Monday, November 5, 2012

ALL IN ONE ENTRIES


 SAMBUT BIRTHDAH ALYA BALQISH


birthday girl
alya dan aneesa
pak dengan alya aunty pula dengan aneesa

Assalamualaikum...

Hari ni kita mulakan citer dengan kisah Alya anak buah ku yang sangat bertuah. Hari Jumaat lepas birthday Alya yang ke 5 tahun. Kalau la aku ada anak sure anak sulung aku dah berumur sama macam Alya, tapi ap boleh buat belum rezeki kami berdua nak timang baby. Insya Allah mana lah tahu thn depan aku dan suami boleh jadi papa dan mama kan...doak2 yer kawan2...aku harap sangat2 ni :)

So malam hari Jumaat tu Alya call suami aku yg tengah berdinner dengan kawan2 sekolah nya...Alya kata "Pak Lah hari ni birthday Alya, Alya nak i-pad boleh" hehehe...sweet kan..alahai i-pad tu mahal la sayang oiii kalau murah sepuluh aunty boleh belikan tau hehehe...ini lah dinamakan anak2 zaman cyber.

So pada keesokkan harinya iaitu Sabtu, kami pun bawa la Alya, Anessa dan juga mama dia orang makan2 kat KFC, saja je nak bagi birthday girl ni hepi...So ini lah hasilnya...comel kan anak2 buah ku :)


TERAPI MINDA DI QUEENSBAY PENANG

donut

feveret cik abang ni

my feveret tiramisu

yummy !!

tag line yg menarik

Ini pula kisah pada hari Ahad yg lepas, semalam jer la hehehe 4 November. Kononya cik abang nak ajak aku ke Sungai Petani,tiba2 aku teringat yg mak cik aku minta aku pulang sekejap sebab ada benda yg nak aku tanda tangan. So kami pun amik keputusan balik Penang la kejap. So alang2 dah sampai Penang, kami pun terapi minda la hehehe...aku dah lama tak shopping (iyer la tu hehehe...) konon nya nak WINDOW SHOPPING alih2 dah jadi DOOR SHOPPING hehehe what to do hehehe...

So seba kami dah kenyang maklum la sarapan nasi ayam pagi tu, so aku layan minum jer la. Cik abang layan la juga donut hehehe...kemaruk betul bila tengok donut ni kan konon2 pencuci mulut la tu hehehe...

Tapi secara personally aku suka DONUT BIG APPLE lagi...lebih lembut moist and yummy terutamanya TIRAMISU...feveret tu :)

So hari Ahad adalah hari kami menternak lemak hehehe...Balik tu kami singgah Econsave beli barang dapur, lepas tu cik abang nampak ikan siakap, so balik rumah jadilah ikan siakap stim dengan limau...Alhamdulillah kenyang sudah kami hari Ahad lepas :)

ikan siakap stim dengan limau
nasi ayam hainan
NASI DAGING AIR ASAM

nasi daging

air asam
pencuci mulut
jemput makan
Hari ni aku puasa sunat Isnin, maklum la lama tak buat...dah macam budak nakal pun ada aku ni, masa kerja tak boleh nak puasa maklum la penat berlari dengan anak2 kecik tu semua hehehe...Bila dah duduk rumah semula ni boleh la berpuasa kan.

So, malam Isnin tu aku minta izin la kat Cik Abang kata nak berpuasa and dia izinkan, lepas tu katanya "esok abang masak nasi daging kat ayang ok!!" Berbunga riang hati aku ni tau wink..wink..wink..ada rama2 berterbangan dalam hati aku hehehe...

So hari ni aku macam biasa la siapkan semua kerja aku, and bila cik abang balik terus dia salin baju and masuk ke dapur masak untuk aku...Aromanya memikat hati ku...Adoii sabar jer la habis pahala puasa aku ni tau hehehe...

So apa pun nasi daging ni dah selamat landing ke dalam perut ku, buat suami tercinta aku nak ucapkan "I LOVE U SO MUCH...U ARE THE GREAT HUSBAND IM MY LIFE..." Alhamdulillah...TQ ALLAH :)

No comments: