Sunday, December 30, 2012

GOOD BYE 2012, WELCOME 2013

selamat tinggal 2012

Assalamualaikum...

Ini adalah up date terakhir dari aku bagi tahun 2012, Insya Allah kalau Allah panjangkan umur boleh la aku berceloteh lagi kat blog aku yg tersayang ni.

Diam tak diam dah hampir 4 tahun aku bergelar BLOGGER...walau pun aku ni tak der la aktif mana pun, tapi boleh tahan la juga hehehehe...bermula dari tahun 2008 sampai la ke tahun ini 2012 ada saja yg aku nak celotehkan kat sini. Dah macam2 hal aku bebel kat dalam blog aku ni...ada suka, ada duka, ada yg berilmu dan ada juga yg omongan kosong hehehehe...

Tahun 2012 banyak tinggalkan memori pahit manis buat diri ku dan suami. Banyak orang2 yg aku kasihi pergi meninggalkan aku dan suami dan yg terbaru kami baru jer kehilangan ayah tersayang (ayah mertua ku)....

Ya Allah, memang perit untuk kami lalui semua ini, tapi apa kan daya ini sudah suratan takdir dari Yang Maha Kuasa. Kami redha dengan berlapang dada.

Yang paling aku terasa akan kehilangan bilamana Pak Uda Syafiq meninggalkan kami dan disusuli pula dengan kehilangan kakak arwah iaitu allahyarhammah Siti Khatijah dan anak2nya akibar nahas jalan raya...Ya Allah sungguh berat rasanya hati ini untuk menerima kehilangan yg mendadak macam ni..Subhanallah...kami belum lagi dapat menerima kehilangan Pak Uda, kini Kak Siti pula yg pergi...Memang perit Ya Allah...

Tapi di sebalik kesedihan itu ada juga yg manisnya, di mana kami dapat duduk di rumah sendiri, kalau dulu hidup menyewa jer, tapi kini Alhamdulillah Hubby aku dapat belikan rumah yg kami sewa ni untuk kami berdua menumpang teduh. Alhamdulillah syukur pada Mu Tuhan...

Mengenai azam aku pun Alhamdulillah boleh dikatakan 70% darinya dapat aku laksanakan, walaupun tak sesempurna mana, tapi Syukur Alhamdulillah dapat juga aku lakukannya...terutama tentang DIET aku. Alhamdulillah berat bada aku yg dulu hampir 70kg kini dah jadi 65kg. Alhamdulillah dapat laaku jalani hidup yg lebih sihat...

Walaupun thn ni aku diserang minor ASTMA tp Alhamdulillah dah kembali pulih...walaupun belum sepenuhnya. Pada bulan Jun yg lepas teruk juga aku kena serang dengan Astma, semput, batuk, demam, alahai tak tertanggung aku dibuatnya...mana idaknya tak boleh nak tidur malam dbuatnya....batuk tak henti2....:(

Tapi sekarang suami aku pula yg kena batuk2 tu. Kesian kat dia, aku mohon Allah cepat sembuhkan lah penyakit batuk suami aku ini....

Selain itu aku dapat berkhidmat di SKBI sampai hujung tahun...Alhamdulillah aku harap anak2 asuhan ku akan menjadi anak2 yg soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup...entah la tahun depan aku nak kerja apa la pula ???? :(

selamat datang tahun 2013

Tahun 2013 bakal menjelma...Aku harap ada sinar bahagia yg sedang menanti. Aku akan perbaharui azam yg sedia ada iaitu "Kurangkan Dosa, Lebihkan Pahala..." tapi kalau boleh aku tak nak buat dosa lansung...tp tu la kan kita ni manusia biasa tak dapat lari dari masalah dan kesalahan....mohon Allah terus membimbing hati dan iman ku ke arah yg lebih baik...Insya Allah...

Selain itu macam biasa la setiap tahun aku dan suami mesti mengimpikan anak. Aku harap tahun 2013 aku dan suami akan diberi rezeki zuriat dan dimurahkan rezeki dalam kerjaya dan kehidupan...Insya Allah...

Manalah tahu kan tahun 2013 aku jadi USAHAWAN pula hehehehe....itu semua kerja Allah...rezeki dari Alla amat kami berdua harapkan...

So, aku akhiri coretan aku kali ini dengan Wassalam....HAPPY NEW YEAR kawan2 :)

Wednesday, December 19, 2012

PERPISAHAN YANG ABADI

ibu dan arwah ayah mertua ku

Assalamualaikum....

Tanggal 16 Disember 2012 kami berdua kehilangan ayah tercinta iaitu ayah mertua ku. Allahuakbar...hati kami bagai direntap rasa pilu...namun apa kan daya itu sudah suratan takdir. Ayah pergi buat selamanya setelah 10 hari lebih dalam ICU dan CCU....

Saat yang paling pilu di mata ku bila mak mertua ku menggeletar menerima perkhabaran sedih...bibir mak tak lepas mengucapkan kata Allahuakbar...yer..mak sedang mencari kekuatan dalam dirinya.

Detik2 cemas dalam hidup kami dah berakhir...kini kami sedang belajar untuk menerima erti sebuah perpisahan yang abadi...

Aku cuba mengembalikan detik2 sedih dalam famili kami pada hari Sabtu yang lepas. Tengah hari doktor call suami aku dan kata nak bincang sesuatu...lepas tu adik ipar aku pula call kata nak bincang something juga.

Kami pun ke Hospital Kulim seperti biasa. Rupanya doktor nak kurangkan dos ubat ayah sebelum memberhentikan ubat tersebut. Bila stop je ubat maka jantung ayah pun akan stop berfungsi. Subhanallah seperti halilintar memecah bumi jatung aku menerima perkhabaran itu...Ya Allah..

So bermula la episod Sabtu hingga ke akhirnya...Hari Sabtu malam Ahad tu kami berkampung kat rumah mertua ku...hampir 7 thn kami berkahwin inilah kali pertama aku dan suami tidur kat rumah ayah dan mak...

Masa aku sampai kat rumah mak malam tu...mak merta ku sedang menggigil ... kesian mak...mak tak dapa menahan rasa sedihnya...Ya Allah aku mohon pada Tuhan agar mak terus di beri kekuatan...

Manakala keluarga abang ipar ku pula berkampung di hospital menemani adik ipar yg lain....Kami semua mendoakan yg terbaik buat ayah.

Esok pagi kami semua berkumpul sekali lagi di Hospital. Bacaan Yassin terus berkumandang dari kami adik beradik yg berkumpul. Jam 1.45 aku bawa mak mertua ku masuk melawat ayah dalam CCU. Aku baca surah Yassin manakala mak pula baca surah Al-Ikhlas...

Setelah itu kami berdua mengajar ayah mengucap..."LaIlahaillah...LaIllahailah....."itu la yg kami ulang banyak2...tiba2 mata ayah terbuka luas memandang aku....terus aku cakap kat mak mertua..."Mak, ayah buka mata tengok Ct la..." Mak tersenyum...

So jam 2 petang aku tolak mak keluar dari CCU...Jam 3.00 petang doktor call suami dan adik ipar ku. Kami yg kat luar ni berdebar2 hanya Allah yg tahu. Jam 3.30 petang ubat ayah diberhentikan. Jantung, nadi dan tekanan darah ayah semakin menurun.


Kami adik beradik bergilir2 masuk baca kan surah Yassin...Jam 4.00 petang aku keluar dari CCU dan aku bagi peluang pada anak2 ayah yg masuk...maklum lah aku ni menantu...biarlah anak2 yg ada dekat dengan ayah. Lagipun aku tengok2kan anak2 buah yg rami kat luar bilik ICU.

