...semoga kasih sayang kami ini kekal hingga ke hujung nyawa kami berdua amin...:-)

Monday, June 6, 2011

ALAMAK AKU SAKIT GIGI

gambar hanya hiasan
Assalamualaikum,

Adusss...aku mengalami sakit gigi la pula...:-(. Time suami aku outstation sure aku akan sakit itu la, ini la, hish...dugaan betul. Tapi nak buat macam mana sakit ni bukan kita tahu bila nak datang kan...Dah datang ni aku terima jer la. Mungkin Allah nak cuci dosa aku sikit hehehe...maklum la kita ni banyak buat dosa kan ...

Sebenarnya aku memang sangat2 takut kalau terkena sakit gigi ni. Bukan apa penyakit ni hanya boleh diatasi dengan mencabut gigi yg sakit tu. Bukan boleh makan ubat saja, kena ada tindakan. Tapi syukur la aku bukan ketegori takut nak jumpa doktor gigi...:-)

Aku pernah alami masalah yg sama masa aku baru2 kawin...kesian suami aku...siang malam aku dok menjerit sakit. Maklum la aku ni bukan jenis org yg tahan sakit hehehehe.... Sampaikan suami ku pergi amik getah pokok betik dan titikkan ke gigi aku yg berlubang tu...pahit bukan kepalang huhuhu...tapi itu la petua dari ibu mertua ku. Tak jadi juga, alih2 kena juga la jumpa Tuan Doktor...bayar RM hilang la sakit hehehehe....

Hari aku alami sekali lagi...mujur aku ada adik ipar yg perihatin, so dia la yg bawa aku gi klinik. Alhamdulillah dah kurang sikit sakitnya. Tapi esok aku nak kena settlle juga ni...Tapi doktor kata gigi ku masih boleh di selamatkan...minta2 la ianya benar. Bukan apa sayang juga nak buang gigi ni...

So, aku harap esok appoitment aku dengan Tuan Doktor akan berjalan dengan lancar...dan kesakitan aku akan berakhir esok hari amin....doa2 kan yer kawan :-) TQ...Jasa Mu Kenang ....

Thursday, June 2, 2011

PULUT MANGGA

pulut mangga dan kopi radix
Assalamualaikum,

Tadi tengah belek2 FB boleh pula ternampak gambar pulut mangga yg aku dan suami makan dua bulan lepas...tekak ku teringin la pula...Dah la Mr.Hubby outstation...huhuhu sedih nya...:-(

Aku ni tak pernah makan pulut mangga ni. entah kenapa dua bulan lepas masa shopping kat Tesco boleh pula rasa teringin nak mencuba. Bukan apa aku ni kurang sikit kalau bab makan pulut ni...tak berapa nak minat. Tapi berlainan dengan suami ku, dia kalau nampak pulut macam terjumpa emas. Memang favourite dia la tu...:-)

Kami order sepinggan jer. Aku ni nak rasa jer, tak nak la sampai sepinggan pula kalau nak merasa kan hehehe...itu bukan lagi nama merasa tapi melantak hehehe... Masa penjual tu tgh sediakan bahan, aku tengok santan nya punya la pekat...memang kaya dengan kolestrol ni. Tapi demi keinginan untuk merasa tu sangat tinggi, maka ku tolak ke tepi soal kolestrol, boleh pula macam tu hehehe....

Erm...rasa nya nanti kalau suami aku balik dari outstation, nak ajak gi makan la pulut mangga ni...teringin la pula hehehe..lebih pada orang pregnat la pula hahahaha....ada aku kisah :-)

So. jom korang jemput makan yer :-)