banner rasmi NKTM |
Demam Nur Kasih The Movie telah melanda Malaysia khususnya. Fenomena ini akan berlanjutan selagi filem NKTM ini masih di tayangkan di pawagam. Hari ni dah masuk hari kedua tayangannya, semoga filem ini sukses dan berjaya insya Allah.
Semalam aku dan suami ku dah pun pergi menonton filem ni. TQ sangat2 kat Mr.Hubby sebab sudi buat booking ticket true phone. Nasib baik Mr.Hubby ku booked ticket, memang ramai betul yg datang untuk menyaksikkan kisah cinta terulung di Malaysia. Memang penuh panggung...kami yg selalu amik couple seat terpaksa akur bila semua nya dah penuh. So kami dapat double seat, hujung pula tu. Tapi nasib baik tak perlu dongakkan kepala hehehe...tapi memang happening betul penangan Nur Kasih The Movie.
antara pelakon Nur Kasih The Movie |
Menceritakan tentang sebuah penantian yg belum pasti. Namun berkat kesabaran dan juga ketabahan seorang wanita yg bernama "Nur Aminah" dan berkat dorongan yg tak berbelah bagi dari sang suami yang bernama "Adam", maka Allah mengizinkan ianya menjadi satu kenyataan. Tapi untuk mendapat kebahagian mesti ada pengorbanan. Pelbagai cabaran dan dugaan yg perlu di tempuh oleh keduanya untuk mencapai satu impian iaitu BAHAGIA.
Berlainan pula dengan kisah "Aidil", penuh kesayuan, penuh penderitaan. Namun itu lah yg dinamakan sebuah kehidupan. Hidup nya yg sentiasa diuji setimpal dengan amalan dan juga keimanan nya. Allah telah memberi satu ujian yg Maha Hebat untuk Aidil tempuhi bersama mereka yg amat memerlukan nya. Kisah yg penuh dengan mainan emosi ini pasti akan meruntun jiwa penonton yg menontonnya.
adam , nur dan aidil tiga watak utama |
Aku tak boleh nak review banyak2 nanti korang tak pula pergi tengok kat panggung...So review ni hanya lah dari sudut pandangan ku, tak der membawa maksud apa2. Cuma yg ku tahu cerita ni membuatkan aku berfikir akan kehidupan aku dan suami di masa akan datang. Apakah kesudahan cinta kami pula.
Itu lah aku fikirkan selepas menonton filem ini, aku bermonolog sedirian, apakah akan terjadi kepada ku dan suami kelak. Setelah sampai ke rumah, aku memandang wajah suamiku. Terasa sayu pula bila memandang wajah insan yg mencintai kita bila waktu nak tidur kan :-). Suami ku memandang ku dengan senyuman yg paling manis. Walau pun tanpa suara aku tahu akan isi hatinya dan begitu juga dengan suami ku, kami masing2 tahu akan kehendak dan impian kami yg sebenarnya. Alhamdulillah aku dah dapat jawapannya...:-)
So, wahai rakan2 blog ku jom kita ramai2 serang panggung hari ini juga demi sebuah kisah cinta terulung di Malaysia...Nur Kasih The Movie :-)
3 comments:
review ini di buat dari sudut pandangan peribadi tiada konspirasi yer hehehe..:-)
hmmmm x sabar nak nengok..tapi cik abe kita x minat nak nengok movie mentik2 nie...hmmm...tunggu review dr org lain jerk ler...huhuu
hehehe..kak azue kalau nak tahu suami ct pun tak minat citer jiwang2 ni...tapi demi isteri tercinta ni, sanggup pula dia layan hehehe..i like :-)
Post a Comment