Tepat jam 5.03 petang ayah pergi buat selamanya...aku dan suami saling berpelukan...aku tahu perasaan suami ku ketika itu...kerana 2 thn lepas aku dah pun alaminya....

So doktor dan jururawat amik masa sejam untuk proses ayah yg telah pergi...Tepat jam 6.15 jenazah di bawa keluar. Kami berdua ikut jenazah unuk urusan bawa balik ke rumah. Tepat jam 7.30 petang jenazah selamat tiba dikampung suami ku.

So malam tu org majid dan surau mengadakan tahlil pertama buat ayah...malam tu kami berdua tak tidur, aku anak buah ku dan adik2 ipar bergilir2 membaca surah Yassin dan juga ayat2 suci buat ayah...

Esoknya 17 Disember tepat jam 11.30 pagi ayah selamat disemadikan....Damailah wahai ayah mertua ku...segala kasih sayang yg ayah curahkan takkkan Ct lupa sampai akhir hayat..insya Allah Ct dan Lah akan jaga mak dengan adik2 yg lain...Al-Fatihah...

Thursday, December 13, 2012

AYAH MERTUA KU DI ICU

cepat sembuh wahai ayah
Assalamualaikum....

Dah lama aku tak up date blog aku yg comel ni. Maklum lah kekangan masa dan juga faktor kesihatan membuatkan aktiviti aku terbatas.

Lagi pun 2 minggu sejak kebelakangan ini kami adik beradik (sebelah suami) berulang alik ke Hospital Kulim melawat ayah mertua ku yg kritikal di ICU. Memang ini dugaan yg amat berat buat kami semua terutama buat mak mertua ku...Kasihan mak...dengan mata yg tak nampak akibat dari kencing manis, membuatkan pergerakkan mak terbatas.

So menjadi tanggungjawab aku dan suami pergi jemput dan bawa pulang mak setiap hari untuk melawat ayah di Hospital Kulim. Kadang2 kalau emergency ada adik ipar aku yg sorang lagi akan bawa mak...itu pun kalau adik ipar aku tak kerja..

Aku paling sayu bila kami adik beradik tolak mak dengan wheel chair untuk melawat ayah yg sedang terlantar di katil ICU. Dah la mata mak tak nampak, nak sentuh ayah pun tak boleh, yer la kan dalam ICU ada syarat2nya untuk para pelawat...para pelawat tidak dibenarkan menyentuh pesakit dan berdiri tidak melebihi line merah di sekeliling katil.

Dua hari lepas, jantung ayah mertua ku tiba2 terhenti...Subhanallah....panik juga kami seketika. Masa tu dalam pukul 11.30 malam, kebetulan suami aku memang tak berapa sihat, dia terjaga dari tidur sebab batuk yg melampau...aku pula terbangun, lepas tu aku pun ke dapur amik air suam untuk suami aku minum.

Tiba2 bunyi talifon suami, adik ipar aku call bagi tahu doktor panggil semua adik beradik berkumpul. Dalam keheningan malam, kami berdua pun bertolak ke Hospital Kulim. Masa sampai kat sana mak mertua aku dah ada kat dalam bilik ICU...badan mak mertua aku menggeletar dengan kesejukkan dan ketakutan...

Ya Allah sayu sungguh aku melihatnya...bibir mak tak lekang dari membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas....Ayah pula terbaring kaku...tp wajah ayah tenang sangat....aku dan suami membaca surah Yassin bergilir2...lepas tu aku dan suami keluar adik beradik suami yg lain pula masuk...

Dalam jam 3.00 pagi sekali lagi aku masuk dengan adik ipar aku yg bongsu...kami baca Yassin sekali lagi...sambil tu aku amik jari jemari mak letak di tangan ayah...

