Saturday, April 21, 2012

CERITERA SEMALAM DAN JUGA HARI NI

tea time ayuh...:-)

my menu ayam penyet gitu

lamb chop pilihan cik abang
Assalamualaikum...

Semalam lepas jer balik dari kelas tusyen cik abang datang jemput macam selalu la kan hehehe...memang dari semalam cik abang dok cakap nak makan satay...So kami pun pada mulanya nak singgah kat Sungai Puyu. Alih2 satay belum di bakar lagi...kesian la cik abang aku tu..kempunan la dia...

So fikir punya fikir, alih2 cik abang kata jom la kita makan kat LA Tea Garden. Untuk hilang kan rasa kempunan tu dia pun order la lamb chop. Aku pula memang tgh lapar nasi, kebetulan menu spesel semalam ialah ayam penyet. Apa lg jom la makan.

Boleh tahan la rasanya...tapi cik abang kata lamb chop kat Robina Corner sedap lagi. Tapi presentation menu kat LA Tea Garden memang superm...:-)maklum la kat sini kan cook like a chef hehehehe...

So itu kisah semalam dengan menu2s nya hehehe...

jom berinai hehehe...

Malam ni aku tinggal sorang2 kat rumah,maklum la cik abang dah mula bzz meeting and meeting. So untuk elak diri aku dari kebosanan apa lagi jom buat aktiviti sikit hahahaha...kalau ikutkan banyak kerja rumah nak di buat ni, tp tu la kan mood RAJIN tu tak datang2 lagi. Harap2 esok MOOD tu datang la yer...:-)

So malam ni apa lagi tempek inai la jawapnya. Tapi kan inai ni bertahan seminggu jer di jari. Di kuku pun cepat jer akan pudar. Tak macam inai yg original. So sebab dah kempunan nak pakai layan kan jer la :-)

Aku ni memang suka pakai inai, bukan apa nampak cantik jer jari kita bila berinai hehehe...nampak sweet kan. Cik Abang pun suka hehehe...bila suami kita suka kena la kita buat selalu kan..pahala tu :-)

So itu jer la citer yg ada untuk hari ni dan semalam...kita tunggu pula esok citer apa yer :-) ADIOS!!

No comments: