Monday, February 25, 2013

ULAM-ULAMAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak celoteh pasal tabiat pemakanan aku lately ni, kalau tak der ulam memang tak sah. Kalau pergi pasaraya sure ke bahagian sayur cari ulam, kalau ke pasar malam jangan cakap la, mula tarik baju hubby minta dia belikan ulam..bukan apa aku ni tak tahu nama ulam2 tu semua, tp hubby memang expert sangat...so dia akan pilih la, tp pilih yg aku pandai makan, kalau yg macam pelik2 tu dia tak amik sebab dia tahu aku tak makan.

Dulu masa aku tak pandai buat sambal belacan aku memang makan ulam macam tu jer tak der cicah2 semua. Aku memang tak pandai buat sambal belacan, bukan nak bohong...memang zero la kalau bab2 tu...tp bila balik kampung suami selalu tengok adik ipar buat sambal, macam senang jer tengok dia blander semua sekali, so aku pun try la, mula2 punya la cair dah boleh buat minum hahahaha...tp lama2 dah makin perfect..malam ni hubby kata sambal belacan aku garang sebab pedas sikit...mana taknya aku capur cili padi 5 batang hahahaha....but he said so nice...:) TQ sayang for the compliment....

Sebenarnya ulam2an ni banyak khasiatnya, cuma kita jer tak tahu. Cuba tengok org dulu2, mana ada sakit pelik2 macam sekarang ni, dia orang seihat jer...sekarang ni penyakit macam2 yg melanda, virus pun dah macam2 nama...nak sebut pun tak pandai...

Tapi apa pun aku akan cuba belajar nama2 ulam yang aku suka makan, kadang2 tu nak bagi tahu nama ulam pun tak pandai, yg tahu timun jer hahahaha...kadang2 aku rebus brokoli untuk jadikan ulam...memang menyihatkan...moga kesihatan aku dan suami lepas ni akan menjadi bertambah baik...

Lagipun aku kan tengah diet, nampaknya kali ni diet aku memang menjadi Syukur pada Allah. Kalau tidak sebelum2 ni memang tak menjadi, hangat2 tahi ayam gitu. Turun tak banyak mana, esok lusa dah naik semula. Tapi kali ni memang betul2 turun...banyak baju lama2 aku dah boleh pakai. Aku hepi sangat2...

Bukan apa dah tak larat la nak beli baju baru, sayang sangat baju2lama. Pakai sekali dua dah tak boleh pakai sebab ketat...aduhai...so memang aku nekad start bulan puasa tahun lepas, memang amik masa yg lama, tp hasilnya lumayan.

Aku harap dengan cara pemakanan baru yg aku amalkan ini dapat sedikit sebanyak memabantu menjaga kesihatan badan ku dan suami...Insya Allah...:)

Thursday, February 21, 2013

SELAMAT HARI LAHIR MAMA

with my beloved mama allahyarhammah hajah fadillah binti noor mohd
Assalamualaikum....

Aku masih mencari kekuatan untuk mencoret sesuatu di sini. Semalam 20 Februari, semalam adalah tarikh hari lahir arwah mama. Kalau mama masih ada umur mama dah pun menjangkau 63 tahun. Tapi mama hanya mampu hidup di dunia ini sampai umur 60 tahun. Ya Allah sungguh pedih hati ini. Namun apa kan daya itu sudah ketentuan dari Mu...

Mama seorang yg sangat ceria, aku ada la juga ikut ceria tu hehehe...mama sentiasa mudah memaafkan orang aku pun sama juga, mama selalu kata aku ni bermotivasi tinggi sebab kalau aku down cepat jer aku jadi ok hehehe...bukan apa malas la nak sedih lama2....tp sejak mama dah tak ada ni, motivasi aku semakin down, susah benar aku nak memaafkan orang dan ceria ku pula seolah sedang berpura2....

Dulu kalau setiap kali birthday mama, selalu aku dapat makan sedap2...mama akan masak nasi beriyani la, mee udang la, nasi tomato la, hish memang kenyang giler la....Aku ingat lagi aku buat suprise kat mama di salah sebuah restoren di KOMTAR. Masa tu aku baru couple dengan my hubby....Aku ada ajak my cousin dengan kawannya sekali untuk celebrate birthday mama, mama tersenyum sampai ke telinga. Maklum la aku tak pernah buat macam tu kat mama hehehe...

