anak adalah anugerah terindah buat pasangan yg berkahwin |
Hari ni awal pula aku up date blog kesayangan aku ni. Tadi masa aku dok lipat baju yg berbukit macam Bukit Bendera tu...(tak habis pun malam nanti sambung pula hehehe...) aku menonton sebuah rancangan dokumentasi berbahasa tamil kat TV2 kisah tentang kemandulan di kalangan wanita. Tersentap juga hati ini. Walaupun aku tak faham tapi aku tetap juga menonton...nasib baik ada subtitles kat bawah tu...
Kisah kemandulan kali banyak berkisah dari pihak wanita. Wanita adalah golongan yang banyak berfikir. Aku tak terkecuali. Aku tahu aku memang seorang yg suka berfikir. Kadangkala hal tu tak der la remeh mana pun tapi aku akan put in my minds...aku akan cuba fikirkan cara penyelesaiannya...sedangkan bukan tugas aku pun untuk menyelesaikannya...Pendek kata aku ni memang trouble solver la konon hahaha...
Ok berbalik dengan kisah ini tadi, ada satu pasangan yg berkahwin hampir 3 tahun masih tak punyai anak, so pasangan ini berjumpa dengan doktor dan doktor mendapat dia mempunyai masalah hormon dan katanya hormon terbahagi kepada 2 iaitu Hormon Haid dan juga Hormon Telur. Dia iaitu wanita tadi mempunyai masalah Hormon Telur dimana bilangan telurnya berkurangan. So dia di beri ubat untuk menambah bilangan telur serta menstabilkan hormon telur tersebut. Dengan izin Allah wanita tadi di dapati mengandung.
anak adalah cahayahati ibu dan bapa |
Selain itu doktor itu memberitahu faktor psikologi mempengaruhi pemikiran seseorang wanita apabila ada saudara terdekat yg meninggal dunia, stress bila mencari pekerjaan,tekanan dari pertanyaan org sekeliling tentang permasalahan anak dan sebagainya. Selalunya masalah seperti ini terjadi apabila salah satu urat yg dipanggil Pitutuari yg ada dalam otak manusia mengawal hormon tersebut, and I belived I'm the one of them. Memang aku akui sejak arwah mama meninggal pemikiran aku semakin runsing kerana masalah rindu yg kadangkala tak dapat di bendung. Betul kata suami ku, aku kadangkala ada masalah kemurungan. Ada masa aku talkative ada masa dan ketika aku sangat2 diam...
Doktor tu kata lagi selalunya masalah seperti ini akan di rujuk kepada bahagian Psikitarit. Bukan kerana ia gila atau sebagainya tapi ia adalah untuk seseorang individu itu meluahkan apa yg di rasa. Selain itu seseorang wanita yg mengalami masalah seperti di sebut tadi hendaklah sentiasa berada di khalayak ramai maksudnya dia tak boleh bersendirian, membuat kerja2 amal dan sentiasa ada bersama kanak2 bagi menghilangkan rasa stress yg dialaminya.
kenangan mengusik jiwa |
1 comment:
owhhh yer ker...banyak berpikir boleh menyebabkan susah nak pregnant yerkk...yer ler...ct...pasnie jgn pikir banyak2...nanti jadi stress...
Post a Comment