Thursday, October 24, 2013

KISAH DUIT SYILING

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Tadi aku terpandang sebuag kisah tentang duit syiling dari FB Heliza Helmi. Memang sangat menarik kisah nya...jom kita kongsi bersama...mudah2an menjadi pedoman buat kita... In Shaa Allah...

KISAH WANG SYILING
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita bersama)
 Wassalam...

Thursday, October 17, 2013

KISAH HATI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Hati wanita sangat lembut. Itu yg boleh aku katakan, tapi ada masa dan ketika hati wanita boleh menjadi keras sekeras batu...tak susah pun kalau nak jaga hati seorang wanita, yang penting jangan berkasar dan sentiasa membelai nya dengan kasih sayang. In Shaa Allah pasti yg keras akan lembut kembali.

Begitu la juga dengan hati ku, aku juga seorang wanita yg sangat lebut hatinya, tapi ada masa dan ketika hati ku mampu menjadi keras dan sukar di pujuk. Ada satu ketika sampaikan suami ku menegur kata yang aku semakin degil dan keras hati.

Bukan apa ada masa bila hati kita sering di sakiti ia sedikit sebanyak membuatkan wanita menjadi semakin kuat dan tabah. So jangan pertikaikan jika ada masa dan ketika hati tiba2 menjadi keras seperti batu.

Wanita kaya dengan kasih sayang, begitu juga dengan aku. Kasih sayang ku tak bertepi dan tak berpenghujung. Kasih sayang ku tak mengira siapa termasuk haiwan dan alam sekeliling ku. Dari hari ke hari aku mula sedar yg kasih sayang ku semakin melimpah ruah hinggakan kadangkala org yg membenci aku pun aku balas dengan kasih sayang.

Tak perlulah nak membenci org, siapa lah kita yg nak membenci insan lain...sedangkan kita pun hanya di pinjamkan di muka bumi ini buat seketika. So selagi hayat di kandung badan buat lah sebanyak mana pun kebaikan dan kalau boleh jauhi segala kemungkaran.

Wahai Tuhan ku...sebatikanlah hati ku dengan kasih sayang yg melimpah ruah, tutupkan lah segala rasa kebencian ku pada orang...biarlah orang membenci ku tapi aku tetap mengasihi mereka...kerana aku adalah insan yg sementara di bumi Mu ini...Subhanallah....

Wassalam....

Sunday, October 13, 2013

LOVE

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi di blog kesayangan aku ni. Allah telah memanjang kan lagi umur ku untuk terus berbakti dan melihat keindahan alam semesta Syukran Ya Allah....

Tajuk aku hari ni agak klise, maklum la semenjak dua menjak ni hati aku dilimpahi rasa kasih pada mereka yang berada di sekeliling ku.

This week perasaan aku bercampur baur, adakala nya aku sedih adakala nya aku gembira. Ini semua terjadi bila adik angkat ku Allahyarhammah Safila Salleh telah pulang ke rahmatullah dengan yg tak di sangka dan cara pemergian nya juga sangat mudah. Arwah pergi dalam tidur...Subhanallah...

arwah safila dan suami pada hari raya aidil fitri tahun 2013
Arwah seorang yang sangat ceria, tingkah laku nya sentiasa mengusik hati ku. Arwah memang seorang yang sangat baik dan rajin membantu orang. Aku pernah bekerja sekali satu office dengan arwah. Masa tu kami masing2 anak dara lagi. Aku teringat ada satu hari tu, arwah hantar aku ke tiang bas naik motor. Tiba2 kami kena kejar dengan anjing, arwah menjerit minta aku angkat kaki tinggi2...Subhanallah...sedih pilunya hati aku bila kenangkan kenangan dengan arwah.

Hari Jumaat minggu sebelum arwah meninggal, arwah ada LIKE satu pic aku di FB. Aku ingat nak jer borak dengan PM dengan arwah, tapi entah kenapa lupa la pula. Hari Selasa berikutnya aku dapat tahu dari anak sedara pupu arwah yang arwah dah pun meninggal pada hari Isnin malam tepat jam 9. Subhanallah...luluh hati ku mendengarnya...Semoga arwah Fila di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..."Kak Ct rindu mu dik..." Al-Fatihah....

Berbalik pada kisah LOVE yang aku quotes kan...cinta tu satu anugerah yg terindah, tapi tak semua yg dapat mengahargainya. Ada juga tak mampu memilikinya walau pun ianya ada dalam hati sanubari maising2.