Masa aku duduk kat UiTM aku akan pastikan sehari sebelum birthday mama, mama akan dapat hadiah dan juga wishing card dari aku. Siap buat pos laju lagi...last sekali hadiah yg aku bagi kat mama keronsang...and keronsang tu kini dalam simpanan ku.

Kali terakhir kami sambut birhday mama tahun 2010 sebelum mama jatuh sakit sebulan selepas birthdaynya. Masa tu mama request nak kek blueberry...so aku dan suami pun pergi la beli...tp mama tak makan pun, tp mama potong kek tu bagi aku dan suami makan...masa tu mama nampak ok sangat tak der pula tanda2 yg dia akan jatuh sakit. 

Mama selalu kata mama tak nak hadiah, sebab aku adalah hadiah yg terindah buat nya...begitu juga suami ku...mama selalu kata my hubby is her son...bukan son inlaw...

Kini hampir 3 tahun mama "pergi" meninggalkan aku. Tiada lagi hadiah, tiada lagi suprise, tiada lagi kek, tiada lagi makanan yg sedap2...yg ada hanya bacaan YASSIN...maafkan Ct mama, hanya itu yg mampu Ct hadiahkan buat mama kini.

Selamat Hari Lahir buat MAMA ku tercinta, semoga MAMA damai di sana dan ditempatkan dikalangan org2 yg SOLEH ammiin....

Thursday, February 7, 2013

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

SURAH AL-INSYIRAH
Assalamualaikum

Dah lama aku nak share kat blog aku tentang kelebihan Surah Al-Insyirah ni...Kini aku memang mengamalkan sewaktu hendak tidur...aku akan baca surah ini sambil memegang dada kiri ku dengan telapak tangan kanan...Insya Allah tidur anda pasti akan lebih nyeyak dan segala rasa gusar akan hilang dengan sendirinya...YAKIN itu kunci utama dalam setiap amalan yg sedang kita lakukan.



Terjemahan:

SURAH AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Antara sumber2 & petikkan yg diambil...

Seperti yang kita ketahui, surah ini sering digunakan oleh kita untuk menerangkan dan 
menenangkan jiwa dan hati  kita yang berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tenteram..tapi surah ini juga mempunyai fungsi untukmenghilangkan kemalasan dalam diri kita,,lagi2 untuk bangun subuh..dan malas melakukan kebaikan (menunaikan ibadah, sama ada solat, puasa, baca al-quran, dll).. dengan mengamalkan surah ini juga, dapat menaikkan seri pada wajah, dan menjadi hebat dan ungguldi pandangan orang..
agar diri kita hebat dan unggul zahir dan batin (dalaman dan luaran)..
Itu yang terbaik dan disuruh oleh syariat Islam..utk menjadi Orang muslim yang Mukmin dan bertaqwa..

Kelebihan2 dan cara2 nya :-

Caranya : Tarik nafas sambil Membaca al fatihah, kemudian tiup (hembus nafas secara perlahan2 hingga habis nafas) pada tapak tangan dan sapu pada bahagian anggota badan yang dinyatakan..

ayat pertama : kelebihannya dapat melapangkan dada (sapu pada dada)
ayat kedua : dapat meringankan beban yang kita pikul (hadapi) (sapu pada kedua-dua bahu)
ayat ketiga : dapat menghilangkan malas dalam diri.. (sapu pada kedua2 pinggang)
ayat keempat : dapat menyerikan wajah dan menjadi hebat/unggul di pandangan orang.. (sapu pada muka)

"Hanya sampai kepada ayat yang ke 4 sahaja, yang ustaz sampaikan,, 
ayat seterusnya tidak diceritakan kelebihannya..disebabkan oleh kekangan masa"
"Pasang niat dan betulkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan,,
semua yang dilakukan adalah kerana Allah semata2.."

Cara menarik nafas yang betul :-

Baca al-fatihah dan surah/ ayat yang hendak kita baca 
tarik nafas...............................tahan..
hembus perlahan2 sehingga nafas habis pada tapak tangan kita 
dan sapu pada mana2 anggota yang hendak disapu ...

kaedah tarik nafas ini juga boleh diaplikasikan jika kita mengantuk sangat2,,
atau berada dalam keadaan berdebar2 dan jiwa tak tenang..
dengan menarik nafas,, oksigen dapat dikumpulkan sebanyak mungkin..
dan dapat disalurkan ke urat saraf yang kekurangan oksigen dengan sempurna..
InsyaAllah ..

Niat merupakan sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )

wallahua'lam,,

p/s : ilmu dari Ustaz Nazeri bin Mustapa 

ayat2 ini juga boleh diamalkan oleh ibubapa (anak2 pun boleh amalkan) utk anak2 yg bakal menghadapi peperiksaan, insya`allah

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah (alam nasyrah)- 1x 
7. Selawat Atas Nabi - 10x 
8. Baca Surah Yassin - 1x 
9. Baca Surah Insyirah 100x. 
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. mak ayah di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. (rujukkan dari mereka yg telah mengamalkannya ternyata anak2nya berjaya)

Sumber dari salah satu laman blog di laman sesawang...alahai lupa pula nak amik addressnya...sori yer...tapi aku just nak share kat sini untuk amalan kita bersama...:)

Wassalam...selamat beramal ok :)

Wednesday, February 6, 2013

ERTI SEBUAH KESABARAN BUAT DIRI KU

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku banyak belajar erti sebuah kesabaran. Namun di sebalik kesabaran terselit penderitaan...Ya Allah sungguh berat dugaan yang Engkau berikan pada ku tempoh hari, tp dalam masa yang sama Allah berikan aku KESABARAN, KETABAHAN dan juga KEKUATAN untuk terus menempuh sebuah kehidupan.

Kalau dulu aku sering di maki hamun dengan kata2 yg sangat memedihkan, tapi kini aku di puja, disanjung bagai biadadari....sungguh pelik hati manusia. Dalam sekelip mata dah boleh berubah arah. Kalau dulu aku sering dihina dicaci tak henti2, tapi kini aku la yg dipuji menggunung ke langit...Subhanallah...sampai begitu sekali nasib yg menimpa aku....Kalau dulu aku dihalau tak ubah seperti seekor anjing, tapi kini kepulangan ku sering dinanti...Allahuakbar...ini semua berkat KESABARAN yang selalu arwah mama pesan untuk ku.

Agak lama aku mengambil masa untuk melakarkan di sini, tp hari ni, saat ini, waktu ini, masanya telah tiba...Inilah yang dinamakan kitaran sebuah kehidupan seoarang insan yang bernama AKU.


Hidup aku dulu tak pernah kering dengan air mata duka. Segala tindak tanduk ku dipandang salah dan ada saja yang tak kena hinggakan aku lupa di mana kekuatan diri ku. Aku sering dibuli hinggakan aku tiada penderiaan untuk menentukan arah hidup ku. Aku sering menjadi seorang insan yg cepat mengalah kerana tiada kepercayaan diri. Itu la ruang lingkup kehidupan yang aku lalui dari kecik sampai la hari perkahwinan ku.

Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Agung...Allah sentiasa mendengar doa2 ku dan doa2 arwah mama ku. Segala permintaan ku Allah tunaikan walaupun ianya pahit walaupun ianya manis tetap ku telan...Air mata menjadi peneman setia ku. Cukup lah aku katakan orang lain naik pelamin dengan wajah yg tersenyum, tapi aku dengan tangisan yg penuh di mata. Subhanallah...sungguh hebat dugaan yg telah Engkau berikan pada ku waktu itu. Hingga ke satu tahap aku tak mampu berdiri teguh dan hampir2 menjadi tidak waras. Allahuakbar...

Aku ingat lagi bila suami ku membawa ku ke sebuah klinik sebab aku tak mampu berjalan dan STRESS yang teramat tinggi...hinggakan aku tak boleh makan minum yang aku tahu hanya menangis. Doktor di klinik tersebut memarahi suami ku walaupun suami ku lansung tak bersalah dalam hal ni, kerana aku mungkin boleh menjadi seorang yg tidak waras akibat tekanan perasaan yg melampau. Doktor telah memberi aku ubat penenang...Subahanallah sungguh hebat cabaran yg Engkau berikan pada kami...

Tapi kini semuanya dah pun berakhir...segala yg kusut kini terlerai...Kalau lah arwah mama ada waktu ini, tentu mama akan gembira. Berkat kesabaran yg selalu mama pesan pada ku kini aku dan suami mampu berdiri dengan sendiri. Ya Allah teruskan lah merahmati hidup kami berdua....

Aku tak berdendam walau sebesar zarah, tapi aku cuma berkecil hati, terlalu banyak tohmahan yg di lemparkan pada kami tampa usul periksa....aku ingat pesan mama "Chek jgn sedih, setiap titis air mata kita Allah kira penderitaan dan kesabaran kita..."So aku mohon dengan kerahmatan Allah agar masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi dalam famili ku, cukup lah aku saja yg mengalaminya...aku mohon biarlah aku yg pertama dan terakhir yg di beri cabaran ini...yang lain tu biar lah mereka BAHAGIA dan GEMBIRA...hingga ke akhirnya...

AKU PASRAH YA ALLAH!!!

Tuesday, February 5, 2013

MY JOURNEY

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum....

Selamat pagi rakan blogger sekalian, eh ada ker aku ni rakan2 blogger hehehe..maklum lah aku ni ber BLOG hanya sekadar suka2 bukan nak berpolitik, berhiburan atau berniaga. Tapi tu la bila aku ada BLOG ni stress aku semakin kurang, nak tahu kenapa sebab banyak bebanan yg ditanggung itu dapat diluahkan di sini, biar pun tidak secara terus dan sekadar sindiran tapi tak der la sindiran yg tajam menikan hehehe...adab2 ketimuran tu kena juga kita jaga kan...;)

Ok hari ni aku nak story sikit tentang my new journey. Nak kata new sangat pun tak lah...tapi rasanya tahun ni dan tahun2 akan datang ini la my journey. Aku dengan rasminya menjadi seoarang Pegawai Tadbir Hal Ehwal Rumah Tangga di Aim Ct Cribs hehehehe.....dalam erti kata pendeknya SURIRUMAH la hehehehe...nak bagi sedap jer nama jawatan tu hahahaha...

Dah masuk 4 bulan aku menjalani hidup macam ni, bermula dari November 2012 hingga la sekarang Februari 2013. Alhamdulillah memang pada mulanya agak "messy" tapi akhirnya kerja2 rumah dapat aku laksanakan dengan baik tapi tak la perfect pun...masih banyak yg perlu aku pelajari. Terutamanya dalam soal menjahit.

Dalam gambar di atas itu adalah semua kerja hakiki yg kini aku jalankan...tp salah satunya tu aku tak buat iaitu menjahit. Kalau butang baju suami aku tercabut ker seluar terkoyak ker suami ku la yg akan jahit sendiri. Dia tu SUPERMAN hehehe...macam2 benda dia boleh buat RESPECT gilersss la kat  U sayang hehehehe....

Tapi aku masih lagi belajar, Insya Allah in future manalah tahu kan tiba2 aku terlebih TERER dari my LOVE hehehe...betul tu kata orang "Practice make Perfect" aku setuju 100% dengan istilah tu. Terutama bab masak, kalau dulu aku boleh masak sampai dekat 3 ke 4 jam, tapi kini dalam setengah jam pun dah boleh siap. Kalau masak2 simple la...Kalau yg hebat2 tu sejam lebih juga la hehehe...tp tak der la hebat mana pun just kalau aku buat makan2 kat anak2 murid ku atau pun jamuan kat tempat tusyen atau di rumah atau juga di kampung suami :)

Memang pada mulanya aku tak begitu ikhlas untuk melalui new journey ni, tapi lama kelamaan ianya menjadi sebati dalam hidup ku. Alhamdulillah terima kasih Tuhan kerana sentiasa membantu ku dalam menjalani kehidupan baru ku ini.

Tapi dalam masa terdekat ni jika ada sebarang pekerjaan yg datang rasanya aku tolak kut...kalau di masa depan tak tahu la pula. Kalau suami izinkan kerja la aku nanti hehehehe...

