ayah mertua ku sedang di dialisis |
Lama juga aku tak up date blog kan...nak buat macam mana lepas balik dari KL terus kami terima berita yang kurang baik di mana ayah mertua ku di masukkan ke Hospital Kulim akibat penat. Lagipun ayah memang sedang sakit pun, hampir 6 tahun ayah kena penyakit buah pinggang...dan memang ayah buat dialisis selang sehari, tapi semenjak dua menjak ni, ayah selalu penat dan tak boleh tidur malam, kalau tidur pun dia akan tidur sambil duduk, so keadaan ayah memang sangat2 lemah.
Ayah dimasukkan ke wad pada hari Khamis lepas, hari tu kami berdua baru jer balik dari Petaling Jaya KL dengan Pak Ndak dan Mak Ndak. Nak dijadikan cerita kami singgah ke Pulau Aman kejap konon nak makan mee udang, sampai jer kat sana terus aku terbaca status adik ipar ku Masliana yg kata ayah di admitted di Hospital Kulim. So terpaksa la kami melawat esok hari.
So esoknya kami bergegas ke Hospital Kulim tengok ayah, masa tu keadaan ayah masih tak berapa nak stabil. Namun pada keesokkan harinya ayah nampak dah ok sikit ... dan selera makan pun bertambah. Hati aku rasa lega bila nampak wajah ayah dah kembali jernih, tapi tu la kat hidung masih terpasang oksigen. Sebabnya ayah masih bernafas tercungap-cungap.
Tapi semalam hari Isnin ayah mengamuk nak balik rumah, maklum lah dah 4 malam kat hospital jadi ayah rasa bosan dan dia minta nak balik juga. Mengamuk juga la ayah di buatnya....kesian ayah. Lagipun keadaan hospital yang sesak dengan pesakit membuatkan keadaan ayah bertambah rimas. Korang tahu kat kawasan tengah wad tu pun ada 3 buah katil tambahan. Ramai sungguh orang sakit musim2 cuti sekolah ni. So doktor pun terpaksa la melepaskan ayah pulang walaupun hakikatnya hari ni ayah kena cuci darah kat hospital.
So semalam kami berdua balik kampung lepas membeli barang dapur kat Billion Seberang Jaya, sebab kak ipar aku bagi tahu kata ayah dah balik rumah. So bila sampai aku tengok ayah masih tidur sambil duduk. Memang nampak tak selesa sangat, ayah memang tidur macam tu sebelum dimasukkan ke hospital tempoh hari.
So tiba2 suami ku bersuara, "Ayang, kalau kita amik katil arwah mama boleh tak?"
Aku pun jawap la boleh, aku terus call Mak Cik aku kat kampung, and Alhamdulillah Mak Cik setuju nak bagi pinjam. So suami aku ke Penang dengan sepupu dia menaiki lori sepupu suami aku tu la. Lagipun katil kat rumah tu tak der siapa pun yg guna. Katil tu katil hospital yg kami semua beli masa arwah mama sakit dulu. Bukan apa katil tu kan boleh adjust bagi naik sikit so ayah tak der la rasa penat sangat bila tidur terlentang.
Lebih kurang 2 jam lebih macam tu suami aku pun sampai la dengan bawa katil sekali. Ayah memang nampak lemah sangat. Aku pula bila nampak jer katil tu hati jadi semakin sayu, rindukan arwah mama. Dengan adanya katil tu aku harap ayah akan bertambah selesa dan sihat...insya Allah...
Hati aku berbisik semalam bila tengok famili suami ku yg berebut2 nak jaga ayah. Bertuah sungguh ayah mertuaku punyai anak yg ramai. Boleh bergilir menjaga ayah, tak macam aku dua tahun yg lepas sorang2 menjaga mama di hospital. Tapi aku redha itu ketentuan yg Allah berikan untuk ku. Aku tak boleh nak bergilir macam dia orang semua, aku ni anak tunggal walau penat macam mana pun tanggungjawab itu tetap aku kena pikul hingga ke akhirnya.
Tapi aku percaya setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. Aku telah di beri Allah untuk berbakti kepada arwah mama hingga ke hujung nyawanya. Setiap kejadian itu ada pengajaranya. Aku harap sangat ipar duai ku dapat mengejar pahala dunia ini dengan seikhlasnya. Tak semua Allah berikan peluang sebegini untuk berbakti pada ayah dan ibu di saat2 mereka memerlukan kita. Di sinilah Allah nak uji solah atau tolehnya kita sebagai anak. Ini lah peranan seorang anak yg sebenar-benarnya.
Namun walau apa sekalipun aku doakan semoga ayah akan bertambah sihat insyaAllah....Kami semua sangat kasihkan ayah hingga ke hujung nyawa kami...
No comments:
Post a Comment