Monday, November 5, 2012

ALL IN ONE ENTRIES


 SAMBUT BIRTHDAH ALYA BALQISH


birthday girl
alya dan aneesa
pak dengan alya aunty pula dengan aneesa

Assalamualaikum...

Hari ni kita mulakan citer dengan kisah Alya anak buah ku yang sangat bertuah. Hari Jumaat lepas birthday Alya yang ke 5 tahun. Kalau la aku ada anak sure anak sulung aku dah berumur sama macam Alya, tapi ap boleh buat belum rezeki kami berdua nak timang baby. Insya Allah mana lah tahu thn depan aku dan suami boleh jadi papa dan mama kan...doak2 yer kawan2...aku harap sangat2 ni :)

So malam hari Jumaat tu Alya call suami aku yg tengah berdinner dengan kawan2 sekolah nya...Alya kata "Pak Lah hari ni birthday Alya, Alya nak i-pad boleh" hehehe...sweet kan..alahai i-pad tu mahal la sayang oiii kalau murah sepuluh aunty boleh belikan tau hehehe...ini lah dinamakan anak2 zaman cyber.

So pada keesokkan harinya iaitu Sabtu, kami pun bawa la Alya, Anessa dan juga mama dia orang makan2 kat KFC, saja je nak bagi birthday girl ni hepi...So ini lah hasilnya...comel kan anak2 buah ku :)


TERAPI MINDA DI QUEENSBAY PENANG

donut

feveret cik abang ni

my feveret tiramisu

yummy !!

tag line yg menarik

Ini pula kisah pada hari Ahad yg lepas, semalam jer la hehehe 4 November. Kononya cik abang nak ajak aku ke Sungai Petani,tiba2 aku teringat yg mak cik aku minta aku pulang sekejap sebab ada benda yg nak aku tanda tangan. So kami pun amik keputusan balik Penang la kejap. So alang2 dah sampai Penang, kami pun terapi minda la hehehe...aku dah lama tak shopping (iyer la tu hehehe...) konon nya nak WINDOW SHOPPING alih2 dah jadi DOOR SHOPPING hehehe what to do hehehe...

So seba kami dah kenyang maklum la sarapan nasi ayam pagi tu, so aku layan minum jer la. Cik abang layan la juga donut hehehe...kemaruk betul bila tengok donut ni kan konon2 pencuci mulut la tu hehehe...

Tapi secara personally aku suka DONUT BIG APPLE lagi...lebih lembut moist and yummy terutamanya TIRAMISU...feveret tu :)

So hari Ahad adalah hari kami menternak lemak hehehe...Balik tu kami singgah Econsave beli barang dapur, lepas tu cik abang nampak ikan siakap, so balik rumah jadilah ikan siakap stim dengan limau...Alhamdulillah kenyang sudah kami hari Ahad lepas :)

ikan siakap stim dengan limau
nasi ayam hainan
NASI DAGING AIR ASAM

nasi daging

air asam
pencuci mulut
jemput makan
Hari ni aku puasa sunat Isnin, maklum la lama tak buat...dah macam budak nakal pun ada aku ni, masa kerja tak boleh nak puasa maklum la penat berlari dengan anak2 kecik tu semua hehehe...Bila dah duduk rumah semula ni boleh la berpuasa kan.

So, malam Isnin tu aku minta izin la kat Cik Abang kata nak berpuasa and dia izinkan, lepas tu katanya "esok abang masak nasi daging kat ayang ok!!" Berbunga riang hati aku ni tau wink..wink..wink..ada rama2 berterbangan dalam hati aku hehehe...

So hari ni aku macam biasa la siapkan semua kerja aku, and bila cik abang balik terus dia salin baju and masuk ke dapur masak untuk aku...Aromanya memikat hati ku...Adoii sabar jer la habis pahala puasa aku ni tau hehehe...

