Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU MOVIE

ombak rindu
Assalamualaikum...

Hari ni seperti yg dijanjikan kami berdua keluar dating sama2. Memang niat nak menonton wayang citer Ombak Rindu. Memang ramai yg layan citer ni. Tempat duduk boleh dikatakan penuh la juga.

Masa mula citer ni start, aku tengok Hubby macam tak berapa nak minat. Tapi lama kelamaan Hubby semakin dekat dengan aku hinggakan tangan kami bersentuhan. Syukur Alhamdulillah Hubby aku dapat merasai kesan dari jalan citer ni. Itu belum Hubby baca novel Ombak Rindu kan hehehe...

Terus terang aku katakan beberapa kali air mata aku menitis. Memang sedih pada setiap babak. Lakonan Maya Karin memang menjadi, watak Izzah di bawa dengan penuh sopan dan santun. Begitu juga watak Haris yg dimainkan oleh Abang Aaron Aziz sangat2 terkesan di hati ku. Terutama bila air mata lelakinya menitis ia benar2 menyentuh hati kewanitaan ku.

Permandangan kampung dalam scene citer ni sangat2 menarik. Gambar atau view yg di shoot memang cantik dan mendamaikan. Aku rasa tenang bila menonoton citer ni.

Garapan cerita di satukan dan di pendekkan dari novel. Kalau ikutkan novel panjang lagi citernya. Tapi di susun menjadi padat dan penuh dramatik. Tahniah kepada Osman Ali yg berjaya menjadikan cerita ini sehebat novelnya.

Lepas keluar dari panggung, aku masih terbawa2 dengan watak sedih hehehe...tapi suami aku telah menceriakan aku dengan tiba2 membeli sesuatu untuk aku...so sweet...TQ so much Dear...one more handbag to go. TQ Allah kerana memberikan aku seorang suami yg mempunyai sikap romantisnya yg tersendiri...

So far malam ni aku enjoy dengan the movie and also the extra movie that we had together...TQ Allah...:-)

Tuesday, December 6, 2011

TIBA-TIBA AKU TERINGIN

winter sonata
Assalamualaikum...

Tiba2 hari ni aku teringin nak menonton citer ni kembali. Itu pun lepas dapat link dari kawan FB ku. Macam2 citer Korea ada kat dalam link ni...Best la pula.

Citer ni dulu aku bukan ikut sangat pun, maklum la masa tu zaman tengah belajar kat Universiti. Masa nak menonton TV tu agak terhad. Lagi pun seingat aku masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu aku memang jarang masuk berehat kat bilik TV. Kalau aku masuk bilik TV tu sebab aku nak hadiri meeting blok. Itu jer la. Memang aku ni suka bertapa dalam bilik hehehe...

Lagu tema citer ni memang best. Kebetulan pula penyanyi kita Hazami melayukan lagu Winter Sonata ke Sonata Musim Salju...memang best, layan tu :-)

So ini la link nya... http://www.maaduu.com kalau korang berminat jom la singgah yer...kita layan drama korea yg dulu dan terkini...:-)

Monday, December 5, 2011

KEPALA KU TING TONG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Aduhai hari ni migrain datang lagi. Bukan apa ni aku tak makan nasi hari ni dan juga aku makan lewat dari waktu yg selalunya. Ini la masalah utama aku. Nampak nya apa yg aku rancang sebelum ni kena aku laksanakan juga.

Aku kononnya merancang nak jogging setiap pagi di sekitar kawasan perumahan aku ni. Bukan apa aku rasa lately ni badan aku semakin lemah dan penyakit banyak pula datang bertandang. Tapi tu la, aku ni takut ngan anjing, sebab kawasan perumahan aku ni banyak pula haiwan comeiii tu hehehe...

So macam mana pun aku rasa aku kena juga mula jogging esok pagi. Sebab aku kena juga jaga kesihatan aku ni. Kalau tidak sebelum ni aku 'poco2' kat rumah jer. Tapi betul la juga tak kena matahari kan. So kena juga badan kita ni keluar peluh dengan cara menghirup udara luar.

Insya Allah aku harap sangat2 aku diberi keberanian untuk keluar jogging esok pagi. Aku nak sihat dan nak juga bakar lemak2 tepu kat dalam badan ni...Pesanan buat migrain ku..."lepas ni jgn datang ganggu dah tau...tak mau kawan ngan migrain dah yer..." :-)

Sunday, December 4, 2011

AIR TANGAN HUBBY KU

daging masak rendang bercili
terubuk masin dari serawak
Assalamualaikum...

Hari ni hari Ahad kan. So macam biasa la kalau tak bzz sure Mr.Hubby aku akan kuasai dapur. Memang hobi suami ku kalau bab masak memasak ni. Tapi kalau kerja rumah lain tak la pula serajin macam ni hehehe...ikut mood juga la terutama kalau nak mengemas rumah hehehe...

Hari ni menu Hubby simple tapi menyelerakan. Daging masak apa pun aku tak tahu nak letak nama sebenarnya, rasa macam rendang pun iyer juga, macam masak hitam pun ada juga. Tapi memang sedap la. Cuma pedas sikit, maklum lah guna cili giling ... :-)

Menu kedua tu Hubby dapat dari kawannya yg datang dari Serawak. Memang sedap kalau digoreng garing macam tu. Letak bawang dan sedikit cili padi wah memang asyik layan dengan nasi panas2 fuhh...marvelous uolss :-)

Ok la...esok aku sambung citer lain pula ok...Adios!!