Tiba2 jururawat kat situ panggil aku dia kata..."Puan ni siapa?" aku pun jawap la "menantu"...jururawat itu pun kata..."keadaan pak cik dah kembali stabil, jantung dan tekanan darah juga normal, so Puan boleh bawa ibu mertua keluar dan kalau apa2 terjadi, kami akan panggil...tapi pastikan puan adik beradik tunggu di luar..."

Alhamdulillah lega hati kami adik beradik....wajah mak mertua aku pun dan kembali cerah....kalau tidak memang nampak sugul...kesian mak...

Itu merupakan saat2 geting buat kami adik beradik...memang sangat2 cemas...Sekarang ni pun kami dalam keadaan berjaga2...bila2 masa kami akan dapat call dari pihak ICU...tp mujur adik ipar aku Nina tak balik...dari ayah masuk wad sampai ke ICU dia masih menungguh ayah di hospital...Moga Allah merahmati adik ipar ku....ammiin...

Namun hati kami semua sangat2 mengharapkan agar ayah kembali sembuh...walaupun tak sepenuhnya cukup memadai ayah masih di depan mata kami...

Wahai Tuhan...bantulah kami untuk terus berjuang memberi semangat kepada ayah agar ayah kembali sembuh...Wahai Tuhan...permudahkan lah segala urusan kami dan ayah...ringankanlah bebanan yg kami tanggung dan ringankan juga kesakitan yg ayah deritai....Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah dan juga Rasul Mu ...ammiin....

Tuesday, December 4, 2012

MENCARI SEMANGAT YANG HILANG

semangat ku semakin hilang

Assalamualaikum...

Today is the new day and the new life is begin...Namun hati ku masih berkecamuk memikirkan tentang kesedihan yang melanda. Betul kata sahabat ku Salmah aku mesti bawa lari diri ku keluar dari di belenggu perasaan sedih. Mereka yg "pergi" akan tetap pergi meninggalkan kita, kini kita yg masih hidup mesti meneruskan kehidupan yg ada hingga ke akhirnya.

Selagi hidup kita belum berakhir maka selagi itulah amanah yg kita pikul masih dibawa. Walau sesukar mana pun atau seluka mana pun hati kita tp itu lah hakikat yg kena kita hadapi. Setiap takdir yang Allah SWT berikan buat kita ada hikmah yg tersembunyi. Betul kata Abang Faizal suami arwah kak Siti Khatijah sewaktu memujuk Tok Nah, "Mama, kenapa Allah pilih kita hadapi semua dugaan ini??? kerana Allah tahu mama seorang wanita yang baik dan mampu menerima semua dugaan ini..." Hati aku hiba tatkala lafaz kata itu di ucapkan. Ya Allah begitu tenang hati seorang suami tatkala isteri dan anak2 nya pergi meninggalkan dia.

Siapa tak sedih bila orang yg kita kasih "pergi" meninggalkan kita...semua pasti akan hadapi saat yg sukar ini. Namun sebagai umat Muhammad kita wajib menerima qada dan qadar dari Allah agar segala yg membelengu diri kita akan dapat kita terima dengan berlapang dada.

mencari semangat yang hilang

Kini aku mulai sedar, semangat yg aku miliki semakin pudar dan aku mesti mencari semangat itu semula untuk meneruskan kehidupan yg masih bersisa ini. Aku tahu aku pun akan "pulang" ke sana satu hari nanti, cuma aku tak tahu masa dan waktunya bila...

Semangat juang ini akan aku teruskan demi berbakti kepada mereka yg masih memerlukan bakti dan khidmat ku sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Setiap orang Allah berikan ujian yg berbeza mengikut kemampuan umatnya. Allah tak kan sesekali menduga umatnya dengan ujian yg tak mampu umatnya pikul. Begitulah yg terjadi pada diri ku, saat yg paling sukar aku telah lalui dengan tenang, walau dalam hati ini terpalit rasa luka yg amat dalam. Bila mama "pergi" meninggalkan aku, hidup ini rasa sangat kosong. Sekarang kak Siti Khatijah pula "pergi" Ya Allah begitu berat ujian ini Ya Allah...