Kini aku bukan la SURIRUMAH semata2, setiap hari Sabtu aku akan mengajar tusyen bersama adik ipar ku Masliana di area Pekan Darat, manakala hari Rabu pula aku akan pergi mengajar tarian di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah untuk murid2 pra sekolah. Cuma yg aku tengah tunggu sekarang ni panggilan dari Tusyen Cebtre Anice untuk mulakan kelas Bahasa Inggeris bagi pelajar PMR pada hari Jumaat petang. So ada la juga side income aku tu hehehe....

Apa yg paling best bila bergelar SURIRUMAH???? jeng..jeng..jeng...yg paling BEST ialah aku dapat lakukan ibadah dengan baik dan tak terkejar2, aku dapat lakukan kerja2 rumah sendiri tampa bantuan org lain, aku dapat lihat kekemasan rumah aku tiap2 hari hehehe, aku dapat layan favourite shows kat TV without any problem hehehehe..., aku dapat lihat wajah suami ku yg sentiasa tersenyum bila balik rumah...nak tahu kenapa sebab katanya "Bila nampak aku kat rumah hati dia akan rasa tenang..." maklum la dulu masa kerja ada masa dan ketika aku sampai rumah lewat...so dia yg kena tunggu aku hehehe..., aku dapat jalankan kewajiban ku sebagai isteri dengan lebih baik Alhamdulillah dan finally aku dapat spend more time with my all entires anak2 bulusss hehehehe...oh and also can be online chattiing and blogging all the single time hehehehe...CAYALAH!!!!

So, aku harap journey aku ini dapat akan menjadi baik dan lebih baik dan boleh sampai ker tahap PERFECT!!! Insya Allah...so, ADIOS!!! Wassalam....

Monday, February 4, 2013

SHARING


berkongsi kasih sayang - gambar sekadar hiasan

berkongsi rezeki - gambar sekadar hiasan





















Assalamualaikum....

Hari ni awal pagi aku dah up date blog. Entah kenapa semalaman aku tak boleh tidur, gelisah jer...hati rasa sedih pilu teringat kan my poor cat Miemie yg dah tiada, Miemie terlalu istimewa buat kami, hinggakan sukar untuk aku dan suami melupakannya.

Kebetulan hari ni aku bangun sahur dalam pukul 5.00 pagi...so lepas sahur aku tunggu untuk solat subuh...mata masih tak ngantuk, so apa lagi amik kesempatan la untuk berkarya di BLOG kesayangan aku ni. Lately ni aku memang suka meluahkan rasa dalam BLOG aku ni. Entah la aku semakin selesa. Bukan aku nak minta simpati atau perhatian, tapi itu lah cetusan rasa dari ku. Sejak mama dah tak ada, kebanyakkan luahan rasa hati aku terpahat dan terukir di BLOG aku ni. Dalam diary pun tulis juga, tapi dah jarang la...cuma dalam diary tu cetusan rasa aku banyak SECRET hehehehe...yang tak boleh di kongsi bersama kawan2 :)

Ok tajuk hari ni SHARING. Ada orang kata "Sharing is Caring"...tapi tak semua beranggapan macam tu. Ada yg salah sangka, ingatkan kita ni nak merampas kasih sayang mereka. No...aku tak akan sesekali buat macam tu, lagi pun hidup kita ini kan singkat, tak salah kalau kita share something dengan saudara mara dan juga handai taulan.

As for me sharing is so beautiful meanings to adapt...terlalu indah kerana dari kecik lagi aku selalu berkongsi kasih dengan sepupu2 ku. Aku berkongsi kasih sayang dengan ayah saudara ku, dia mana aku memanggil Pak Long ku dengan panggilan Bapak...memang ada yg pertikai, tapi nak buat macam mana kan, celik mata itu la Bapak yg aku kenal. Inilah lumrah hidup seorang anak yg datang dari famili berantakkan. Tapi itu semua satu pengalamn manis buat ku, tak semua orang mampu memilikinya. Tq Bapak for being such a good father to me...segala pengorbanan dan kasih sayang Bapak selalu terpahat di hati Ct...buat my cousin Ajah, Pali and Diyana, TQ for sharing some love with me dari dulu sampai sekarang, TQ juga buat aunty sebab sudi juga menjadikan Ct a part of the family...It's such a wonderful moments in my life...:)