So apa pun nasi daging ni dah selamat landing ke dalam perut ku, buat suami tercinta aku nak ucapkan "I LOVE U SO MUCH...U ARE THE GREAT HUSBAND IM MY LIFE..." Alhamdulillah...TQ ALLAH :)

Thursday, November 1, 2012

BACK TO NORMAL

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ini 1 November maka dengan rasminya aku "Back To Normal" means that aku dah kembali menjadi PERMAISURI kat RUMAH..ala kira SURI RUMAH la senang citer hehehe...

Alhamdulillah tahun ni tahun kedua aku dipanggil berkhidmat di Sekolah Bertam Indah Kepala Batas. Tapi kali ni lama betul dari 12 Januari aku berkhidmat kat sana sampai la semalam 31 Oktober 2012. Apa pun aku bersyukur Allah sentiasa membuka peluang dan ruang untuk memberi khidmat ku kepada masyarakat...

Bila dah kembali jadi suri rumah semula ni macam biasa la rutin hidup aku pun totally berubah la. Tapi yg pasti kesibukkan tu akan berkurangan dan aku dapat buat kerja2 rumah dengan tenang...Tak perlu la nak kelam kabut sangat...Maklum la kejar masa...aku ni bukan apa time tidur tu penting bagi aku...aku mesti kena tidur 6 jam setiap malam...kalau tidak mula la kepala tu jadi GELONG :(

So hari pertama ni aku just buat kerja basic jer dulu kat rumah, ala baru nak warm up la katakan hehehe...so hari ni aku cuci toilet, lagipun hari ni aku ada tetamu, Bapak ngan Aunty datang hantar kek masa my Bro aku bertunang last week...

Aku masak Mee Rebus Tulang...Alhamdulillah sedap la pula hehehe....angkat bakul sendiri la pula Uols hehehe, jangan marah la yer...habis dah tak der siapa nak puji so aku puji sendiri jer la :D

mee rebus tulang
Alhamdulillah Bapak ngan Aunty makan banyak la juga...bukan la sedap sangat pun...tapi mungkin lapar la kan sebab aku ni masak punya la lembap jenuh Bapak ngan Aunty tunggu tau hehehe..SORI hehehe...Kalau arwah mama aku masak sure lagi sedap...Alahai syahdu pula tiba2.

Masa makan tadi aku jsut borak2 kosong, lepas habis makan Aunty tanya kat Bapak sedap tak aku masak...Bapak kata sedap...lepas tu Aunty tanya "sapa masak?" Bapak kata "Anak sulung la yg masak..."Aduhai touching sungguh hati aku, sayu pilu semua bersilih ganti...Syukur Ya Allah masih ada yg sayangkan aku...

Aku selalu rasa yg aku ni sebatang kara, yer la kan, mama ngan abah dah ada, famili sebelah abah pun tak berapa nak terima aku, yang aku ada kini suami tempat bermanja dan famili mertua untuk aku berteduh kasih...Harap2 kasih sayang yang Allah titipkan dalam mereka untuk aku akan terus kekal hingga selamanya Ammiin....

So aku harap semoga aktiviti harian aku lepas ni akan bertambah sukses...dan penyakit BOSAN aku tu tak der la menular dengan meluas hehehehe...ADIOS!!

Monday, October 29, 2012

HARI RAYA KORBAN 2012

lembu yang akan dikorbankan

sesi akad sedang dijalankan bagi mewakili seseorang

lembu telah ditumbangkan
 Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal raya korban kami berdua pula. Nak kata menarik sangat tu tidak lah, tapi macam biasa tahun ni kami masih beraya berdua juga. Belum ada rezeki kami nak beraya bertiga nampak nya...may be next time Insya Allah siapa tahu kan :)

Tahun ni, seperti tahun2 yg sebelumnya kami beraya di rumah keluarga suami ku macam biasa. Tiap2 tahun suami ku memang sibuk pada setiap kali raya korban sebab dia akan mewakili seorang hamba Allah untuk menjalankan ibadah korban bagi penduduk kampung. Kali ni kampung suami menjadi tempat penyembelihan.

pak lah dan alya balqis
aunty dan alya balqis
alya sedang menabur bunga di pusara bonda ku
alya dengan pak lah di pusara ayahanda ku
So lepas jer habis kerja2 penyembelihan kami pun nak balik la ke kampung halaman ku pula. Kalau ikutkan kami nak balik semalam (Khamis 25.10.2012), tapi ada sesuatu telah terjadi pada kami berdua dan Alhamdulillah kami selamat.