Cinta tak tertumpu pada manusia semata2, kita boleh berkongsi cinta dengan haiwan,tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam semesta. Aku kagum dengan mereka2 yg mencintai alam dan semesta. Aku juga ingin turut merasainya satu hari nanti In Shaa Allah.

Tapi jika kita dikhianati kerana cinta ianya memang parah dan terluka. Tapi apa kan daya kita tak mampu memaksa org lain terus menicintai kita jika kebencian sudah beraja di hatinya. Apa yg perlu kita lakukan hanyalah berdoa agar CINTA yg kita beri itu ikhlas dan tulus buatnya...bukan atas balasan semata-mata.

Apa pun marilah kita sama2 menghargai CINTA...kerana tanpa CINTA kita mungkin tiada di muka bumi Allah ini...CINTAI lah ALLAH kerana ianya sebuah CINTA yang AGUNG....

Wassalam.....

Saturday, October 5, 2013

BUBU OIII BUBU

bubu di sebalik frame gambar
Assalamualaikum...

Meowww!!! hehehehe hari ni kita citer pasai salah sekor dari anak2 bulusss aku di rumah ni. Cat yg dalam gambar ni BuBu namanya. Dia ni Masha Allah teramat la manja. Kalau kita duduk kat sofa dia pun datang la menengek. Hobinya suka tidur kat tepi tingkap. Dah banyak kali jatuh kebawah huhuhu...tidur sampai leka mana tak jatuh...aduhai....:(

Hari ni dia buat hal lagi....sesedap hati jer tidur kat frame2 gambar tu semua...konon2 macam aku ni tak nampak la kalau cari dia hehehehe...cer tengok buntut tu nampak hahahahaha.....konon2 sembunyi la tu hahahaha....

BuBu ni memang istimewa sikit, dia ni suka makan, selagi nasik dalam pinggan tu tak habis selagi tu la dia akan ulang...bagus ni tak membazir...boleh buat menantu hehehehe...tp satu jer yg kesian kat dia...dia ni macam ketegori terbantut...walaupun umur dah lebih 2 thn tapi BuBu tak membesar dengan baik. Bulu2 dia pun bermasalah sebenarnya, dia allergic tak boleh makan benda2 yg boleh mengakibatkan gatal, habis bulu2 luruh sebab asyik dok garu...sian dia....

Bubu ni betina,tapi tu la macam aku cakap tadi dia ni tak berapa nak normal so dia tak pernah beranak, Sian Bubu sebenarnya...aku kalau nak marah memang tak boleh sebab dia terlalu istimewa untuk aku dan suami...

Apa pun inilah salah satu terapi untuk kami suami isteri,setelah penat bekerja bila kami berdua pandang wajah anak2 buluss kami ni hati kembali tenang. Terima kasih wahai Tuhan di atas perkongsian kasih yg teramat indah ini...

Wassallam....

Friday, October 4, 2013

RETRO

me and my love hubby
Assalamualaikum...

Cer korang tengok comeiii tak Mak Jemah dengan Pak Meon dalam gambar ni hahahahahaha....!!! Klasik kan, dah macam retro zaman 50 an lagi huhuhu...

Gambar ni kami amik masa raya Aildil Fitri ketiga baru2 ni ni di rumah Pak Teh ku at Parit Buntaq with love hehehehe...So masa nak balik tu Pak Teh aku offer la kat my hubby nak naik ker tak vespa yg baru dia baiki tu...Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang...Hubby aku ni memang giler bergambar pun...so apa lagi dia pun tolak la vespa tu ke tengah laman and snap the pictures..Wah!!! aku pun apa lagi tumpang sekaki la kan hahahahaha...nak buat macam mana laki bini giler kamera :P

Kebetulan pula dalam kereta memang ada songkok dah dia buat songkok herot Pak Meon pula hehehehe...sweet kan my hubby...:)Ada pula yg komen kata kenapa aku tak pakai kebaya aduhai....ini gambar2 suka2 jer...lain la kalau nak bergambar pre wedding kan mesti ada tema ahaksss!!! perasan nak ber pre wedding pulak dah :)

Apa pun aku mohon agar Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk suami ku. Bukan apa semalam dia demam selsema, kesian sangat tengok dia nak tidur pun tak selesa, yer la kan hidung tersumbat. Hari ni dia MC so boleh la dia berehat kat rumah.

So setakat ni saja lah coretan aku untuk kali ini. Nanti2 kalau aku rajin aku story lagi OK :)

Wassalam....

Thursday, October 3, 2013

MY ADAM NAUFAL

adam naufal
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita tentang salah seorang anak cilik ku yang semakin petah berbicara, ada saja idea darinya hehehehe...makin terserlah kepetahannya berbicara.

