Wednesday, May 18, 2011

INFO KESIHATAN - MAJALAH RAPI

Assalamualaikum wahai sahabat di blog ...:-)

Hari ni aku nak share something yg aku baca kat dalam majalah kesukaan ku, tak lain tak bukan Majalah Rapi keluaran 1 Mei 2011. Bil 163. Kalau tak salah gambar muka depan tu wajah Mizz Nina. Info kesihatan ni aku amik dari muka surat 62. So jom kawan2 kita tengok apakah infonya yer, layan...:-)

gambar sekadar hiasan
Tak Elok Berbual Terlalu Lama di Telefon!!

Tahukah anda, penggunaan telefon bimbit yg lama akan mengakibatkan tekanan darah tinggi jika ianya digunakan dalam tempoh masa yg lama? I dikaitkan dengan aktiviti pembuluh darah yg terhad akibat medan elektromagnetik frekuensi radio. Bagi mereka yg sedang bercinta, kurangkanlah masa untuk berbual di telefon (mujur la aku dah lepas hehehe...) Selain elektromagnetik itu yg berisiko menyebabkan tekanan darah naik, bil telefon yg melambung juga boleh menyebabkan kesan yg serupa.


gambar sekadar hiasan
Lucu Tetapi Benar

Anda tidak tahan untuk membuang angin sedangkan anda berada di tempat awam? Tak mengapa. Lepaskan saja :-). Waktu membuang angin, batuklah dalam masa yg sama untuk menutupi bunyi itu. Bunyinya lucu tapi tahukah anda tindakan serentak itu juga adalah senaman yg bagus untuk perut? Cuma tentang baunya, kami tidak bertanggungjawab hehehe....

gambar sekadar hiasan
Jangan Abaikan Waktu Tidur

Orang yg tidur kurang dari 6 jam setiap malam akan mengalami risiko mati lebih awal sehingga 70%. Fakta ini merujuk kepada salah satu kajian yg dilakukan di California. Hendak sihat dan umur lebih panjang, tidurlah mengikut kadar yg sepatutnya ialah 8 jam sehari. Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi anda perlu berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.

gambar sekadar hiasan
Suplemen Untuk Gaya Hidup Sihat

Setiap pagi, amalkanlah suplemen miniral dan multivitamin yg berkualiti tinggi. Salah satu kajian yg dilakukan oleh American Food Council mendedahkan tiada seorang pun daripada 21,500 orang mengambil suplimen RDA secukupnya. Usah malas mengambil suplimen jika anda tahu tabiat pemakanan dan gaya hidup anda tidak sesihat mana.

gambar sekadar hiasan

Rajin Banyak Manfaatnya

Jika anda sering melakukan tugasan harian rumah misalnya menggosok baju. memasak, membasuh dan membersihkan rumah, ia dipercayai membantu mengekalkan kesihatan dan menyihatkan tubuh. Tidak hairanlah wanita selalunya hidup lebih lama berbanding lelaki. Ia dipercayai ada kaitannya dengan kecergasana tubuh. Apabila sering bergerak aktif, perjalanan daraha akan menjadi lancar, denyutan jantung semakin sempurna dan tubuh semakin sihat.

So, itulah saja info yg dapat aku kongsikan bersama rakan2 blog sekalian. Insya Allah kalau ada lagi info yg ku rasakan sesuai untuk di kongsi bersama, pasti akan aku masukkan di entri2 yg seterusnya...Salam sayang untuk semua rakan2 baru ku...I LAP U OLLLSSS!!

1 comment:

Siti Azlina Abdul Aziz said...

tips sihat untuk di kongsi bersama :-)