Kami kemalangan pada hari Khamis tersebut. Kejadian terjadi tepat jam 3.00 petang di kawasan kampung ku, masa tu hujan sangat2 lebat. Salah kami juga keluar tak tengok kiri kana, tiba2 kami terlanggar sorang budak lelaki yg menaiki motor. Aku memang terkedu tak dapat nak kata apa. Suami ku keluar dalam hujan lebat tu, dia dah basah lencun dah ni...aku tak sampai hati tengok suami aku sorang2 settle dengan budak lelaki tu...aku pun turut sama keluar dengan payung sambilo mengutip helmet budak tu, tapi Alhamdulillah budak tu tak der apa2 kecederaan teruk cuma luka2 sikit di lengan. Suami ku hulur sedikit wangt untuk ubat-ubatan, kami nak bawa dia ke klinik, tapi dia menolok katanya dia OK...terus dia ucap terima kasih dan berlalu pergi...

Kami berdua kembali ke dalam kereta dengan suasana yg diam tak mampu nak berkata. Tiba2 suami ku kata "Fisrt time abang langgar orang Sayang..."

Aku pula tak mampu nak bersuara just hold his hand and said..."Sabar yer Sayang...everthing is fine..." Apa pun kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa yg yerjadi...Subhanallah.

Berbalik kepada citer raya kami, So pada sebelah petang nya kami balik ke my hometown dengan membawa bersama anak sedara ku Alya Balqis. Dia nak ikut kami katanya nak naik feri hehehe...

So aku pun bawa la dia ke pusara mama dan abah ku. Tiba2 dia kata "Kesian kat Aunty kan, Tok Mama dengan Tok Babah tinggal Aunty sorang2..." dengan wajah yg sangat sedih sambil menabur bunga kat pusara mama.

Aduhai anak sekecil itu tahu akan maksud perpisahan yg abadi. Aku tanya "Alya tak takut ker mai kubur ni?" dia jawap, "Tak lah..." sambil tersenyum..Alhamdulillah...

Sejak akhir2 ini, Alya rajin ikut kami berdua kemana2...aku rasa hepi dan hidup rasa terisi sangat dengan kehadirannya...TQ pada adik ipar ku Mastura Nordin dan suami nya Aniq sebab sudi bagi kepercayaan kepada kami berdua untuk bawa Alya jalan2...Syukur Ya Allah...

So raya korban tahun ini merupakan raya korban yg kedua bagi kami beraya tanpa arwah mama di sisi, semoga arwah mama dan arwah abah abadi dengan tenang di sana...ammiin... Al-Fatihah....

Sunday, October 28, 2012

MY BRO ENGAGEMENT

tahniah zulfadli dan pasangannya muna saadah semoga kekal hingga ke jinjang pelamin
ini pula pengantin lama hehehe...jangan mare :)
Assalamualaikum ...

Masih dalam mood beraya haji, tapi yg bestnya famili kami akan menerima kehadiran orang baru tak lama lagi. My bro Zulfadli akan mengakhiri zaman bujang dengan pilihan hatinya Muna Saadah tak lama jer lagi. Semalam kami semua berkonvoi dari Penang ke Kangar Perlis untuk meminang buah hatinya tu..Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang tanpa ada sebarang cacat cela...TQ Allah...:)

