Wednesday, December 19, 2012

PERPISAHAN YANG ABADI

ibu dan arwah ayah mertua ku

Assalamualaikum....

Tanggal 16 Disember 2012 kami berdua kehilangan ayah tercinta iaitu ayah mertua ku. Allahuakbar...hati kami bagai direntap rasa pilu...namun apa kan daya itu sudah suratan takdir. Ayah pergi buat selamanya setelah 10 hari lebih dalam ICU dan CCU....

Saat yang paling pilu di mata ku bila mak mertua ku menggeletar menerima perkhabaran sedih...bibir mak tak lepas mengucapkan kata Allahuakbar...yer..mak sedang mencari kekuatan dalam dirinya.

Detik2 cemas dalam hidup kami dah berakhir...kini kami sedang belajar untuk menerima erti sebuah perpisahan yang abadi...

Aku cuba mengembalikan detik2 sedih dalam famili kami pada hari Sabtu yang lepas. Tengah hari doktor call suami aku dan kata nak bincang sesuatu...lepas tu adik ipar aku pula call kata nak bincang something juga.

Kami pun ke Hospital Kulim seperti biasa. Rupanya doktor nak kurangkan dos ubat ayah sebelum memberhentikan ubat tersebut. Bila stop je ubat maka jantung ayah pun akan stop berfungsi. Subhanallah seperti halilintar memecah bumi jatung aku menerima perkhabaran itu...Ya Allah..

So bermula la episod Sabtu hingga ke akhirnya...Hari Sabtu malam Ahad tu kami berkampung kat rumah mertua ku...hampir 7 thn kami berkahwin inilah kali pertama aku dan suami tidur kat rumah ayah dan mak...

Masa aku sampai kat rumah mak malam tu...mak merta ku sedang menggigil ... kesian mak...mak tak dapa menahan rasa sedihnya...Ya Allah aku mohon pada Tuhan agar mak terus di beri kekuatan...

Manakala keluarga abang ipar ku pula berkampung di hospital menemani adik ipar yg lain....Kami semua mendoakan yg terbaik buat ayah.

Esok pagi kami semua berkumpul sekali lagi di Hospital. Bacaan Yassin terus berkumandang dari kami adik beradik yg berkumpul. Jam 1.45 aku bawa mak mertua ku masuk melawat ayah dalam CCU. Aku baca surah Yassin manakala mak pula baca surah Al-Ikhlas...

Setelah itu kami berdua mengajar ayah mengucap..."LaIlahaillah...LaIllahailah....."itu la yg kami ulang banyak2...tiba2 mata ayah terbuka luas memandang aku....terus aku cakap kat mak mertua..."Mak, ayah buka mata tengok Ct la..." Mak tersenyum...

So jam 2 petang aku tolak mak keluar dari CCU...Jam 3.00 petang doktor call suami dan adik ipar ku. Kami yg kat luar ni berdebar2 hanya Allah yg tahu. Jam 3.30 petang ubat ayah diberhentikan. Jantung, nadi dan tekanan darah ayah semakin menurun.


Kami adik beradik bergilir2 masuk baca kan surah Yassin...Jam 4.00 petang aku keluar dari CCU dan aku bagi peluang pada anak2 ayah yg masuk...maklum lah aku ni menantu...biarlah anak2 yg ada dekat dengan ayah. Lagipun aku tengok2kan anak2 buah yg rami kat luar bilik ICU.

Tepat jam 5.03 petang ayah pergi buat selamanya...aku dan suami saling berpelukan...aku tahu perasaan suami ku ketika itu...kerana 2 thn lepas aku dah pun alaminya....

So doktor dan jururawat amik masa sejam untuk proses ayah yg telah pergi...Tepat jam 6.15 jenazah di bawa keluar. Kami berdua ikut jenazah unuk urusan bawa balik ke rumah. Tepat jam 7.30 petang jenazah selamat tiba dikampung suami ku.

So malam tu org majid dan surau mengadakan tahlil pertama buat ayah...malam tu kami berdua tak tidur, aku anak buah ku dan adik2 ipar bergilir2 membaca surah Yassin dan juga ayat2 suci buat ayah...

Esoknya 17 Disember tepat jam 11.30 pagi ayah selamat disemadikan....Damailah wahai ayah mertua ku...segala kasih sayang yg ayah curahkan takkkan Ct lupa sampai akhir hayat..insya Allah Ct dan Lah akan jaga mak dengan adik2 yg lain...Al-Fatihah...

1 comment:

Queen Latifah said...

Salam takziah. Semoga anda semua tenang.