Tapi Allah tahu aku mampu dan kami semua mampu hadapinya maka tetap di beri jua akan ujian ini. Ujian dari Allah adalah ujian yg menguji tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah...


perjuagan hidup harus di teruskan

Maka hidup yg ada kini hendaklah kita ikhlas memperjuangkan kerana masih ada yg belum selesai amanahnya. Jangan la kita terlalu meminta akan mati kerana mati itu akan datang jika sampai waktunya...


Hadis Sahih Bukhari   
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi saw. berkata: "Janganlah sekali-kali salah seorang kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Kalau ia tidak dapat berbuat lain, maka hendaklah ia berdoa: "Hai Tuhan ku, hidupkanlah aku kalau seandainya kehidupan itu lebih baik bagi ku, tetapi wafatkanlah aku, seandainya kematian itu lebih baik bagiku."
Al-Fatihah....

Monday, December 3, 2012

MASUK SURATKHABAR SINAR

kisah arwah kakak sepupu ada dalam suratkhabar sinar bercetak dan juga online

Assalamualaikum...

Hari ni aku masih dalam keadaan sugul tak bermaya. Buat kerja apa pun rasa macam tak menjadi. Perasaan sedih dan rindu terus menyelubungi hidup ku. Ya Allah perit sungguh ujian Mu kali ini. Bukan lah kerana aku menolak takdir tapi ia terlalu cepat buat ku dan ahli keluarga yang lain, hinggakan kami tak sempat nak bernafas rasanya...

Kisah arwah masuk dalam suratkhabar Sinar Harian edisi Utara. Terima kasih kepada wartawan Siti Nadiah kerana sudi menunggu jenazah yang sampai lewat petang. Dari jam 12.30 tengah hari Nadiah tunggu sampai la jam 6.00 petang, segala kekurangan dan layanan yang kurang baik itu saya mohon ampun dan maaf.

Kisah arwah terpampang di satu muka surat penuh. Ya Allah tak gamak pada mulanya aku nak baca, tapi aku tetap gagahkan diri untuk membaca kerana setiap patah perkataan membuatkan air mata ku tertumpah laju...Ya Allah perit sungguh ujian ini Ya Allah...

Arwah pergi meninggalkan kami semua pada tanggal 17 Muhamrram iaitu sehari sebelum tarikh arwah mama ku di jemput "pulang". Arwah mama ku kembali ke rahmatullah pada tanggal 18 Muharram 1432H.

Tiba2 aku terimbau kenangan sewaktu bersama arwah di UiTM Shah Alam....aku digelar "ct kecik" manakala arwah pula "ct besar" tp kini "ct besar" dah pergi tinggalkan "ct kecik",namun dlm hati "ct kecik" wajah,suara,kebaikan,pengorbanan dan kasih syg "ct besar" tetap terpahat di hati hingga ke hujung nyawa,Allahuakbar...

Kalau aku tak sihat "ct besar" la yang akan bawa aku ke klinik...arwah menjaga aku seperti adiknya sendiri...tapi bila masing2 dah berumahtangga hubungan kami makin jauh. Sewaktu arwah berkahwin aku pula sambung belajar di UiTM Shah Alam, lepas tu bila aku pula dah berkahwin, aku pindah duduk KL...so jarak hubungan kami makin jauh...

Mujur ada FB, kami banyak berhubung melalui FB. Banyak cerita yg kami kongsi bersama. Namun selepas arwah Pak Uda meninggal arwah dah jarang online kat FB. So sekali lagi kami terputus hubungan sehinggalah arwah ditimpa malapetaka...

Wahai Tuhan ku yang Esa...cucurilah rahmat ke atas roh kakak ku Allahyarhamma Siti Khatijah binti Omar dan anak2, sesungguhnya kasih sayang yg dicurahkan olehnya pada ku tidak sesekali aku lupa...Al-Fatihah...

Sunday, December 2, 2012

SELAMAT JALAN KAKAK KU

aku bersama arwah zaman di uitm shah alam
 Assalamualaikum....

Pilu sungguh hati ku hari ini, 1 December kami semua sambut dengan linangan air mata. Sepupu arwah mama ku telah kembali ke Rahmatullah bersama anak dalam kandungan yg berusia 7 bulan serta anak kecil yg baru berumur 1 thn 5 bln...Ya Allah sungguh berat ujian yg Engkau berikan pada kami sanak saudara arwah...Subhanallah...

Dari sumber yg aku dengar, arwah dan suami serta anak kecilnya dalam perjalanan ke Bangi iaitu ke rumah mertua arwah untuk menjemput dua orang lagi anak mereka. Kebetulan anak lelaki mereka baru lepas berkhatan.

Dalam perjalanan mereka mengalami kecelakaan di mana kereta mereka di libas dengan lori...dan anak kecil arwah meninggal di tempat kejadian, manakala arwah di bawa ke Hospital Ipoh. Namun arwah berada dalam keadaan kritikal. Arwah dimasukkan ke ICU, dam sejam lepas tu arwah telah menghembuskan nafas yg terakhir...Subahanallah...sukar sungguh aku untuk mempercayainya...namun itu lah hakikatnya yg kena kami tempuhi juga.

allahyarham siti zulaikha
 Ini lah wajah anak ketiga arwah yg pergi bersama arwah, Siti Nur Aini Zulaikha di beri nama. Baru berusia 1 thn 5 bulan. Siti Zulaikha ditempatkan di dalam satu liang dengan arwah ibu serta adik yg ada di dalam kandungan ibunya...Ya Allah...sayu, pilu, sebak tak terkata...tatkala menatap wajah mulus anak kecil ini setelah dikafankan...Ya Allah...tak sanggup aku nak ucapkan dengan kata2...tiada kat yg mampu aku berikan...melainkan titisan air mata...Allahuakbar....

Saat yg paling aku sebak bila ayahnya mendukung arwah Siti Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan tangisan...Ya Allah pilu tak terkata...hancur luluh hati seorang ayah hanya Tuhan saja yang tahu...Namun aku percaya di sebalik kejadiaan yg menimpa tentu ada hikmah di sebaliknya...Rahsia Allah tak siapa yg tahu...


adik arwah yg meninggal 5 bulan lepas
Belum sempat kami semua hilang sedih dengan kepergian Pak Uda...kini kakaknya pula yg menyusul sambil di temani anak2 sudaranya...Sungguh tak dapat aku gambarkan hati dan perasaan Tok Nah iaitu ibu bagi keduanya...Tok Nah tak habis2 menyebut "anak mama, anak mama, anak mama..." Ya Allah...sedih sungguh hati ku Ya Allah...Subhanallah...ampunilah mereka semua Ya Allah..tempatkan lah mereka di Syurga Mu...

gambar arwah sekeluarga
Kini tinggalah dua orang permata hati arwah dan suami...iaitu Ain dan Atif...semoga anak2 ini kuat dan tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa ibu di sisi...Begitu juga dengan suami arwah...aku nampak Abang Faizal tenang sangat...namun aku tahu di lubuk hatinya yg paling dalam tercalar dengan luka yg amat parah...

Wahai Tuhan ku...tempatkan lah kakak ku dan anak2 comelnya di Syurga Mu...tiada lain yg mampu ku hadiahkan melainkan doa...

Oh Tuhan...ini satu ikhtibar buat ku untuk terus bermuhasabah diri...sesungguhnya Mati itu Pasti...Tiada siapa yg dapat lari dari Mati...perisiapkan lah diri kita untuk menghadapinya...

Al-Fatihah......