Aku kenal Adam dari tahun 2011, masa tu Adam baru berusia empat tahun. Adam ni anak cikgu, mak ayah dia bekerja sebagai guru. Ayahnya Penolong Kanan Koko kat sekolah yg aku pernah berkhidmat dulu,manakala ibunya pula juga seorang guru di sekolah menengah yg bersebelahan dengan sekolah rendah yg Adam belajar sekarang.

Aku ingat lagi dulu masa bulan puasa...Adam sanggup tak makan depan kawan2 sebab katanya nanti kawan2 teringin pula tengok dia makan. Sedangkan masa tu dia baru berusia 4 thn. So bila kawan2 dia dah balik, baru la dia akan pegang tangan aku dan ajak aku ke dapur sebab nak makan...sweet kan :)

So masa Adam berusia 5 thn aku sepenuh masa bersama Adam, maklum la masa aku dapat kontrak setahun berkhidmat di sekolah tersebut. So memang aku nampak peningkatan Adam dalam pelajaran. Dia dah pandai berkomunikasi dan yg paling best Adam dah pandai amik hati aku...hehehe ada2 saja dia nak puji. Nakal pun boleh tahan la hehehehe...tapi tak keterlaluan...Dia memang seoarang anak yg sangat bijak dan berdikari.

Tahun ni aku masih dapat bertemu dengan Adam. Kematangannya semakin menyerlah. Ada sekali tu Adam melaungkan azan...amboi syahdu terasa hati...katanya dia nak jadi Imam Muda satu hari nanti, semoga Allah permudahkan impian dan cita2 anak kecil yg bijak ini.

Jika aku di kurniakan anak satu hari nanti, akan ku didik anak ku menjadi yg terbaik...apa pun aku doakan Adam menjadi anak yg soleh dan berguna pada ibu dan ayah, bangsa, agama dan juga negara....Cikgu Ct sayang Adam :)

Tuesday, October 1, 2013

AKU BUKAN PENIPU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam sayang dari ku di pagi yang sungguh indah dan mendamaikan...kat luar masih hujan turun renyai2. Semalam pun sama juga, so minggu ni sejuk la org2 utara :)

So berbalik dengan tajuk yang nak dibincangkan ini, minggu lepas heboh dok kata aku ni dok menipu dalam FB. Sedangkan org yg cakap tu baru jer kenal aku tak sampai sebulan and org yg tolong sampaikan pula memang tak tahu menahu lansung pasal aplikasi FB ni. Kira si buta dengan si pekak la ni kesnya. Tapi yang tak sedapnya aku pula yang menjadi mangsanya...INI TAK ADIL :(

So aku pada mulanya tak amik pusing pun pasal hal remeh ni. Aku buat tak kisah jer, tapi lama kelamaan makin hebat di perkatakan. Isunya konon aku menipu mengaku yg aku ni CIKGU sedangkan aku ni PERMAISURI jer... hehehehe....kasi up my jawatan sikit hahahahaha....

Seingat aku la kan, semua rakan2 FB aku tahu yg aku ni memang bekas guru sandaran,cuma thn ni aku memang tak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi dalam masa yang sama aku mengajar kelas Tuisyen pada setiap hari Sabtu dan mengajar pelajar2 pra sekolah aktiviti seni di salah sebuah sekolah rendah di area Kepala Batas Pulau Pinang.

Aku tak pernah bohong pun, kalau ada aktiviti aku selalu up load gambar2 aku dengan anak2 cilik aku tu. So dari mana datangnya masalah tipu menipu ni??????

Yang sedih tu siap ada status kononnya bukan cikgu tapi dikatakan cikgu,tak mengajar tapi cakap mengajar....aduhai manusia...cukup2 la beriri hati tak der faedah pun yg korang dapat...DOSA lagi ada lah sebab korang menuduh dan memfitnah org lain tanpa tahu akan kebenaran dan kesahihannya...BERTAUBAT la yer....

Tapi tu la kan...yg buat aku semakin sedih bila yg dok kata tu adalah saudara mara terdekat. Nak buat macam mana "mulut tempayan boleh ditutup,ini pula mulut manusia.." aku redha jer la, janji Allah tahu yg aku tak pernah berbohong dalam FB. Apa yg aku ada itu la yg aku share. Aku bukan seperti aku yg dulu, malu tak bertempat. Kini aku tahu mana silap dan mana betulnya.

Semoga Allah terus menitipkan kesabaran dan ketabahan dalam diri ku bagi aku melangkah meneruskan hidup yang serba mencabar ini...In Shaa Allah...

Wassalam....