Sejak mama "pergi" meninggalkan aku, aku berkongsi kasih sayang dengan seluruh famili mertua ku. Aku berkongsi kasih sayang dengan ipar duai ku. Kalau dulu aku malu2 nak peluk cium arwah ayah dan juga mak tapi kini tidak lagi, sejak ayah mertua ku "pergi" aku dah tak segan untuk memeluk dan mencium pipi dan juga dahi mak, sama macam aku buat pada arwah mama dulu. Ini sesuatu pengalaman yg manis buat ku sebagai menantu dalam famili tersebut. Tak semua menantu akan buat macam tu pada inlaws nya. Terima kasih Allah di atas rasa kasih dan sayang ini, ia amat bermakna buat diri ku yg kini sebatang kara...Alhamdulillah.

Semua sedia maklum aku ni belum ada anak, so anak2 saudara la tempat aku mencurah kasih, Tq buat adik ipar ku Mastura @ Nirah dan juga Aniq sebab sudi beri kesempatan untuk kak Ct dan abang Lah berkongsi kasih sayang kami untuk Alya dan Annesa...jangan risau kami tak akan merampasnya tapi kami hanya ingin berkongsi rasa cinta ini. Begitu juga dengan adik ipar ku Eyda dan Jan...kasih sayang kami pada Shasha dan juga Iman tak akan berbelah bagi...rasa kasih sayang kami pada anak2 buah kami tetap utuh walaupun kelak kami di kurniakan cahayamata sendiri, Insya Allah....mudahan2 Allah kabulkan doa kami berdua...ammiin...

Dalam soal berkongsi rezeki, aku jadikan sebagai azam tahun baru aku untuk tahun ni. Rezeki yg aku miliki ingin sekali aku berkongsi dengan saudara mara ku. Kalau sikit kita rasa sama2 sikit, kalau banyak kita rasa sama banyak ok...Bukan apa bila hidup sebatang kara ni, tiada apa yg lebih indah dalam hidup selain memiliki famili yg bahagia. Kami hanya berdua iaitu aku dan suami, so apalah salah kiranya rezeki yg kami perolehi itu kita kongsi bersama-sama.

Sejak aku berkahwin dengan suami ku, dah banyak kali aku tengok cara suami. Kalau dia ada banyak satu kampung dia kongsikan rezeki tu. Alhamdulillah...maknanya dia tak makan sorang...hehehe...kalau sikit maknanya dia kongsi dengan aku jer la. Kami bukan la orang senang kaya raya macam org lain. Tp kami bersyukur dengan apa yg kami miliki.

Walaupun ada yg kata rezeki kami tersekat sebab belum ada anak, tp bagi aku itu semua bukan persoalannya. Yang penting niat dan keikhlasan kita untuk berkongsi dengan saudara mara dan sahabat handai. Alhamdulillah rezeki kami tak putus.

Walaupun tahun ni aku tak berkerja (belum lagi hehehe...) tp Syukur sangat rezeki tu tetap ada, walaupun tak sehebat mana. Kini aku hanya mengajar untuk satu tempat tusyen sahaja dan Alhamdulillah tahun ni sambutan semakin menggalakkan. Ini semua rezeki adik2 ipar ku. Tq pada Masliana iaitu adik ipar ku yg sentiasa membantu meringankan kerja2 serta urusan tempat tusyen kita. Untuk adik ipar ku Ekin Insya Allah nanti ada ole2 sebab tolong jaga kan mak ok :).

Yer!! memang kini auk semakin rapat dengan famili mertua ku, tapi itu tak bermakna aku menjarakkan hubungan ku dengan mak2 sedara ku yg masih ada, pada Mak Yah, Mak Cik, Mak Su, Acu Jan, Pak Teh, Mak Teh, Bapak dan juga Aunty...korang tetap dalam doa ku...kebahagian, kasih sayang dan juga cinta kalian untuk Ct dari dulu sampai kini tak akan sesekali Ct abaikan...Ct sayang sangat2 kat mak2 dan bapak2 sedara Ct, inilah harta yg aku ada kini.

