Assalamualaikum,
Salam sayang untuk semua rakan2 bloger sekalian. Ok hari ni aku nak berkongsi tentang gizi sihat yg aku baca dari majalah Harmoni keluaran 1-15 Mei 2011, ala yg muka depan gambar Shaheizy Sam dengan kakak dan juga bonda tercinta nya....Kebetulan pula dalam majalah tu ada citer sepupu hubby aku yg baru2 ni kehilangan anak lelaki nya dalam kebakaran di rumah mereka, kalau tak salah dalam muka surat 76 macam tu la.
So jom kita tengok apa citer Gizi Sihat yg terdapat dalam majalah Harmoni yer :-).
|
buah kiwi |
Kiwi Cerdaskan Otak Anak
Pakar pemakanan, Lynley Drummond menjelaskan bahawa buah kiwi merupakan sumber asam lemak omega 3 terbaik selain ikan. Di sebabkan itu, buah kecil dengan isi berwarna hijau ini dapat mencergaskan otak anak.
Kajian di United Kingdom mendapati anak2 yang memakan buah kiwi sentiasa menujukkan peningkatan dalam prestasi pelajaran dan perbaikan tingkah laku. Lebih daripada itu, buah kiwi juga berkuasa dalam mencegah gangguan perkembangan anak autisme.
Selain itu, manfaat kiwi sebagai terapi penyakit salur pernafasan pada anak juga tidak perlu diragui kerana kajian telah menunjukkan bahawa anak2 dengan gangguan salur pernafasan mengalami penurunan gejala apabila mengamalkan pengambilan buah kiwi dalam menu harian mereka.
|
halba |
Halba Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu
Digunakan sejak zaman Hippocrates, halba antara ubat tertua di dunia yg berkhasiat sebagai galactagogue atau agen pengeluaran susu ibu.
Kajian mendapati para ibu yg mengamalkan pengambilan halba secara teratur mampu menambahkan bekalan susu yg semakin berkurangan memandangkan keupayaan halba meningkatkan pengeluaran susu ibu sehingga 90%.
Tidak hanya berkuasa sebagai pemangkin pengeluaran susu, halba turut memberikan pelbagai faedah lain kepada kaum wanita. Antaranya meransang dan menguatkan rahim, melancarkan haid serta merawat segugut.
Sedangkan pada kanak2, halba berkhasiat dalam merawat bisul, meningkatkan kecergasan, menghilangkan kembung perut, meransang tumbesaran dan menguatkan otot tubuh.
|
stik ayam |
Stik Tenangkan Bayi
Kaum ibu dinasihatkan agar memakan stik semasa hamil. Kandungan vitamin B12 terdapat di dalamnya mampu menenangkan bayi.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, pakar pemakanan menjelaskan wanita yg mendapat bekalan vitamin B12 yg tinggi semasa di awal kehamilan cederung untuk mempunyai bayi yg tenang dan tidak mudah meragam berbanding bayi2 lain seusia nya. Sedangkan perempuan hamil yg tidak mendapat bekalan vitamin B12 secukupnya pula berkemungkinan untuk memiliki bayi yg mudah menangis.
Di muatkan dalam akhbar Daily Mail keluaran 21 Mac lalu, artikel itu menerangkan bahawa kekurangan vitamin B12 dapat mempengaruhi perkembangan sel2 saraf otak dan berupaya meningkatkan emosi bayi. Selain itu, ia juga mengganggu tidur bayi kerana rendah nya aktiviti pelepasan hormon melatonin untuk tidur.
|
buah longan |
Longan Kembalikan Tenaga Kaum Ibu
Kaya dengan sukrosa, protien, lemak, glukosa dan asam tartaric menjadikan buah longan efektif dalam mengembalikan tenaga kaum ibu. Malah zat2 tersebut turut membantu meningkatkan stamina tubuh manusia. Terutama di kalangan ibu hamil yg lemah atau wanita yg baru melahirkan bayi.
Selain itu, longan turut ampuh dalam memperkuat limpa, meningkatkan produksi darah merah, menambah nafsu makan dan mencegah anemia di kalangan ibu hamil. Memiliki efek sedetif, longan dapat mengurang kan debaran jantung.
Kandungan protien dalam longan membantu menyihatkan usus dan memperbaiki proses penyerapan makanan hingga melancarkan buang air kecil. Manakala agen vermifuz dalam longan berkuasa untuk menyingkirkan cacing dari usus.
Itu la saja perkongsian ilmu kita pada kali ini , Insya Allah kalau ada lagi, sure aku akan share dengan rakan2 semua...sharing is caring betul kan u olllssss...wassalam...