Ini merupakan kali kedua famili kami akan berkenduri lagi setelah hampir 7 thn berdiam diri hehehe...kali pertama aku la yg membuka pintu kenduri kendara ni..aku merupakan cucu pertama yg naik pelamin hehehe...tapi sampai sekarang kami masih dalam mood pengantin baru maklum la masih berdua...harap2 tahun depan boleh la bertiga pula ammiin....:)


hantaran dari pihak kami tema purple lagi tu uolss :)

ini la bakal adik ipar ku cantik kan

Kami berkonvoi dari Penang jam 10 pagi. Aku ni datang dari Butterworth untuk ami 2 orang lagi mak cik kami untuk turut serta dalam acara konvoi ni. Lepas tu kami berhenti kejap kat R&R Gurun untuk tunggu pula famili Pak Teh kami ... so misi pun bermula...Tepat jam 12.30 tengah hari kami pun sampai ke destinasi. Alhamdulillah kehadiran kami di sambut mesra dari bakal famili baru kami. Memang shiok hehehe...

Hantaran kami bertema purple, hantaran pihak perempuan pula pink putih memang lawa tu...kebetulan kami berdua pakai baju pink purple so kami ni kira ikut tema la kan hahahaha...actually tema pengantin adalah kelabu pink. So Bapak (Pak Long aku), Aunty dan adik beradik Zul yang lain semua ikut tema kelabu la. Tapi kami tak ikut pun, manakala mak cik dgn mak su aku pakai coklat hahaha...suka hati la carca marba and citra warna gitu hahahaha....

menu ala kampung yummy sedap gilersss :)
my feveret kerabu mangga...:)
Aku ni dan makanan sukar nak di pisahkan hehehe...tengok badan la beb :). So menu ala kampung memang memenuhi citarasa kami yg memang sedang kelaparan ni...actually kami berdua la yg tengah lapar hehehe...maklum la sarapan dengan kopi ginseng jer hahaha...konon jaga kesihatan la :)

Menu yg paling aku suka tak lain tak bukan kerabu mangga la. Tiga kali tuan rumah datang tambah kat piring kami...buruk lantak sungguh la aku ni hahaha...tapi nak buat macam mana kan dah memang suka...so makan jer la...Kari ikan pun sodap...pendek kata memang menus semu MARVELOUS la :)

bakal pengantin tak lama jer lagi ni...
Dalam kegembiraan tu ada juga terselit rasa kesedihannya...kalau lah arwah mama aku ada lagi tentu arwah akan hepi sebab arwah akan dapat menantu perempuan pula. Zulfadli ni adalah adik sepupu yang arwah mama aku mengasuh, dari kecik sampai la dia sekolah arwah mama yg jaga. dia memang macam adik aku dah..aku pun sayang sangat kat dia. Selain tu kakak ulfadli juga arwah mama aku jaga juga iaitu Hafizah dan lagi sorang Fazirah anak ketiga Pak Teh aku. So aku ni ada 3 orang adik yang paling aku sayang.

Arwah mama aku ni amik Zulfadli dari baru lepas lahir lagi...habis2 jer pantang terus mama pelihara. Sebab masa tu ada something yg terjadi dalam famili kami...Syukur Alhamdulillah perkara tu tak berlaku...cukup la ia menjadi rahsia dalam hidup ku.

Namun aku sebagai kakak sepupu walaupun atas nama sepupu jer la...tpi dari sudut hati aku ni, Zulfadli adalah adik aku sampai bila2. Harap2 Muna Saadah dapat tolong jagakan adik aku yg hensem ini sampai ke hujung nyawa ammiin...

tahniah untuk famili bapak dan aunty
So aku doakan semoga ikatan pertunangan ini berakhir dengan baik dan indah...Semoga cinta yg dibina dari atas nama keihklasan ini akan memberi mawaadah dan warahmah dalam hidup adik lelaki ku dan pasangannya...Kak Ct dan Abang Im doakan kebahagian kalian berdua hingga ke Al-Jannah ammiinn...

Thursday, October 25, 2012

SALAM EIDUL ADHAR 1433H



gambar ku sewaktu berangkat ke tanah suci tahun 2002

Assalamualaikum...

