Wednesday, November 21, 2012

DUA-DUA PILIHAN HATI

logo blogspot

logo facebook

Assalamualaikum...

Hari aku nak share something about my feeling...hehehe...nampak macam feeling yang tak berapa nak ok la pula. Maklum lah JIWA KACAU hehehehe...Tapi tak per aku just nak share kenapa aku suka berFB dan juga berBLOG.

Simple jer citernya, aku ni memang suka menceceh, aku juga suka bermadah, aku pula suka menulis diary...so aku gabungkan kesemuanya dan satukan dalam FB dan juga Blog. Sebab di sini aku dapat ramai kawan. So aku tak der la rasa sunyi sangat2.

Sejak mama meninggal aku rasa hidup sangat kosong, tiada teman untuk aku berbual. Dulu setiap hari aku akan call mama untuk berborak. Entah apa2 yg kami borakkan, tapi itu lah resepi keakraban kami. Dalam sehari mahu 10 kali aku call mama. Masa zaman kat UiTM dulu boleh aku call mama guna kad phone tu...sehari satu kad...secara puratanya sehari RM 10.00 duit aku habis. Tapi aku tak pernah rasa rugi sebab sebab dapat berborak dengan mama...tenang jer rasa jiwa ni.

Bila masuk zaman kerja pun sama juga, aku akan call mama berjam2 untuk berborak...macam2 hal yg kami bincangkan...hehehe...kadang2 tu sampai panas telinga dibuatnya.

Tetapi bila mama dah tak ada dalam hidup ku, aku rasa sangat sunyi. Suami ku bukan la jenis suka berborak kosong. Nak kata tak lansung tu tipu la pula, ada masa dia ok ada masa dia tak terlayan dengan karenah aku ni. So aku pun mula la aktif dengan Blog dan juga FB.

Tapi aku tak der la sampai salah gunakan kepercayaan suami ku itu. Aku tak der la nak buat benda2 yg dilarang dan persahabatan aku di dunia maya ni masih ada batas2nya...terutama dari segi aurat dan percakapan. Bukan apa takut ada hati yang tersinggung. Tak salah kalau kita menjaga percakapan kita tu...jangan terlalu biadap bila meletakkan komen dan juga jangan terlalu penyibuk dengan perihal orang.

Tapi kadang2 aku rasa terkilang dengan segelintir masyarakat sekarang, kalau komen tu mesti ada bahasa2 kesat. Lepas tu kalau tak puas hati mula maki hamun orang dalam Blog atau FB. Kalau yer pun tak puas hati dan luah kan perasaan jaga lah bahasa kita tu...bahasa melambangkan keperibadian seseorang individu. Bukan tak boleh tegur, tapi tegurlah secara berhemah jangan nak serbu tak tentu pasal, pesanan untuk aku juga ni hehehe...:)

Dulu aku suka sangat tulis diary, hampir 20 buah buku diary yg aku tulis dan masih dalam simpanan ku. Kini sejak aku aktif dalam Blog aku dah beralih ke dunia cyber. Ini lah diary ku. Tapi tak semua aku boleh luahkan di sini, masih bertapis la kan hehehehe...

Tapi untill now diary aku masih juga menulisnya. Kerana bagi ku "mata pena itu umpama hati yg berbicara". Banyak suka duka yg telah aku coret dan lakarkan. Bukan untuk tontonan, tapi cukup sekadar luahan perasaan.

Ubat STRESS gy paling mujarab adalah dengan menulis apa yg di rasa. Jangan pendam di dalam hati kerana ia kelak akan meracun diri. Selain itu jangan lupa solat dan berdoa pada Yang Maha Esa, kerana itu adalah kaunter aduan yg paling berkesan insya Allah...

Aku mula berFB dan berBLOG secara aktif sejak tahun lepas dan ini merupakan tahun kedua bagi ku untuk meraikan hasil luahan hati aku ni.

Kepada rakan2 BLOG dan juga FB aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk aku terus berkarya dengan luahan hati...aku bukan nak bermusuh tapi aku cuma nak berkawan.

Jika ada tersalah cakap, terkasar bahasa aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, kerana aku adalah manusia biasa yg tak akan pernah lari dari membuat sebarang kesilapan...sesungguhnya yg Khilaf tu datang dari diri ku dan yg Terbaik tu adalah dari Allah...

Wassalam...:)


No comments: