bahagiakan lah cinta kami hingga ke syurga |
Semalam 24 November 2012 maka genaplah usia perkahwinan kami yg ke - 7 tahun. Rasa macam mimpi jer aku dah bergelar isteri selama 7 tahun. Banyak onak dan ranjau yg telah kami berdua tempuhi demi memiliki sebuah kebahagian yg sejati. Namun aku sedar banyak lagi dugaan yg mendatang yang mesti kami berdua sedia untuk melaluinya...Semoga Allah sentiasa memelihara hati dan cinta kami ini hingga ke Al-Jannah Insya Allah...
Sebenarnya 24 hb November merupakan tarikh kami dijabkabulkan sebagai suami isteri. Manakala kenduri kendaranya pula telah diadakan pada bulan Januari di tahun yg berbeza.
Banyak dugaan yg terjadi pada ku pada tarikh tersebut, dugaan yg sangat2 mematangkan ku sebagai seorang wanita serta sebagai manusia yg sebenarnya.
Orang lain menikah disusuli dengan senyum tawa, tapi berlainan dengan diriku...aku pula sentiasa di temani dengan air mata. Mujur aku diamanahkan seorang lelaki yang sangat2 penyabar dan jujur serta ikhlas menerima ku sebagai permaisuri di hatinya.
Ada juga yg kelakar di sebalik tarikh ini...masa kami berdua nak amik surat nikah boleh pula Tuan Qadi yg nikahkan kami letak tarikh 23 November sebagai tarikh pernikahan kami. Tentu ada hikmah di sebalik semua kejadian ini...Di sebalik sendu sedan ku ada mereak yg membantu memberi sokongan dan dorongan agar aku bisa menjadi isteri yg terbaik suami ku yg di cintai.
Namun di sudut hati ku yg paling dalam aku sedikit pun tak berdendam pada mereka2 yg telah menyakitkan hati ku, hati suami ku dan juga hati arwah mama ku. Aku anggap ini semua sebagai satu kekuatan untuk aku terus melangkah melalui cabaran dan dugaan yang bakal mendatang kelak.
Buat suami ku yg dicintai saudara Ibrahim bin Nordin, tiada lafaz yg dapat ku ungkapkan selain menyatakan bahawa aku amat menyintai mu setulus hati ku...pada mu kini ku berteduh kasih, kepada mu kini ku menumpang kasih, semoga kita berdua dapat menghabiskan sisa2 hidup bersama2 di temani anak2 yg comel, bijak dan soleh serta solehah...Engkau lah jantung hati ku selamanya...
Wahai Tuhan satukan lah hati kami hingga ke Al-Jannah...ammiin....
No comments:
Post a Comment