Diam tak diam esok kita semua akan menyambut Hari Raya Eidul Adhar 1433H dan ini merupakan tahun kedua bagi ku dan suami menyambutnya tanpa arwah mama di sisi. Memang pilu dan berat hati untuk menyambutnya, tapi selagi nafas masih di badan kehidupan mesti di teruskan.

Gambar di atas ialah gambar sewaktu aku nak berangkat ke tanah suci pada tahun 2002. Waktu aku baru jer habis buat degree. Itu merupakan kali kedua aku menunaikan Fardhu Haji dan merupakan kali ketiga aku memijak bumi Makkah dan Madinah. Terima kasih buat arwah bonda ku yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin kerana membawa anak ke tanah suci juga merupakan tanggungjawab ibu dan ayah selagi anak itu belum berumahtangga. Syukur pada Mu wahai Tuhan...

menu hari raya untuk jemaah haji di mina
So bila musim haji teringat pula aku akan kenangan di tanah suci dulu. Salah satunya tentang menu...hehehe...maklum la aku ni kaki makan...tengok badan la beb!! hahaha...gambar di atas adalah antara salah satu menu kami para jemaah haji di Kota Mina. Kami akan bermalam ni Mina dan berjalan kaki pada malamnya untuk melontar Jamrah.

Sedap kan...ayam tu ayam rebus dan nasi kering biasa jer...tapi ia cukup membuka selera kami di sana. Tiada pingan Vantage, Acorpal semua, tiada lemang ketupat atau ayam masak merah, nasi pun bukan beriyani gam yer...tapi ia cukup membuatkan kami kenyang dan sangat memberi tenaga untuk kami menunaikan ibadah kami dengan khusuk. Cuma kalau nak sedap dulu aku selalu beli kicap atau sos manis ABC lepas tu beli cili hijau patah2 buat lauk...memang sedap...Alhamdulillah...:)

me and my hubby
So dengan rendah diri dan berbesar hati, kami suami isteri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran bicara dan terkasar biasa sesungguhnya kami hanya manusia biasa yg sentiasa bersifat baharu...Salam Eidul Adhar buat rakan2 Blog sekalian...insya Allah marilah kita sama2 menjalani ibadah korban dan semoga segala pengorbanan kita walau pun sebesar zarah di berkati Allah SWT..ammiin...

Tuesday, October 16, 2012

PRE HONEYMOON

me and my love

berada di puncak cameron





moga cinta kita kekal abadi selamanya...saya sayang suami saya hehehe...
Assalamulaikum...

Lama sungguh tak mengupdate blog kesayangan aku ni...maklum la bzz sangat2...Tapi seriusly aku memang tersangat bzz lately ni...Bukan bzz yg dibuat2 tapi memang real2 punya bzzz...

So hari ni nak citer la sikit tentang percutian kami baru2 ini...hehehe...konon2 percutian ala2 HONEYMOON gitu ahaksss...

Hari Selasa 9hb yang lepas, Cik Abang aku kata macam ni.."Sayang, hari Sabtu ni ada tusyen tak??" Aku pun menjawap la "Iyer ada...awat???" loghat Penang la kan hehehe..tak kan nak cakap loghat KL pula kan :), Lepas tu Cik Abang kata lagi.."Amik cuti boleh tak??" aku pula jawap..."Laaaa...pasai pa pula?? nak pi mana??" dengan muka yg agak kehairanan huhuhu...

Cik Abang kata lagi, "Kalau abang cakap ni, sayang jgn dok buat perangai pula ok" hehehe....aku ni biasa la RATU MERAJUK hahahaha...kadang2 datang nya mood puting beliung aku tu satu sen pun tak guna...(mengata kat diri sendiri tak pa hahahaha....)

So aku pun diam la kan, lalu Cik Abang sambung ayatnya..."Hari Sabtu ni kita pi Cameron, Abang dah booking bilik, cantik siapa ada balkoni lagi..." Aku pun apa lagi tersengih sampai ke telinga la jawapnya...
So macam biasa la aksi spontan hehehe....sensored tak boleh bagi tau hahahahaha...

