gambar sekadar hiasan |
Hari ni aku nak share something tentang penyakit asthma. Aku rasa aku dah ada simptom2 nya...harap2 aku tak der la dalam golongan yg kronik...:(
Tanda-tanda dan simptom penyakit asma
adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan (minor)
sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga
berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas
yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana
serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda
berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin
juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk
dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau
ketika bersenam.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
- pernafasan yang pendek
- sakit-sakit dada
- sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
- bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
- batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
- serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
- kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)
dapatkan nasihat doktor anda untuk
kembalikan tahap asthma yang tidak membimbangkan yang boleh dikawal.Jika
serangan asthma masih lagi bertambah buruk, anda berkemungkinan untuk
dimasukkan ke rawatan kecemasan.
Bila aku baca petikan ini aku ketegorikan Asthma aku dalam ketegori minor. Tapi aku akan tetap ubati supaya tidak sampai ke tahap severe...Insya Allah mohon Allah permudahkan segala urusan pengubatan ku dan juga memberi aku kesihatan yg baik...AMMIIN....
No comments:
Post a Comment