Saturday, December 3, 2011

RENJIS DIPILIS

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam hari Sabtu untuk semua kawan2 blogger. Hari ni aku nak story tentang kenduri kawin. Hari ni aku dan suami mengadakan Marathon tanpa larian tapi naik kereta ker 3 buah rumah sempena memenuhi undangan kenduri kawin ... Alahai penat sungguh beb...bukan penat dengan perjalanan tu yer kawan2 tapi penang dengan makan hehehe...kekeyangan sungguh aku dan suami dibuatnya.

Rumah mula ok la kan, kami sampai awal...so boleh la layan nasi banyak2...lagi pun masakan memang sedap...terutama masakan dagingnya alahai memang marvelous betul la.

Masuk rumah kedua, nasi dah sejemput, lauk pauk yg banyak...itu pun tak habis...sebab kekeyangan masa makan kat rumah pertama tadi huhuhuhu....

Masuk rumah ketiga cari air jer la hehehe...tapi mujur la ada makanan sampingan so layan bubur kacang, suami aku pula layan laksa. Masa nak balik masing2 dah mula sangap. Mana idaknya perut dah keyang mata pun mula la layu. Mujur la kami sampai rumah dengan selamat. Bila dah sampai rumah apa lagi terbungkang la.

Bulan November dan bulan Disember memang gantung periuk la aku setiap hujung minggu. Tiap2 minggu ada jemputan kawin. Alahai penat makan sungguh...Hancus diet aku ... hehehe....macam la diet sangat :-)

So walau apa pun aku dan suami ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kesemua pasangan tadi, semoga kalian berbahagia sehingga ke hujung nyawa amin....:-)

Friday, December 2, 2011

DRAMA KOREA FEVER

cinderella's steps sister
princess hours
Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat. Sejak aku kembali menjadi PermaiSURI di RUMAH ni, aku kembali dengan hobi lama apa lagi kalau bukan layan drama korea. Tapi tak der la semua yg aku layan, memilih juga la hehehe...

Citer yg pertama aku layan adalah citer "Cinderella's Step Sister". Sedih juga citer ni. Sorang anak yg bertuah dan menjadi kesayangan ramai iaitu Goo Hyo Sun dan sorang lagi mempunyai masa silam yg hitam yang bernama Eun Jo . Mereka berdua mempunyai personaliti yg berbeza dan sering berebut lelaki yg sama. Namun walau pun begitu, Eun Jo yg mempunyai personaliti yg kasar sering menjadi pemerhatian setiap jejaka. Ini telah membuatkan rasa cemburi di hati Goo Hyo Sun.

Konflik ini bermula sejak ayah Goo Hyo Sun seorang yg kaya raya mempunyai sebuah kilang arak yg terbesar di Korea telah berkahwin ibu Eun Jo yang dahulunya merupakan orang gajian di rumah besar Goo Hyo Sun. Namun begitu ibu Eun Jo lebih menyayangi Goo Hyo Sun manakala Eun Jo pula sering tidak dipedulikan oleh ibunya sendiri.

Memang layan la citer ni...so aku akan terus menonton hingga ke akhirnya.

Citer kedua pula, aku baru jer layan. Hari ni baru masuk episod kedua. Citer di mana seorang gadis rakyat biasa akan berkahwin dengan seorang putera raja. Ini semua gara2 perjanjian antara datok masing2 semasa berkhidmat di pasukan tentera dahulu. So kena tengok lagi ni...tak dapat la aku nak huraikan kat sini. Sebab aku pun baru jer ikuti citer ni.

Kalau ikutkan citer ni memang dah lama, tapi maklum lah aku ni jarang tengoj TV sangat...lagi pun dalam tahun 2007 aku bzz dengan kerja. So sekarang dah jadi PermaiSURI boleh la layan TV bila2 masa yg aku suka...Enjoy giler tu :-)

Thursday, December 1, 2011

MAKAN LAGI

mee sanggul goreng udang
bihun goreng
maggie bandung
Assalamualaikum...

Jom citer bab makan lagi. Menu pertama aku tu mee sanggul goreng dengan udang. Menu ni kalau tak salah buat hari Sabtu lepas. Masa tu Hubby balik kampung, macam biasa la melawat ayah dan mak di kampung. Aku tak ikut sebab Hubby ada mesyuarat JKKKP lepas tu. So aku duduk kat rumah jer la. Bila Hubby balik terus dia kata "Sayang masak mee sanggul malam ni boleh?" Tak kan la aku nak kata tak boleh pula kan, so aku tersenyum terus ke dapur. So bila dah siap ini la hasilnya...jemput makan yer korang...sedap la mee ni, hasil buatan orang melayu kita, Insya Allah ditanggung halal.

Menu kedua pula buhum goreng. Ini menu hari Isnin lepas. Saja jer aku tak lalu nak makan nasi so aku pun goreng la bihun ni. Alhamdulillah kenyang sudah. Tapi betul la bila makan bihun kita boleh rasa sama jer kenyangnya dengan makan nasi. Sebab bihun pun dibuat dari beras juga kan. So syukur ini lah menu aku untuk hari Isnin...

So menu ketiga ialah menu aku untuk hari ni. Aku tak nak makan nasi lagi. So kebetulan semalam masa balik dari nonton wayang citer "Puss in Boots" kami singgah makan kat Panati Bersih, masa tu Hubby pesan maggie sup, aku pula yg teringin nak makan maggie hari ni. Maka jadilah Maggie Bandung ala CT hehehe...

So korang harapnya korang enjoy la dengan tatapan menu aku kali ni...:-)