So tiba la hari yang dinantikan....kami pun bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 7.25 minit pagi. Aku punya la excited siap bangun awal lagi tu...pukul 6.00n pagi aku dah bangun uruskan anak2 bulusss aku tu...siapkan makan minum depa sebelum tinggalkan rumah.

So, kami sampai ke Cameron dalam pukul 12.30 tengah hari, lunch kejap kat kedai makan, lepas tu dalam pukul 1.30 kami sampai ke hotel tempat penginapan kami iaitu di Century Pines yang terletak di betul2 tengah pekan Tanah Rata.

pokok tumbang
Ada satu kejadian yang tak di sangka2 telah berlaku sewaktu kami nak chek in hotel, ada pokok tumbang di kawasan parkir kami dan yang lebih mengejutkan pokok itu tumbang hampir dengan kereta kesayangan kami...

PGF kami dilindungi Allah...syukur pada Allah
Masa Cik Abang aku nak daftar chek in tiba2 bunyi dentuman yang sangat2 kuat...masa tu kami baru masuk ke dalam hotel tak sampai pun 5 minit. Ya Allah...Allah telah melindungi kami...Syukur pada Mu wahai Tuhan...kalau tak tak tahu la apa yang akan terjadi pada kami berdua dan juga kereta kami...Syukur kami masih selamat dan masih mampu bernafas di atas muka bumi ini.

Namun begitu percutian kami tetap di teruskan. Kami berdua menghabiskan masa dengan indah sekali di Cameron. Alhamdulillah cinta kami semakin erat dan kasih sayang kami semakin melimpah...harap2 jangan ada yg melimpah ruah pula yer...

So insya Allah kalau ada kesempatan nanti, kami nak ke sana lagi. Apa pun aku nak ucapkan thousand TQ untuk suami ku tercinta kerana sudi membawa ur MEM BESAR gi jalan2...hehehe..memang besar pun ahakss...

Sampai ketemu lagi...Wassalam....ADIOS!!

Saturday, October 6, 2012

MY OLD COLLECTIONS

novel enid blyton dan alfred hitchcock
Assalamualaikum...

Macam dah lama jer aku tak berceloteh kat sini, rindu la pula hehehe..kalau ikut arikh memang lama pun blog aku ni tak berupdate hehehe...

Hari ni aku nak citer tentang novel yang aku minat masa zaman aku kecik2 dulu...kira zaman sekolah la kan hahaha...kalau kecik tak tahu baca lagi la pula :)

Setiap kali datangnya hari lahir ku pasti arwah mama akan bawa aku ke kedai buku beli buku cerita yg aku minat...tak pun arwah akan beli secara pos...dulu mana ada jual secara online kat internet kan...internet pun tak wujud lagi UOLSS hahahaha....

So seperti biasa sehari sebelum my birthday sure parcel tu akan sampai...yg bestnya siap ada wishing card tu...best la pula hahaha...itu merupakan one of my favorite moments to remembered... sweet sangat2...harapan aku kelak...kalau aku di kurniakan anak aku pun nak buat macam tu juga denkat my kids hehehe...so sweet kan ;)..berangan jer kan aku ni..

Cerita Enid Blyton meang best..terutama citer tentang 5 penyiasat muda dan juga seekor anjing..memang mencabar...begitu juga dengan Alfred Hitchcock...citer yg penuh misteri tentang kisah di sebalik bunyi jam di sebuah rumah agam...:)

So nampak nya aku dah teringin nak baca semula...kena la aku balik my hometown nak kena cari semula buku2 novel aku ni...

So aku harap generasi sekarang tetap di terapkan dengan tabiat suka membaca...dalam kecanggihan teknologi jangan la kita leka hingga kita lupa akan naskhah2 yg berharga...

So, ADIOS!! Wassalam...