Untuk semua sepupu2 ku, abang Jun, Ilah, Adik Amie, Asma, Redzuan, Pawi,Ajah, Pali dan Muna (bakal isteri), Diyana dan juga Iman, korang tetap dalam hati kak Ct sampai ke hujung nyawa...:)

Wah emosi sungguh cetusan rasa aku kali ni. Apa pun kawan2 jgn la kita lokek untuk berkongsi apa yg kita ada dengan mereka2 yg memerlukan kita...terutama kasih sayang..nanti bila mereka semua dah tak ada masa tu menyesal pun dah tak guna...PEACE YO!!!

I LOVE UOLLSSS VERY STRONG :)


Sunday, February 3, 2013

RIP MIEMIE

my kku cat miemie
Assalamualaikum....

Allahuakbar...baru semalam hati aku terdetik yg aku akan kehilangan sesuatu...tapi aku tak tahu apa yg akan hilang. Rupanya my poor little Miemie akan pergi tinggalkan aku dan suami...Mama going to miss u sayang...

Miemie selalu demam2 biasa, tak pun dia akan alami cirit birit sebab Miemie ni tak boleh makan banyak. Kalau makan banyak mula la perut dia akan sakit dan akan cirit birit. Selalu kalau dia demam ker sakit perut ker dia tetap akan bangun minum air...selang dua tiga hari lepas tu dia akan ok. Tapi kalau kita tengok dia demam memang teruk...dah macam nak mati pun...tp esok lusa tetap dia akan bangun...sebab tu aku kata semangat juang Miemie sangat kental...

Hari ni Miemie nampak ok jer waktu pagi. Dia masih ikut aku kat dapur, jalan senget2 macam dia la...Miemie ni masa lahir dia ok, lepas naik bisul kat lengan dia tu terus dia jadi paralise sebelah badan kiri. So kalau jalan tu macam tak seimbang jer la.

Dalam pukul 12.30 tengah hari tadi, masa aku dan suami tengah lunch nasi lemak yg aku masak, kami terdengar bunyi cat muntah...kuat la juga...aku cepat2 bangun walaupun tengah makan. Aku tengok Miemie muntah, tp lain benar warna muntah dia tu...hitam, aku dah mula tak sedap hati...terus mulut ku terkeluar..."Miemie, ni dah lain macam la papa..." kata kat suami ku. So aku terus amik kain basahkan dan lap mulut Miemie. Aku bersihkan semula lantai...setelah tu aku pun cuci tangan semua sambung la makan.

Lepas kami habis makan Miemie datang nak tidur kat area sofa...tapi kali nak tidur bawah sofa. Aku tak bagi la nanti kalau jd apa2 kami tak tahu la pula. So aku angkat Miemie letak dalam penutup kotak sambil di alas dengan kain. Tapi aku tengok Miemie dah ubah tempat dia masuk dengan sendiri ke dalam kotak yg lebih tinggi.

Selesai solat Zuhur, aku ke bilik untuk tengok Miemie...aku panggil nama dia...dia pandang sayu ke mata ku. Aku pun lap mulut dia yg berair. Kesian kat Miemie...tp masa tu badan Miemie panas tak ada tanda pun yg Miemie akan "pergi"...

So lepas solat asar sekali lagi aku pi tengok Miemie...dia masih ok..aku panggil pun dia ada tindak balas...tp kali aku belai kepala Miemie...aku rasa memang tak sedap hati...Dalam pukul 7.00 malam waktu aku nak tutup tingkap bilik belakang aku tengok Miemie tak dak dalam kotak...so aku pun terus cari Miemie, rupanya dia duduk belakang tilam...tapi masa tu Miemie dah pun terkulai ... Allah Maha Kuasa...dariNya kita datang kepadaNya kita kembali...menitis air mata ku tatkala tengok Miemie macam tu...terus aku letak amik kain lap mulutnya bersih mata hidungnya...letak dalam kain elok2 dan masukkan dalam plastik. Aku terus call hubby yg ada di luar bagi tahu hal ni. Hubby pun balik dan bawa Miemie tanam kat area rumah kami...

Mama dengan Papa tetap akan ingat Miemie sampai bila2...Miemie tetap dalam hati mama dengan papa. RIP yer sayang...Mama tetap sayang Miemie....